Author Archives: Tokku Pulau Gajah

About Tokku Pulau Gajah

KHADAM ILMU

KERIS TOK WALI – dimaharkan rm 880 ( SOLD- Habib Fairudz, tq)

0407201365104072013652040720136530407201365404072013655

Panjang mata : +- 11 inci

Sampir : Kemuning

Batang serunai : tak pasti

Pamor : iras gigi yu

Usia : tak pasti

Ketandaan : Tapak gajah

Jika berminat boleh sms ambo : 0148886599 – tokuban

2 Komen

Filed under senjata melayu

BADIK PUPUK – dimaharkan rm 380 ( SOLD- Tuan Kamil, tq )

0407201365004072013649040720136480407201364704072013645

04072013646

Panjang mata : +- 15cm

Hulu dan sampir : tak pasti

Batang serunai : nibong

Pamor : beras tumpah

Usia : tak pasti

Jika berminat boleh sms ambo : 0148886599 – tokuban

Tinggalkan komen

Filed under senjata melayu

GURU KAMI- KAMI KASIHI..

998664_541959262531819_919489105_n
Ramah Mesra sahabat seperguruan di tanah suci Haramain Syeikh Wazir Hafizohullah bersama Al Habib Omar Bin Abd Rahman Al Jufri di Pondok Moden Kandis. Bachok..

20 Jun 2013 (Rabu)

2 Komen

Filed under kenangan

INDAHNYA KG.PUNANG – jom mancing

969447_559885057388107_179662471_njeti kg punang999739_559886827387930_2019494455_n994170_619094811434354_1951361408_n

2 Komen

15 Jun 2013 · 09:16

Sebiji Mutiara dari – KITAB TAJUK MULUK

tajulmuluk_0002_thumb

Kitab ini adalah salah satu dari buah tangan para ulama zaman dahulu. Emm..Beberapa hari yang lepas saya ada menelaah kitab jawi tua ‘Tajul Muluk’ ini. Banyak sekali maklumat yang berkaitan dengan ilmu perubatan, hikmat, falak dan petua melayu lama terkarang di dalamnya. Ramai orang-orang di luar sana menuduh kitab ini sesat. Bagi saya, si penuduh itulah yang sebenarnya sesat. Orang yang kata kitab ni sesat tu saya tak pastilah pandai ke tidak dia baca kitab jawi tua. Saya sendiri yang hampir 12 tahun belajar memondok, pun masih ada perkataan jawi lama dari Kitab Tajul Muluk yang saya tak faham. Ada satu petua menarik yang hendak saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Ikutilah petikan dari kitab tersebut dan selamat mencuba :-

( Inilah ubat ) sakit kepala atau sakit tubuh atau sakit perut atau sakit pinggang atau sakit peha atau sakit barang sekelian tubuh. Maka baca doa ini tujuh kali, maka tiupkan pada tempat yang sakit. Nescaya disembuh oleh Allah berkat Nabi saw yaitu :

(شَاهَتِ الْوُجُوهُ وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَىِّ الْقَيُوْمِ وَمَا رَمَيْتَ اِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللهَ رَمَى وَلِيُبْلِىَ المُؤْمِنِينَ مِنهُ بَلَآءً حَسَنَاً)

46 Komen

Filed under doa

SYAIKHANI- Guru kami…jasamu kami kenang.

syeikhunaAlfadhil Tuan Guru Hj Harun dan Syeikh Hj Wazir adalah antara guru yang sangat ambo cintai. Ambo reti baca kitab arab hok takdok baris adalah hasil jasa didikan mereka inilah. Ingat masa belajar dulu, pernah terpacul keluar dari mulut TG Hj Harun, ” Mu ni boleh mengajar dah ni”. Dan Alhamdulillah kata-katanya itu telah menjadi kenyataan. Ambo sekarang dah jadi seorang guru. SELAMAT HARI GURU.

1 Komen

Filed under tazkirah

AMANAT MAJLIS SELENDANG – by Tok Uban..

Badi'uddin+As-Sindi_gif

WAHAI SEKELIAN MURIDKU,

ANDHIKA PENGIRAN YANG DI TANJUNG EMAS

ANDHIKA RAJA YANG DI DALAM NEGERI MELAKA

HATI DAN JANTUNG MU SEKELIAN KU SERU

INGATLAH BAIK-BAIK PESAN BISIK AJAR-AJAR MU INI

JANGANLAH HENDAKNYA TUJU SUDAH AMALAN KITA INI

BERKAHENDAKKAN DUNIA DAN ISI SERTA AKAN KASYAFNYA

PALINGKANLAH SEGALA KAHENDAK DAN NIAT ANDHIKA ITU

BAHAWA BAHKAN ALLAH TAALA IALAH HAJAT DAN KAHENDAKNYA KITA

SELAIN ALLAH JANGANLAH HATI BERGANTUNG HARAP

KERNA IA MAKHLUKNYA YANG TIADA DAYA UPAYA

TATAKALA ANDHIKA LIHAT AKAN ORANG YANG HEBAT-HEBAT

DENGAN KELAKUAN YANG MENCARIK ADAT

MAKA USAHLAH ANDHIKA PEDULIKANNYA

ITU JUA AKHIRNYA KE TANAH TEMPAT PULANGNYA.

AMALAN KITA YANG TUJOH CAHAYA INI BUKAN KEPALANG BARANG MAINNYA

BUKAN KEHEBATAN YANG KITA CARI

BUKAN KASYAF YANG KITA HAJATI

KHATAM SUDAHNYA TAQORRUB DIRI KEPADA ALLAH

JIKA DUNIA YANG ANDHIKA HAJATKAN

SIA-SIA SAHAJA BERPENAT LELAH SIANG DAN MALAM.

JIKA AKHIRAT HAJATNYA ANDHIKA

BEROLEHLAH LABA TIADA TERKIRA

KEPADA ALLAH KITA POHONKAN

AGAR DITUNJUK  KEKURANGAN DIRI

SUPAYA NAMPAK  KEKOTORAN JIWA

ALHAMDULILLAH BILA NAMPAK, MAKA BASUHLAH DENGAN TUJOH AIR.

TATAKALA SUDAH JERNIH JILAHNYA,  HIASKAN PULA DENGAN SIFAT YANG TERPUJI

PERJALANAN INI BANYAK LIKU DAN DUGAAN

HENDAKNYA ANDHIKA TIADA TERLALAI

OLEH UJIAN SENANG DAN SUSAH

TABAHKAN DIRI MENAPAK LANGKAH

DENGAN ZIKIRMU TUJOH SENAFAS

JIKA ANDHIKA IKHLAS BERAMAL TAPA

NESCAYA BEROLEH TUJOH SEDEPA

JIKA ANDHIKA DITUNJOK SUATU ‘AMANAH’

PELIHARALAH IA BAIK-BAIK

DAN TUTUPLAH MULUTMU RAPAT-RAPAT

JANGAN SAMPAI  DIPECAH AKAN RAHSIA SIRNYA

JIKA DIPECAH RAHSIA SIRNYA

NANTI AKIBAT BINASALAH BADAN..

BILA MELANGKAH IKUTLAH TAPAK

BILA DUDUK IKUTLAH PUNGGUNG

SELAMAT KITA DUNIA DAN AKHIRAT

SEKIAN DAHULU KALAM DARI KU

DARI DIRIKU UNTOK DIRIKU.

SAMA-SAMA KITA BERINGAT

4 Komen

Filed under tazkirah

KERIS SEPUKAL JEBAT – untuk dimaharkan RM 1800 ( SOLD OUT- MAHATHIR, TQ )

keris sepukal ini adalah bilah baru.Ditempa dari besi lama, Untuk dimaharkan. . keris ini ambo namakan sepukal jebat. Adalah kerana dan bersempena dengan ketandaan yang ada pada bilah keris ini hampir menyamai ketandaan yang ada pada keris milik Hang Jebat. Berdasarkan laporan dan lakaran dari sebuah manuskrip yang usianya dianggarkan lebih dari 250 tahun. Di bawah lakaran itu tertera ayat “keris Hang Jebat sebelah negeri harganya cerita penggarang namanya”.
Panjang : +- 15 inci
Hulu ukir 3D : kemuning Hitam
Sampir dan btg serunai : kayu ketengga.
Pendokok : Tembaga
Ketandaan yang terdapat pd bilah keris :
1) Tapak Gajah ( sebagai tanda untuk menyelak pergerakan seteru )
2) Raja pamor (bintang 5 bucu, sebagai menghindari bahaya dan di segani org lain) -dalam gambar kurang jelas.
3) 4 pusaran ( sebagai tanda perlindungan dari pandangan seteru dr 4 penjuru)
4) 5 pucuk rebung- 4 ke depan 1 ke belakang ( sebagai tanda penggerun musuh )
semua yang berlaku adalah atas izin dan kehendakNYA. Janganlah letak keyakinan kita kpd ketandaan dan besi buruk yg tidak ada apa-apa ini. Letakkan keyakinan 100% krp ALLAH swt. Rahsia ketandaan yang org tua kita letak itu hanyalah sekadar ikhtiar. ianya mempunyai simbolik dari rahsia yang tertentu dan untuk tujuan yg tertentu. ianya bukan semata2 direka ikut suka hati. Ianya satu seni unik dan rahsia teknologi persenjataan orang2 zaman dahulu. ..yang kadang2 tak terjangkau dek akal.

20130310_191615

20130310_19180720130310_191650

20130310_19234620130310_191941

20130310_19242420130310_19243520130310_19270720130310_192639

keris yang sempurna, boleh duduk dan berdiri

keris yang seimbang tempaannya, boleh duduk dan berdiri.

20130310_192401

5 Komen

Filed under senjata melayu

YA ALLAH! BAGAIMANAKAH NASIB HAMBAMU INI?

tahajjud
KELMARIN HARI ISNIN. HARI INI ADALAH HARI SELASA. ESOK PULA HARINYA RABU….KELMARIN,HARI INI DAN ESOK KITA TIDAK AKAN HABIS DENGAN KESIBUKKAN DUNIA. DALAM MENGHARUNGI KESIBUKKAN ITU PERNAHKAH KITA TERINGAT DAN TERFIKIR AKAN BEKALAN YANG AKAN KITA BAWA UNTUK HARI SELEPAS MATI?MATI?MATI?…YA ALLAH AMPUNI DAN RAHMATI KAMI SEMUA..AMIN.

Tinggalkan komen

Filed under tazkirah

SYAHADAH TOKKU PALOH…

Ada dikalangan pengunjung blog ini yang bertanyakan tentang syahadah tokku paloh. Tergerak hati saya untuk mencarinya kot2 ada tertera pada lembaran kitab dalam almari agar dapat ditatap dan dibaca oleh saudara yang berhajat. Saya sendiri tidak pernah menerima dan mempelajarinya. Dan saya tidak dapat memastikan adakah paparan di bawah ini Syahadah Tokku Paloh. Jika ianya benar, maka tolong sahkan. Setelah saya belek sebuah kitab lama yang ada dalam simpanan, terbaca pula satu tajuk yang tertera di atasnya “dua kalimat syahadah” terjemahan Al-Sayyid Muhammad Bin Zainal Abidin Al-Idrus Tokku Tuan Besar Terengganu. Saya mengagak bahawa inilah yang sebut orang sebagai syahadah Tokku Paloh. Wallahua’lam.

IMG_0009

6 Komen

Filed under Maklumat