keris sepukal ini adalah bilah baru.Ditempa dari besi lama, Untuk dimaharkan. . keris ini ambo namakan sepukal jebat. Adalah kerana dan bersempena dengan ketandaan yang ada pada bilah keris ini hampir menyamai ketandaan yang ada pada keris milik Hang Jebat. Berdasarkan laporan dan lakaran dari sebuah manuskrip yang usianya dianggarkan lebih dari 250 tahun. Di bawah lakaran itu tertera ayat “keris Hang Jebat sebelah negeri harganya cerita penggarang namanya”.
Panjang : +- 15 inci
Hulu ukir 3D : kemuning Hitam
Sampir dan btg serunai : kayu ketengga.
Pendokok : Tembaga
Ketandaan yang terdapat pd bilah keris :
1) Tapak Gajah ( sebagai tanda untuk menyelak pergerakan seteru )
2) Raja pamor (bintang 5 bucu, sebagai menghindari bahaya dan di segani org lain) -dalam gambar kurang jelas.
3) 4 pusaran ( sebagai tanda perlindungan dari pandangan seteru dr 4 penjuru)
4) 5 pucuk rebung- 4 ke depan 1 ke belakang ( sebagai tanda penggerun musuh )
semua yang berlaku adalah atas izin dan kehendakNYA. Janganlah letak keyakinan kita kpd ketandaan dan besi buruk yg tidak ada apa-apa ini. Letakkan keyakinan 100% krp ALLAH swt. Rahsia ketandaan yang org tua kita letak itu hanyalah sekadar ikhtiar. ianya mempunyai simbolik dari rahsia yang tertentu dan untuk tujuan yg tertentu. ianya bukan semata2 direka ikut suka hati. Ianya satu seni unik dan rahsia teknologi persenjataan orang2 zaman dahulu. ..yang kadang2 tak terjangkau dek akal.