RSS

Monthly Archives: April 2010

Mari Belajar Silat

Mempelajari ilmu beladiri jika dihalusi dari hukum syarak adalah merupakan suatu kewajipan. Kita semua telah maklum akan kehebatan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a dalam ilmu beladiri dan teknik peperangan seperti bermain pedang, memanah, berkuda dan lain-lain lagi. Hakikatnya mempelajari seni beladiri adalah sunnah yang dapat dimanfaatkan dalam menegakkan syiar islam, mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Silat juga merupakan satu kaedah yang berjaya digunakan untuk mepertahankan diri dari ancaman bahaya musuh.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ sesiapa yang mati kerana mempertahankan dirinya, maka dia syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka dia syahid. Sesiapa yang mati mempertahankan hartanya maka dia syahid”.

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa mempertahankan diri, keluarga dan harta daripada musuh adalah suatu kewajipan. Maka usaha untuk mempertahankan diri itu perlu kepada kekuatan seperti kemahiran, ilmu, alat dan kepakaran.
Oleh kerana mempertahankan diri itu wajib dan tidak akan tercapai usaha mempertahankan diri itu melainkan dengan kekuatan, maka mencari dan mendapatkan kekuatan itu juga jadi wajib, berdasarkan kepada satu kaedah fiqhiyyah :

( ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب ).

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 April 2010 in Uncategorized

 

Label:

RAJA SEGALA UBAT

Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:

• Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
• Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
• Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
• Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
• Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.

Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu. Inilah lafaz selawatnya :

Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
Rujukan : kitab tib

 
66 Komen

Posted by di 27 April 2010 in Uncategorized

 

Label:

RAHSIA SELAWAT SIHAT BADAN

Barang siapa yang sentiasa membaca selawat ini, sama ada diamalkan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu sebanyak 3 kali, atau dijampikan pada orang yang sakit, dibuat air tawar, insya Allah Allah Taala akan mengurniakan kepadanya kesihatan tubuh badan, kelembutan hati, cerah mata, lapang dadanya dan lain-lain lagi, berikut adalah selawatnya yang masyhur sekarang ini dengan nama selawat syifa:

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

 
42 Komen

Posted by di 27 April 2010 in doa

 

Label:

Syarat dan Adab melakukan amalan secara khusus / pertapaan

Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi semasa melakukan amalan khusus / bertapa, sebagaimana yang telah digariskan oleh  Ibnu Al Hajj Al Talimsani Al maghribi :
1) Berada dalam tempat khalwat, jauh daripada orang ramai.
2) Halal pakaian dan makanan.
3) Berpuasa .
4) Makan dengan kadar yang sedikit. Makan dengan kadar yang banyak dibimbangi boleh merosakkan perjalanan amalan.
5) Hendaklah mandi setiap hari.
6) Jangan makan haiwan bernyawa.
7) Tidur bila benar-benar mengantuk.
8) Tumpukan sepenuh perhatian kepada amalan yang dilakukan.
9) Menghadap kearah qiblat dan duduk di atas tanah.
10) Tundukkan kepala ( tawaduk).
11) Niat lah amalan yang dilakukan itu untuk ubudiah kepada Allah Taala, bukan untuk terbuka hijab,kasyaf dan sebagainya.
12) Sentiasa dalam keadaan berwuduk, bila terbatal wuduknya hendaklah segera diulangi.
13) Memasang wangian yang wangi pada malam dan hari jumaat, isnin dan khamis.
14) Jangan bercakap-cakap dengan sesiapa pun semasa beramal.
15) Selesaikan sendiri segala keperluan.
16) Banyakkan menangis dan menyesal kepada Allah Taala.
17) Jangan pakai pakaian yang mahal-mahal.
18) Memakai pakaian yang berwarna putih, sebaiknya kain ihram.
19) Yakin amalan yang dilakukan akan dimakbulkan Allah.

 
1 Komen

Posted by di 23 April 2010 in Uncategorized

 

Label:

Warkah Raja Sakti II

 
2 Komen

Posted by di 10 April 2010 in Uncategorized

 

Label: