RSS

Monthly Archives: April 2019

WASIAT SYA’BAN- untuk aku dan sekelian sahabatku

Ramai dari kalangan kita-kita ini pengamal ilmu hikmat agak cuai dalam menjaga amalan yang diamalkan. Ada yang secara sengaja melanggar peraturan dan pantang ilmu. Pelanggaran terhadap peraturan dan pantang larang ini akan menyebabkan berlakunya kegagalan dan ketidak menjadian sesuatu amalan yang praktikkan.

Saya ingin fokuskan pada satu perkara sahaja. Perkara ini amat penting, tapi sering dianggap REMEH oleh segelintir pengamal. Yaitu pematuhan terhadap petua bilangan. Majoriti besar pengamal gagal mematuhi petua dan tidak menghiraukan ketetapan Sang guru. Sang Guru petuakan bilangan bacaan amalan itu hanya diulang sebanyak 3 kali sahaja, tapi dibalunnya sampai 10-20 kali. Bilamana si pengamal mula naik syok@zauq dengan amalannya, maka mula lah dia alpa dan melanggar akan pesanan gurunya itu. Dia tidak sedar akan efek pelanggaran tersebut, lambat laun akan menimbulkan sesuatu yang tidak elok. Contoh yang paling mudahnya ialah seorang pengamal itu akan jadi kepanasan diluar normal. Musibat kecuaian ini terkadang secara tidak langsung akan melibatkan Sang Guru juga. Dimana Sang Guru juga akan turut menerima tempiasnya dan turut merasa bahana panasnya itu.Tak pasal-pasal pulak si guru kena berendam dalam kolah. Kerana Seorang murid itu sudah ada pertalian hikmat dengan Sang Gurunya.

Sebab itulah apa sahaja amalan yang hendak diamalkan itu perlu kepada ijazah. Kerana ijazah itu sendiri secara tidak langsung merupakan defence kepada perkara yang tak diingini. Wallahu a’lam.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 April 2019 in Uncategorized

 
Imej

DIMAHARKAN : PANDAI SARAS LOK 3

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 April 2019 in Uncategorized

 

DIMAHARKAN : KERIS SARAS TOKCHU- sold sold sold

PANJANG : +- 15 INCI
BESI : SEBATANG – KEHIJAUAN
TUKANG : MAZLAN + ARWAH STOPA
HULU & SAMPIR : KAYU KEMUNING – TUKANG : AHMAD NORDIN
PENDOKOK : TEMBAGA PASU
HARGA : PM TOKUBAN 0148886599

 
1 Komen

Posted by di 21 April 2019 in Uncategorized

 

ISTINGGAR HIKMAT

“Istinggar atau senapang kancing sumbu (bahasa Inggeris: matchlock) ialah istilah umum bagi senjata api lama yang berasaskan mekanisme sumbu api. Telah ada di Tanah Melayu sebelum Portugis menjajah Melaka, istinggar juga ialah kata pinjaman daripada bahasa Portugis iaitu espingarda. Istinggar juga ialah pemula pengenalan senjata api tangan di Tanah Melayu[perlu rujukan] selain daripada senjata api seperti meriam dan lain-lain” – Riwayat dari Wikipedia
Satu lagi hikmat melayu yang sangat rare dan teramat sukar dicari ialah “isim Istinggar@setinggar”. Atau dengan nama yang lebih glamournya ialah “ilmu bedil tupai”.Tajuk di atas tidaklah merujuk kepada senjata api tersebut. Tapi ia merujuk kepada bedilan secara hikmat dan hakikat tanpa menggunakan sebarang jenis senjata api. Bedilan ini hanya menggunakan kekuatan ilmu hikmat sahaja. Istinggar hikmat ini secara amnya terdiri dari 2 konponen hikmat yang saling berkaitan. jika tidak, hikmat ini tidak dapat dipraktik dan dilaksanakan. Selaras senapang patah, tidak akan dapat diguna jika tiada pelurunya. Hanya senapang yang berpeluru sahaja yang dapat digunakan untuk menembak. Begitulah lebih kurang contoh bandingannya.
Jadi apa pula peluru untuk diisi ke dalam senapang istinggar ini?. Pelurunya tak lain dan tak bukan ialah hikmat ayat 4. Ini bermakna, untuk mendapatkan ilmu istinggar ini seseorang itu perlu terlebih dahulu menamatkan pelajarannya dalam penguasaan ilmu ayat 4. Setelah Berjaya menguasai ayat 4, barulah dia layak untuk menerima dan memakai isim istinggar ini. Ayat 4 umpama peluru, isim istinggar umpama laras senapangnya. Saling melengkapi tak boleh bercerai tanggal.
Bila sahaja pemakai istinggar ini berada dalam bahaya dan terdesak, dia boleh membedil musuhnya itu dengan hanya menggunakan isyarat jari telunjuk. Silap bedil, tempias pelurunya boleh kena pada tuannya sendiri. Sebab itu kena berguru. Banyak syarat dan faktor keselamatan yang perlu dijaga dan diberi perhatian..bersambung….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 April 2019 in Uncategorized

 

PEDANG SERI KILAT

            Gambar Hiasan

Ilmu pedang seri kilat ini adalah salah satu daripada hikmat yang sebaris dengan ilmu pedang kecil@ syatit. Secara am nya ia tergolong dalam golongan pasukan elit senjata fakir yang keramat. Hikmat ini sepengetahuan saya adalah hikmat yang paling sulit dan sangat bahaya efeknya. Sangat sukar untuk mendapatkan ijazahnya walaupun sang Guru sudah ada didepan mata. Melainkan diri kita sudah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan kelayakan dari sang guru.
Untuk mendapat sekelumit kepercayaan dan pengiktirafan itulah kita perlu membuat pelbagai pengorbanan. Tidak kira pengorbanan dari segi khidmat tenaga, masa, wang ringgit dan lain-lainnya. Pelbagai ujian dan keperitan perlu dilalui dan ditempuhi dengan penuh kesabaran. Perlu sentiasa bersuhbah dengan sang guru. Taat dan patuh pada setiap arahan yang diberikan oleh guru dan sebagainya. Bila kita sudah mendapat kepercayaan itu, maka janganlah pula di sia-siakan. Jagalah kepercayaan itu dengan sebaiknya dan beramanah.
Berbalik kepada tajuk diatas, maklumat berkaitan dengan keilmuan ini telah saya perolehi daripada cerita lisan beberapa orang guru tua yang sempat saya temui. Juga dari kawan karib dan kitab-kitab hikmat. Secara ringkasnya ilmu ini digunakan untuk mengenakan musuh secara ghaib. Dimana kita hanya menggunakan objek-objek yang tertentu sebagai ganti tubuh badan musuh. Seperti batang dan jantung pisang.
Mengikut satu cerita dulu-dulu, kaedah rahsia ini pernah dipraktikkan oleh salah seorang pembesar negeri yang hendak dibunuh oleh pemerintah. Hal ini berlaku disebabkan sedikit salah faham antara mereka. Para hulubalang yang dititahkan untuk menghabisinya dan keluarganya sudah pun berada dihadapan pintu rumah. Menyedari nyawa diri dan keluarganya dalam bahaya, sebelum terlambat dia mengambil langkah proaktif dengan mempraktikan hikmat ini pada sebiji jantung pisang. Sebelanga air perigi telah digelegakkan dengan lantunan zikrullah. Lalu dicampaknya jantung pisang itu kedalam gelegakan air belanga. Keesokan paginya terdengarlah berita kemangkatan si pemerintah itu. Wallahu a’lam.
Mempraktikkan hikmat ini bukan pada tempatnya juga akan mengundang bala yang besar kepada kita. Bukan sahaja hikmat ini akan “memakan” tuannya, bahkan kita akan dipersoalkan diakhirat kelak. Besar dosanya membunuh dengan tanpa hak. Kerana kata ulama “ Barangsiapa yang membunuh dengan doanya, adalah sama dengan orang yang membunuh dengan pedangnya”. Berhati-berhatilah kita semua agar tidak melanggar sempadan hukum syarak. Pedang seri kilat ini adalah merupakan pedang Allah yang digengam oleh para solihin. Besar hukumannya jika pedang ini disalahgunakan. Ini secebis sampelnya sahaja :

ﻨرد ﺒﻚ اﻷﻋداء ﻤﻦ ﻜﻞ وﺠﻬﺔ ٭ وﺒﺎﻹﺴم ﺗرﻤﻴﻬم ﻤﻦ اﻠﺒﻌد ﺒﺎﻠﺸﺘﺖ

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 April 2019 in Uncategorized