RSS

Monthly Archives: Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

hiasan : ustaz abu hasan dan cikgu aman

hiasan : ustaz abu hasan dan cikgu aman

KEPADA SEMUA YANG BERGELAR GURU, SAYA UCAPKAN ‘SELAMAT HARI GURU”…TUGAS GURU ADALAH SATU CABANG PROFESION YANG BOLEH MENYUMBANG PAHALA JARIAHNYA SECARA BERTERUSAN KEPADA KITA BILA SUDAH BERADA DI ALAM KUBUR NANTI. INSYAALLAH…PAKAT-PAKAT INGAT KO MATI BELAKO PUOK KITO..JANGE LALAI WEH

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2012 in kenangan

 

Label:

MUHASABAHKAN DIRI SENDIRI


“CARILAH KEAIBAN DAN KECELAAN DIRI SENDIRI…DARIPADA SIBUK MENCARI KEAIBAN DAN KECELAAN ORANG LAIN..TEGURLAH KESALAHAN DAN KESILAPAN DIRI SENDIRI, SEBELUM MENEGUR SALAH DAN SILAP ORANG LAIN “. INGATLAH PESAN ORANG TUA MELAYU, ” BURUKNYA ORANG JANGAN DICERCA, KERANA KITA APALAH ADA”.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2012 in tazkirah

 

Label:

BADIK BERPAMOR DIMAHARKAN (sold out)

BADIK BERPAMOR
Panjang : +- 7 inci
Hulu & sampir : kemuning
Empu : Mazlan
Harga : rm 350





Sesiapa yang berminat boleh membuat pembayaran melalui :  Akaun Maybank No : 1530 8301 3307, (Wan Ahmad Nizam) email : one_clantan@yahoo.com Setelah pembayaran dibuat, barang akan di poskan melalui Pos Malaysia dan sila sms maklumat transaksi, nama dan alamat lengkap ke : H/P : 014-8886599. Harga pos ditanggung. Terima kasih atas sokongan semua

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2012 in senjata melayu

 

Label:

ALKISAH SEORANG KAYA RAYA

Ada seorang usahawan yang telah insaf pernah berkata : ‘ dahulu semasa perniagaanku maju, semasa wang dan keuntungan masih senang dicari, langsung tidak terlintas dihatiku untuk menyediakan sebahagian daripada hartaku ke jalan Allah.
Tapi setelah perniagaanku merosot dan hampir merudum, kerugiaan pula mengatasi keuntungan…maka barulah timbul rasa sesal dan insaf dalam diriku. Allah boleh ambil bila2 masa sahaja apa yang dipinjamkan jika tidak bersyukur…terdetik dalam hatiku di saat itu, kalaulah perniagaanku maju seperti dahulu, tentu lebih banyak aku infaqkan hartaku kejalan Allah’.
Ingat wahai semua kawan-kawanku semua. Bahawa amal ibadah itu bukanlah bergantung kepada kekayaan, tetapi ianya bergantung kepada hati kita. Kerana ramai kita lihat orang yang kaya raya, akan tetapi amal ibadatnya itu tidak sama berat timbangannya dengan harta kekayaannya.
Tetapi kalau kita lihat, di sana ada pula orang yang kerjanya hanya menjual burger, mee celup, goreng pisang dll di tepi-tepi jalan. Amal ibadat mereka jauh lebih hebat dan berlipat ganda dari kemampuan yang ada pada orang yang lebih kaya.
Ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sikap kita, jika kita sendiri yang tak mahu berubah. Jika kita orang kaya, maka jadilah orang kaya yang bertakwa dan tahu bersyukur. Jika kita diuji dengan kemiskinan maka jadilah orang miskin yang bertakwa, sabar dan bersyukur.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2012 in tazkirah, Uncategorized

 

Label: