RSS

SELAWAT MASYISYIAH

04 Mar

Antara selawat masyhur yang tersebut dalam kitab Afdholul solawat ala sayyidi saadat, karangan Syeikh Yusuf Annabhani ialah selawat masyisyiah. Tuan kepada selawat ini ialah Al-arifu billah Sidi Abdul Salam bin Masyisy q.s [سيدي عبد السلام بن مشيش] adalah salah seorang wali Allah (setengah mengatakan beliau ialah Wali Qutub pada zamannya) yang pernah menjadi guru kepada Al-arif biLlah Abul Hasan Assyazuli. Beliau dari keturunan Ahlul Bait. Selawat ini salah satu karangan beliau tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW Beliau dilahirkan pada 559H/1163M dan wafat pada 628H/1228M. Makamnya di Maghribi. Alhamdulillah selawat ini sempat saya terima ijazahnya dari Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki semasa berguru dengan beliau dahulu. Para pembaca yang berminat untuk mengamalkan selawat ini maka saya ijazahkan. Berikut adalah selawatnya :

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مَنْ مِنْهُ انْشَقَّتِ الأسْرَارُ، وَانْفَلَقَتِ الأنْوَارُ، وَفِيهِ ارْتَقَتِ الْحَقَائِقُ، وَتَنَزَّلَتْ عُلُومُ آدَمَ فَأعْجَزَ الْخَلاَئِقِ، وَلَهُ تَضَاءَلَتِ الْفُهُومُ فَلَمْ يُدْرِكْهُ مِنَّا سَابِقٌ وَلاَ لاَحِقٌ، فَرِيَاضُ الْمَلَكُوتِ بِزَهْرِ جَمَالِهِ مُونِقَةٌ، وَحِيَاضُ الْجَبَرُوتِ بِفَيْضِ أنْوَارِهِ مُتَدَفِّقَةٌ، وَلاَ شَيْءَ إِلاً وَهُوَ بِهِ مَنُوطٌ، إِذ لَوْلاَ الْوَاسِطَةُ لَذَهَبَ كَمَا قِيلَ الْمَوْسُوطُ، صَلاَةً تَلِيقُ بِكَ مِنْكَ إِلَيْهِ كَمَا هُوَ أهْلُهُ،

 

اللَّهُمَّ إِنَّهُ سِرُّكَ الْجَامِعُ الدَّالُ عَلَيْكَ، وَحِجَابُكَ الأعْظَمُ الْقَائِمُ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ، اللَّهُمَّ ألْحِقْنِي بِنَسَبِهِ، وَحَقِّقْنِي بِحَسَبِهِ، وَعَرِّفْنِي إِيَّاهُ مَعْرِفَةً أسْلَمُ، بِهَا مِنْ مَوَارِدِ الْجَهْلِ، وَأكْرَعُ بِهَا مِنْ مَوَارِدِ الْفَضْلِ، وَاحْمِلْنِي عَلَى سَبِيلِهِ إِلَى حَضْرَتِكَ، حَمْلاً مَحْفُوفاً بِنُصْرَتِكَ، وَاقْذِفْ بِي عَلَى الْبَاطِلِ فَأدْمَغَهُ، وَزُجَّ بِي فِي بِحَارِ الأحَدِيَّةِ، وَانْشُلْنِي مِنْ أوْحَالِ التَّوْحِيد، وَأغْرِقْنِي فِي عَيْنِ بَحْرِ الْوَحْدَةِ حَتَّى لاَ أرَى وَلاَ أسْمَعَ وَلاَ أجِدَ وَلاَ أُحِسَّ إِلاً بِهَا، وَاجْعَلِ الْحِجَابَ الأعْظَمَ حَيَاةَ رُوحِي، وَرُوحَهُ سِرَّ حَقِيقَتِي، وَحَقِيقَتَهُ جَامِعَ عَوَالِمِي، بِتَحْقِيقِ الْحَقِّ الأوَّلِ، يَا أوَّلُ يَا آخِرُ، يَا ظَاهِرُ يَا بَاطِنُ، اِسْمَعْ نِدَائِي بِمَا سَمِعْتَ به نِدَاءَ عَبْدِكَ زَكَرِيَّا، وَانْصُرْنِي بك لَكَ، وَأيِّدْنِي بِكَ لَكَ، وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَكَ، وَحُلْ بَيْنِي وَبَيْنَ غَيْرِكَ، الله [3 kali]،

 

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ [سورة القصص: 85]، رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وهَيِّئْ لَنَا مِنْ أمْرِنَا رَشَدًا [3 kali] سورة الكهف: 10، إِنَّ الله وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً [سورة الأحزاب: 56].

 

 
16 Komen

Posted by di 4 Mac 2011 in doa

 

Label:

16 responses to “SELAWAT MASYISYIAH

  1. Habib Ahmad

    4 Mac 2011 at 09:16

    Surau Al Ikhlas Bukit Jelutong Maulud Nabi SAW Sabtu 5 Mac 2011 : 7.00 petang, Tempat : Surau Al Ikhlas, Jalan Rabung, Bukit Jelutong, Shah Alam

    Ceramah oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.

    Majlis Maulud Nabi SAW di Masjid As Syakirin KLCC , Sabtu 5 Mac 2011, lepas maghrib, Bersama Habib Hassan Al Attas dan Habib Mahdi

    Majlis Ilmu Syeikh Nuruddin di UTM, 6 Mac 2011 Mulai Selepas Subuh

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    Muslimin muslimat bersama keluarga dijemput hadir.

     
  2. mohdridzuanmohd

    11 Mac 2011 at 09:16

    assalamualaikum tok..mohon diambil buat amalan sekira diperkenan..

     
  3. mohd

    18 Mei 2011 at 09:16

    SELAWAT APE NI? ADA DLM HADIS KE? KALAU MCM TU SAYA PN NK CIPTA SELAWAT SENDIRI LA!! BG LAGI POWER DARI SELAWAT NI. UTK KAYA, MASUK SYURGA, BLH NAMPAK JIN DAN BENDA2 GHAIB.. LG BAGUS…

     
    • tokuban78

      18 Mei 2011 at 09:16

      :)emm.. ado jugak ore supo awak ni ye…ada bau2 wahabi je..selawat ni dalam Al-Quran pun ada..semoga Allah menjernihkan hati mu untuk menerima kebenaran dan semoga Allah menjadikan mu orang yang lebih beradab sopan dan berakhlak.

       
  4. pangeran gunung jerai

    23 Mei 2011 at 09:16

    amin…

     
  5. mohd

    23 Mei 2011 at 09:16

    ada 2 soalan..

    1. selawat ni ada dlm alquran?? ni lg la sesat.. bgtau benda yg xada dlm alquran.. blh bgtahu saya dlm surah apa, ayat berapa?

    2. dh tu abu bakar xamalkn selawat ni, abubakar pun wahabi jg ke??

     
    • tokuban78

      24 Mei 2011 at 09:16

      salam buat saudara mohd. moga Allah memberi kepada mohd hidayah dan petunjuknya agar bersih hatinya untuk menerima kebenaran dan agar otaknya lebih matang berfikir. tak apelah sy cuba jwb..walaupun soalan awak ni macam soalan budak yang belum berkhatan..
      1) Alquran adalah sumber segala ilmu, hatta ilmu nak buat roti, buat rumah, jahit baju, buat bom nuklear , buat kapal terbang pun ada dalamnya. awak belajar lah Alquran baik-baik nanti jumpa semua yang saya sebut tu nanti, barulah awak lebih beradab dan mulut tu tak celupar sikit menghina para wali, menghina selawat dan menuduh org sesat.
      2) selawat ni muncul selepas wafatnya Sayyidina Abu Bakar r.a dan Wahabi sesat x muncul lagi mase tu. kalau nafsu farhan awak tak suka pada selawat ni janganlah menghinanya.ok..

       
      • mohd

        25 Mei 2011 at 09:16

        kalau mcm tu, sape2 pn blh la cipta selawat sendiri la tokuban78?? saya pn nk cipta selawat sendiri jg la! gabung sikit selawat tu dgn Alquran, hadis.. bg laaaaagi power dari selawat ni.. blh? saya pn tau bahasa arab. blh la cipta selawat baru.. tak gitu??????

         
  6. marlisi

    26 Mei 2011 at 09:16

    mohd, jangan perasan nak cipta selawat.. boleh ko bagitau ape hakikat selawat?

     
  7. marlisi

    26 Mei 2011 at 09:16

    oop! maaf orang gila ropanya khekhekhe

     
    • tokuban78

      26 Mei 2011 at 09:16

      tak pelah..kesian kat dia kalu tak layan nanti bertambah merengnya hehe

       
  8. pangeran gunung jerai

    26 Mei 2011 at 09:16

    mesti si Azazil tu tgh gelak2 tgk mamat yg masih mempersoalkan pasal slawat…

    :p

     
  9. tok mat.

    12 Januari 2012 at 09:16

    kalau nak cipta selawat sendiri, ciptalah baca sendiri.balaslah selawat itu sendiri pada siapa yang baca dan akhir sekali buatlah syurga sendiri untuk balasan orang yang baca selawat awak tu. selamat mencipta.

     
    • tokuban78

      13 Januari 2012 at 09:16

      kalau begitu kata demo…tok mat kena mengaji lagi tu.

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: