RSS

Monthly Archives: Julai 2018

SENJATA FAQIR SULTAN ABDUL JALEEL, Hikmat yang sudah mula ternasakh

pertarungan-tuah-dan-jebat2

“MUHAMMADURRASULULLAH, DEMI BERKAT SAYYIDI KU YANG KERAMAT” ( cnth. satu bait dari isim senjata faqir Sultan Abdul Jaleel )

Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Lama saya tidak meng up-date blog ini kerna banyak kesibukan yang bertalu-talu mendatang. Sehinggakan mood nak menulis pun hilang dan otak pun menjadi buntu.
Tika ini datang pula kekuatan dan timbul mood nak menulis bila teringatkan satu lagi ilmu “rare” orang melayu. Yaitu satu lagi cabangan dari seni senjata faqir yang teramat sulit. Jika hendak didedahkan secara jelas jawapannya tentulah tidak. Sebab saya perlu menjaga etika kerahsiaan dan peraturan ilmu hikmat..jangan mare..
Berbalik kepada tajuk diatas, rasanya ada baik saya kongsikan sedikit maklumat dan kelebihan yang ada tersimpan dalam ilmu “Senjata Faqir Sultan Abdul Jaleel”. Mudah-mudahan dengan perkongsian ringkas ini dapat menyuburkan kembali semangat keilmuan melayu yang semakin layu dalam jiwa Si-Melayu.
Senjata faqir adalah satu seni keilmuan yang sudah tidak asing disisi penuntut ilmu kebatinan. tidak perlulah saya huraikan lagi apa kelebihan utamanya. Fokus saya adalah pada tajuk kita diatas.
Kenapa namanya dikaitkan dengan Sultan Abdul Jaleel? Jawapan ini hanya dapat diberikan kepada penerima ijazahnya sahaja. Nak tulis sejarahnya nanti tak cukup ruang.
Pengamal ilmu ini yang benar-benar berjaya insyaallah :
1- Akan dapat membiaskan apa sahaja serangan zahir mahupun batin.
2- Badannya tidak akan dapat dilukakan oleh sebarang jenis besi.
3- Menyerang musuh dengan jurus batin secara ghaib.
4- Dikasihi dan dimuliakan orang ramai.
5- Dihormati dan dipandang hebat.

6- Pembisa tangan untuk pukulan hakikat.

Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang akan terzahir dan diketahui dengan secara istiqamah pengamalannya. Begitulah secara ringkas apa yang dapat saya kongsikan sebagai tatapan dan maklumat kepada pembaca sa-kalian. Semoga bermanafaat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Julai 2018 in Maklumat