KAF 40 -HIKMAT SAQTI LANANG MELAYU


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على اشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا ومولانا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه اجمعين. أمّا بعد


Jika diperhatikan dengan teliti, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mempunyai ketamadunan yang cukup hebat, sangat kaya dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan dan seni budaya. Sungguh indah sekali. Sangat menyedihkan apabila Kehebatan ilmu pengetahuan melayu ini semakin pudar dan hampir lenyap. Maka pelbagai usaha mesti dilakukan demi meneruskan kesinambungan tradisi disiplin ilmu ini. Agar tidak lenyap begitu sahaja, tradisi ilmu ini perlulah diteruskan kepada ganerasi baru keturunan melayu.
Jikalau orang Melayu sendiri tidak mahu merpertahankan warisan leluhurnya, maka kepada siapa lagi yang hendak diharapkan. Janganlah hendaknya seorang Melayu itu merasa malu dan jumud sekiranya dia memelihara, mempertahankan dan mengamalkan ilmu warisan tradisi kemelayuannya. Hal ini tidak akan merugikan apa-apa selagi ia berada di atas paksi islam.
Naskhah ini dengan secara ringkasnya cuba menyingkap rahsia unik yang tersimpan dalam Kaf 40. Ilmu ini adalah antara secebis hikmat purba yang masih wujud di alam Melayu. Satu ilmu yang suatu ketika dahulu berstatus rahsia dan sulit.
Pendedahan ini antara lainnya adalah bertujuan untuk membuka minda dan meluaskan pandangan para pembaca bahawa setiap bidang ilmu mempunyai kaedah, istilah, ahli, isyarat, simbol dan sebagainya. Oleh itu janganlah kita cepat menyalahkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu hujung pangkalnya dengan membuat pelbagai andaian dan penilaian yang kurang tepat. Letakkan kesalahan pada diri sendiri lantaran kejahilan yang menyelubungi jiwa. Hargailah warisan ilmu yang amat bernilai ini dengan selayaknya…selamat mengaji.

Sayyied Tok Uban



KAF 40 HIKMAT SAKTI LANANG MELAYU

Kaf 40 atau Isim Kafkafiyyah ini adalah antara pusaka rahsia orang melayu zaman dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmat. Kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki pusaka purba ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya” . Dek kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, khurafat dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.
Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Ilmu ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah semestinya kita mempelajari, menerima ijazah dan petua daripada ahlinya.
Kata orang-orang tua Kelantan, isim yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Kalimah-kalimahnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut dengan mengikut kaifiat dan petua yang tertentu. Sebaiknya amalan ini di istiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan semangat positifnya serta dapat mengetahui khasiat dan kegunaannya nanti.

PENGENALAN HURUF KAF
Huruf hijaiyyah Arab yang bermula dari huruf Alif hingga Ya adalah berjumlah 29 huruf kesemuanya ( tidak termasuk huruf Lam Alif ). Salah satu dari huruf-huruf tersebut ialah huruf Kaf yang menjadi topik perbincangan dalam naskhah ini. Huruf Kaf adalah huruf ke-22 dalam susunan huruf hijaiyyah. Jikalau dalam abjad rumi, maka ianya menepati huruf K. Berikut adalah susunan huruf Hijaiyyah tersebut :
ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر
ز س ش ص ض ط ظ ع غ
ف ق ك ل م ن و ه ء ى
Syeikh Ahmad Bin Ali Al-Buni Rahimahullahi Taala menyebut di dalam sebuah karyanya, bahawa huruf Kaf adalah rahsia kepada segala kejadian alam. Wujudnya alam ini adalah hasil ciptaan Allah Taala yang Maha berkuasa dan manusia sebagai khlifahNya. Bentuk huruf Kaf ini adalah cantuman dari 3 huruf Alif. Sifatnya adalah panas lembap. Khadam huruf ini bernama Malik Syamhayaail, cahayanya hijau. Angka yang mewakili huruf ini ialah 20……..BERSAMBUNG

3 Komen

Filed under Uncategorized

3 responses to “KAF 40 -HIKMAT SAQTI LANANG MELAYU

  1. khai

    bismillahirrahmanirrahim…
    isim kaf 40 ini adalah warisan melayu kelantan yang diwarisi dari zaman dahulu..isim ini menjadi rahsia disebabkan kelayakan bagi pengamal jarang ditemui pada zaman ini…mungkin saya pemilik terakhir buat masa ini..masa akan datang tiada yang berkelayakan untuk mempelajarinya..wallahualam

  2. Mi

    Assalamualaikum ustaz, saya pernah bertanya dgn seorg abg seperguruan yg sudah memiliki ilmu ni. Katanya kaf40 jubahnya hijau, jubahnya panjang, panjangnya boleh lilit rumah. Boleh terbang. Kaedah pembelajaran berbeza ikut perguruan. Ada yg kena panjat gunung dan doanya diajarkan berperingkat sampailah ke puncak gunung. Kata org lain padang lain belalang. Ada kaf40, kaf55, kaf100. Ada juga yg kata kaf40 ni jaga kelambu kaabah. Ada juga yg kata kaf40 ni doa nabi daud lawan jalut. Setakat ni saya belum jumpa terjemahan doa ni. Apapun doa ni tajam. Boleh masuk hospital org dibuatnya. Seumur hidup saya guna sekali jer ustaz. Waktu tu dgn arwah ayah saya tebang pokok getah. Bila kita chainsaw pokok tu, pokok jatuh terpacak tegak. Taknak tumbang. 2 kali potong tetap sama. Saya pun baca kaf40 pusing lawan jam keliling pokok tu. Tiba2 ada angin datang lalu pokok tu pun tumbang serta merta. Arwah ayah saya kata pokok kalau tebang jatuh terpacak mungkin ada jin duduk situ. Wallahuaklam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s