Seorang ‘melayu’ itu tidak harus meninggalkan ilmu lama warisan kemelayuannya, apatah lagi Agamanya..berilah kepada ilmu warisan ini nafas yang baru lagi segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan dipesongkan dan agar tiada lagi ‘jin belaan’ yang akan di gendong dan tiada lagi nafsu serakah yang akan dipertuankan.
Dia juga tidak harus meninggalkan doa untuk moyangnya, kerana mereka adalah orang yang baik-baik. Walaupun mereka sudah lama pergi, akan tetapi mereka tidak lupa untuk menitipkan khazanah ilmu yang amat berharga kepada anak cucunya.. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.