RSS

Monthly Archives: Mac 2012

HEBAT? MISTIK?

Dalam menyulusuri alam hikmah dan kebatinan, ilmunya amat luas bak tiada bertepi. Segolongan manusia yang baru sahaja kenal alam hikmat, akan tetapi belum lagi memasukinya, sudah pelbagai kehebatan dan kemistikan dirinya dijaja ke sana ke mari….jauh panggang dari baranya..

segolongan manusia pula baru sahaja masuk menyusur ke alam hikmat dan kebatinan, sudah dia dapat rasa dan kecapi pelbagai pengalaman mengharunginya..akan tetapi janganlah dia berasa hebat selagi ilmunya belum teruji..dan janganlah juga dia merasa hebat walaupun ilmunya sudah di uji..sifat ujub,riya’ dan takbur hendaklah dibuang jauh-jauh..buat apa kita nak merasa hebat dengan segala kelebihan yang dipinjamkan? kita manusia ini tak ada apa-apa….

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di 31 Mac 2012 in tazkirah

 

Label:

LELAKI….janganlah dayus..

penjurit kepetangan

penjurit kepetangan

“HENDAKLAH SEORANG LELAKI ITU SENTIASA TERBUKA HATINYA, TIDAK HILANG AKALNYA. BERTANGGUNGJAWAB DAN MENJAGA MARUAH DIRI DAN KELUARGANYA. HIDUPNYA PULA ADALAH DENGAN BEKAS DARIPADA CUCUR PELUHNYA SENDIRI…”

 
3 Komen

Posted by di 27 Mac 2012 in tazkirah

 

Label:

TEMPA SELASA : KERIS CARITA TAMING SARI TEMPA 21 JENIS BESI (SOLD)

EMPU : Mazlan.
LURAH : Wan Mustafa (setopa cenerai)

keris tempa hari selasa ini memakan masa hampir 7 jam untuk disiapkan. Antara ramuan besi yang digunakan dan proses mengimpal keris yg panjangnya 15 inci ini  ialah besi 7 pa, 7 kaf, batang sat kereta lembu, besi tiang layar, besi sauh kapal dan besi kipal bbrp jenis besi lama. Selepas siap bakalannya, terus saya bawa kepada tukang canai dan lurah no.1 di Kelantan yaitu Abe Pa. Q nya agak panjang. banyak bakalan keris yang tengah jem dalam bangsal Abe Pa. Nasib saya agak baik..lepas seminggu keris ini siap.  Gambar di bawah ini adalah hasilnya yang telah siap. memang klass.
SELEPAS...jadi keris cerita taming sari ala melayu..wak jaga rumah

SEBELUM..antara besi campuran ialah besi 7 kaf dan 7 pa..

 
1 Komen

Posted by di 22 Mac 2012 in senjata melayu

 

Label:

BUKU : BETULKAH HANG TUAH WUJUD?


SESIAPA YANG BERMINAT DGN BUKU INI BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PENULISNYA, USTAZ WAN ABDUL HALIM DI TALIAN : 017-9082620/013-9418340

 
7 Komen

Posted by di 22 Mac 2012 in buku

 

Label:

SYAIR KANDA UNTUK ADINDA

ASSALAMUALAIKUM

Wahai adinda..dikau satu dihati,
Janganlah marah jugalah sedih,
Cinta kanda tiadalah terperi,
Kepada adinda sudahnya mati.

Duhai cintaku manisnya jelita,
Baiknya hati tiada taranya,
Tidak mampu kanda berkata,
Ganjaran Allah jua layaknya.

Sayang kanda pada adinda,
Tidak terluah dek kata-kata,
Cacat cela kekurangan kanda,
Mohon diampun oleh adinda.

Penat lelah pengorbanan dinda,
Jazaakillah ucapan kekanda,
Setiap peluh menitik ke dada,
Semoga Allah memberi pahala.

Dahulu kanda sebatang kara,
Tiada tempat mengadu duka,
Datang dinda umpama cahaya,
Menyinari hidup jadi ceria.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Satu,
Tempat tumpuan segala makhluqat,
Kerana mu Ya Allah kami bersatu,
Redhailah kami dunia akhirat.

 
3 Komen

Posted by di 8 Mac 2012 in syair

 

Label:

PERMAIDANI MEWAH VS SEJADAH USANG


Kadang-kadang kita rasa hendak geleng kepala apabila memikirkan tajuk di atas. Itu belum lagi difikirkan pasal pakaian berjenama yang bertimbun dalam almari.
Pernah sekali sahaya pergi ziarah ke sebuah rumah yang dihampari permaidani mewah. Lembut dan gebu terasa di tapak kaki. Terbayang difikiran ‘tentu mahal’ harga permadani import ni. Bila waktu solat maghrib hampir tiba, saya minta sehelai sejadah untuk menunaikan solat. Agak lama juga tuan rumah mencari-cari. akhirnya terjumpa sejadah itu dalam sebuah almari kecil.
Sejadah itu nampaknya sedikit usang. Nampak sangat tiada niat untuk menggantinya dengan yang baru. Meskipun sejadah itu harganya hanya sekitar belasan dan puluhan ringgit sahaja jika hendak dibandingkan dengan permaidani yang berharga ratusan bahkan ada yang ribuan ringgit.

zam zam alla kazam

Itu belum lagi hendak dikirakan pakaianya yang penuh berlambak dalam almari dengan pelbagai fesyen dan jenama. Tapi kain sarung solatnya pula hanya ada beberapa helai, itu pun sudah bertahun tidak diganti.
Oh sayang sekali, itulah reality kebanyakan orang zaman canggih ini. Hanyut dalam kesenangan dunia yang palsu. Sangat ramai muda mudi yang tak sembahyang, tak kurang juga yang pakcik dan makciknya. Orang hanya hendak ingat dan mendekatkan diri kepada Tuhan hanya ketika susah dan terdesak sahaja. Sedangkan Allah terus menerus menjaga dan tidak melupakannya.

Ya Allah! jadikanlah kami orang yang tahu bersyukur….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mac 2012 in tazkirah

 

Label:

UNTUK DIMAHARKAN : KERIS CERITA PARUNG SARI VERSI BALI 13 LOK.

Panjang mata : +-15 inci
Hulu : kemuning ukir
Sampir : kemuning
Pendokoh : perak karut
Bakalan : empu Mazlan
Lurah : Abe Pa Cenerai

Sesiapa yang berminat boleh membuat pembayaran melalui :  Akaun Maybank No : 1530 8301 3307, (Wan Ahmad Nizam)
email : one_clantan@yahoo.com
Setelah pembayaran dibuat, barang akan di poskan melalui Pos Malaysia dan sila sms maklumat transaksi, nama dan alamat lengkap ke : H/P : 014-8886599. Harga pos ditanggung. Terima kasih atas sokongan semua.

 
2 Komen

Posted by di 1 Mac 2012 in senjata melayu

 

Label: