RSS

Monthly Archives: Ogos 2016

SIAP : Naskhah Kancing Emas…..

Hasilan berharga pada penghulu segala hari, buat panduan dan tatapan sekelian ahli..

photo_2016-08-30_08-25-20

 

Advertisements
 
9 Komen

Posted by di 26 Ogos 2016 in buku

 

PETUA : MENGASAH PARANG /SENJATA

 

naoe-kanenobu-1-full-koshirae-e1326311015145Senjata yang tumpul perlulah diasah bagi mengembalikan ketajamannya. kadang2 senjata yang tumpul itu tidak dapat melaksanakan kerjanya seperti menghiris, memotong dengan lancar dan licin.
kerja-kerja mengasah perlulah dilakukan dengan berhati2. Silap2 baham tangan sendiri. Salah satu petua yang hendak saya kongsikan disini ialah betapa pentingnya memohon perlindungan kepada Allah dari segala bahaya terpotong atau terhiris tangan sendiri. Petuanya seperti berikut :
1. Tenangkan diri
2. Baca basmalah dan selawat 3 x.
3. Baca 2 ayat terakhir surah Attaubah, bermula dari “Laqadja akum’ hingga “azhim”.
dengan niat supaya terhindar dr terhiris mata pisau itu.
4. Mulalah mengasah dengan tenang dan berhati2. Jangan lupa memohon doa kepadaNYA seperti “Ya Allah Jadikanlah senjataku ini setajam-tajamnya”.
Insyaallah Allah Taala akan selamatkan kita.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Ogos 2016 in Maklumat

 

PEDANG ZULFAQAR UMAR – Bersurat Taming Sari

Pada kedua-dua belah sisi pedang istimewa ini ada terpahat suratan khas. Sebelahnya tersurat Ismul A’zhom, dan pd permukaan bilah sebelahnya lagi tersurat pula wifiq@simbol yg terdapat pd Keris Sakti Taming Sari.
Pedang simpanan buat mengawal diri, keluarga dan harta benda insyaallah.

IMG_20160806_231728

IMG_20160806_231933

IMG_20160806_231957

IMG_20160806_232117IMG_20160806_232030

IMG_20160806_231636

Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 7 Ogos 2016 in senjata melayu

 

SELAWAT SYIFA’ , ALTENATIF PENAWAR : SAKIT JANTUNG

jantung-lemah

Disini suka saya kongsikan satu amalan bagi merawat penyakit lemah jantung, sesak nafas, sakit dada, sakit hati dan apa2 penyakit yang timbul di kawasan dada kita. Para pembaca yang mengalami masalah tersebut boleh diamal dan dicuba petua yang saya cadangkan ini.Sambil berikhtiar dengan ubatan yang dibekalkan oleh doktor perubatan, ada baiknya kita sertakan amalan doa ini agar penyakit kita itu segera disembuhkan Allah Taala.

Petua ini tidak memerlukan apa2 bahan alami seperti air, akar kayu dan sebagainya. Cukup sekadar diamalkan dengan sepenuh pergantungan hati dan tawakkal kepada Allah Taala seusai solat 5 waktu setiap hari. Dan ketahuilah bahawa penyakit2 ini adalah merupakan ujian dan juga kifarah dari Allah Taala. Usahlah bersedih dengan ujian yang ditimpakan ini. Walaupun ianya adalah sesuatu yang amat menyakiti dan menyusahkan, tapi bagi orang yang reda dan mengetahui akan rahsia ujian kesusahan ini adalah merupakan nikmat kepada mereka. Petuanya adalah seperti berikut :

selawat-shifa-tib

  1. Letak tapak tangan kanan ditempat sakit seperti didada (area jantung).
  2. Baca Alfatihah 1x.
  3. Baca selawat 3x
  4. Tarik nafas dan tahan sekejap baru hembus. Sewaktu tarik nafas hendaklah niat dalam hati ” Ya Allah masukkan penawar ke dalam tubuh badanku”. Dan semasa hembus nafas niat pula ” Ya Allah Ya tuhanku keluarkan segala penyakit yang ada dalam tubuh badankan ku”.
  5. Baca selawat syifa’ . Apabila sampai kepada bacaan ” Qulubi”, hendaklah tepuk 1x tempat sakit itu. Dan teruskan baca ” wadawa iha”, berhenti dan tarik nafas dalam2 sepenuh2 dada dan tahan nafas. Ketika nafas ditahan bacalah dalam hati “Allah” 7x. setelah itu hembus nafas. Dan teruskan bacaan selawat sampai habis.
  6. Ulangi bacaan selawat syifa dan kaedah 5 ini 3x.
  7. Selawat 3x
  8. Selesai.

Insyaallah jika pengamalnya tidak berputus harap kepada Allah, akan muncul semangat baru dalam diri. Mudah- mudahan segera mendapat perkenan daripada Allah Taala dan disembuhkan penyakitnya itu. Amiiiin.Untuk maklumat yang lebih detail berkaitan petua ini, sila berjumpa @ kontek ambo.

 
2 Komen

Posted by di 4 Ogos 2016 in doa