RSS

GAYUNGMAN 9…..ILMU RAHSIA Puni-punikar-pundikar-pendekar MELAYU

18 Feb
MANUAL GAYUNGMAN 9

MANUAL GAYUNGMAN 9

Atas pertanyaan dari seorang pembaca, maka saya repost kembali Tajuk ini :

Gayungman 9 ini dipanggil juga dengan nama wasilah 9@ucatan Hang Tuah, ilmu ini sangat popular dikalangan orang-orang melayu terutamanya dikalangan para pendekar. Pun begitu bukan senang hendak memilikinya. Keazaman yang kuat dan latihan yang gigih diperlukan bagi memastikan kejayaan. kerana teknik pengamalannya sedikit sukar pada permulaan bagi orang yang tidak mempunyai asas silat@beladiri.

kemujaraban ilmu ini adalah bergantung kepada kesungguhan pengamalnya. Ilmu ini dikatakan juga antara ilmu yang diamalkan oleh laksamana Hang Tuah. Antara kelebihannya ialah :

  1. Pelindung tubuh badan.
  2. Pengebal.
  3. Pengasih.
  4. Melaju dan mempercepatkan gerakan beladiri.
  5. Gagah perkasa.
  6. Tahan tubuh@Tahan diri.
  7. Awet muda.
  8. Mengelak serangan musuh dengan gerakan automatik.
  9. Menyihatkan badan.
  10. Dan lain-lain.

Bagi mendapatkan khasiat-khasiatnya, hendaklah sentiasa diamalkan terutama sekali selepas solat subuh dan maghrib, insyaAllah mujarab.
Kaifiat mengamalkannya hendaklah baca dahulu Alfatihah satu kali niat hadiah kepada baginda Rasulullah SAW, ayatul kursi dan selawat tiga kali kemudian barulah baca isim-isimnnya sebanyak sembilan kali dalam satu nafas, jikalau tak dapat dalam satu nafas maka bacalah tiga kali senafas.

Bacaan isim ini hendaklah bersama dijabatkan pada tempat-tempat yang tertentu pada badan kita. Setelah selesai melakukan amalan ini, hendaklah ditutup dengan mengucap 2 kalimah syahadah dan selawat tiga kali. Isimnya hanya sembilan patah sahaja.

Kepada pembaca yang merasa was-was dengan status kesahihan amalan ini, maka terpulanglah pada diri sendiri. tidak ada paksaan untuk menerimanya. janganlah pula membuat penilaian yang bukan-bukan. Kerana khazanah ilmu rahsia Allah meluas bak lautan yang tak bertepi. Pada dasarnya blog ini tidak akan memapar dan mempromotkan ilmu-ilmu yang menyalahi agama. Wallahu a’lam.

 
12 Komen

Posted by di 18 Februari 2016 in Maklumat

 

12 responses to “GAYUNGMAN 9…..ILMU RAHSIA Puni-punikar-pundikar-pendekar MELAYU

  1. hp

    18 Februari 2016 at 09:16

    Ilmu Allah itu luas tak bertepi..

     
  2. Shazlan Lan

    18 Februari 2016 at 09:16

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya berminat kiranya utk mengamalkan ilmu ini. Boleh ka kira nya pihak tuan mengajarkan saya tentang bagaimana cara utk mengamalkan amalan ini. Trm Kasih

    Shazlan

    >

     
    • tokuban78

      19 Februari 2016 at 09:16

      wasalam insyaallah boleh. mari jupo ambo

       
      • bukhari ibrahim

        26 Februari 2016 at 09:16

        assalam,kalau ambo nk jupo tok lagumano,boleh tahu tok duk mano,kot2 buleh bersuai kenal.

         
      • tokuban78

        27 Februari 2016 at 09:16

        wasalam ambo dok sabak bernam selangor.

         
      • bukhari ibrahim

        27 Februari 2016 at 09:16

        lagumano kalu nk gi melawat tok,ambo duk wangsa maju loni..

         
      • tokuban78

        2 Mac 2016 at 09:16

        silokan hujung minggu insyaallah kalu free

         
  3. sunan

    19 Februari 2016 at 09:16

    Kemah..salah satu ilmu hulubalang yg hampir2 pupus..pengamal mahupun gurunya…teruskan syeikh…siru ala barakatillah

     
  4. Marzli

    25 Mei 2016 at 09:16

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya berminat kiranya utk mengamalkan ilmu ini.
    Bolehkah kira nya pihak tuan mengajarkan saya tentang bagaimana cara utk mengamalkan amalan ilmu ini.
    Bagaimana cara mudah untuk saya hubungi Tuan melalui telefon dan sebagainya.
    Terima kasih.
    Marzli
    012-6044640

     
  5. tengkujo

    28 Jun 2016 at 09:16

    salam tuan
    kalau tidak salah saya amalan ini juga adalah sebahagian daripada amalan silat batin “seru turut tujuh’. penutupnya melakukan gerakan kunci “lam alif” daripada hujung kaki ke bahagian atas kepala..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: