ISIM PAGAR DIRI…

Dunia yang telah tua renta ini sudah berada dipenghujung usianya. Sudah sangat banyak kerosakan dan kepincangan yang kita lihat. Hal ini sangat merungsingkan fikiran dan membukukan kebimbangan didalam hati. Berapa banyak berlakunya kejahatan disekeliling kita, curi, rompakan, pembunuhan dll. Kita sudah rasa tidak selamat dan aman lagi walaupun sudah berada di dalam rumah sendiri.

Oleh itu, untuk tujuan melindungi diri dari sebarang bahaya, maka berhajatlah kita semua kepada satu amalan pelindung diri. Kaedah amalan yang hendak saya perturunkan ini adalah kaedah yang sangat mudah. Boleh diamal dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Samaada lelaki atau perempuan, muda atau tua, kecil atau dewasa. Hanya memerlukan sedikit bimbingan dari guru dan fokus dari si pengamal, insyaallah amalan ini akan segera dapat dipraktik dan dikuasai.

Walaupun ianya amalan yang mudah, jangan pula kita memandangnya lekeh. Kerana disebalik amalan yang mudah ini tersimpan rahsia dan khasiat pelindungan yang sangat besar dan kuat.Isim ini tidak terkalah dan tidak dapat ditentang oleh mana-mana musuh yang berniat jahat.

Secara mudahnya isim pelindung ini adalah Amalan rahsia di dalam rahsia. Kerana proses amalan dan praktikalnya tidak diketahui dan tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. Hanya diri pengamal sahaja yang tahu. Berikut adalah isimnya :

بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيئٌ فِى الأَرْضِ ولاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ

Cara Amalan :

1- Baca dalam hati ayat di atas sebanyak 3 kali.

2-Niat : Ya Allah, jadikanlah amalan ku ini sebagai pelindung tubuh badan ku dari segala bahaya.

3-Sedut nafas dan tahan sekejap, sekadar 7 saat atau lebih.

4-Hembus nafas

5-Baca selawat 3 kali.

Waktu amalan

1- Selepas Solat subuh 1 kali

2- Selepas solat maghrib 1 kali.

Sewaktu berhadapan dengan musuh atau apa sahaja perkara merbahaya, maka cepat-cepat baca dan pratikkan amalan ini. Baca dalam hati dan tarik nafas dalam-dalam, insyaallah selamat dalam jagaan Allah Taala. Saya beri ijazah amalan ini kerana Allah Taala, kepada siapa sahaja yang suka hati hendak mengamalkannya. Sebagai bekalan diri buat mengharungi kepekatan duniawi.

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s