RSS

Category Archives: Maklumat

SENJATA FAQIR : ISIM SYATTIT….ILMU PEMUSNAH BERLAVEL TINGGI

Cuti sempena raya idil adha minggu lepas ambo berkesempatan menziarahi Guru Tua Sayyidi wa Syaikhi Tok Sayyid Pedang Sila diteratak kayu indahnya. Selesai solat isya’ berjamaah ambo terus memecut motokar pinjam meredah kegelapan malam jumaat. Melewati beberapa buah kampung yang cukup sunyi bertemankan dingin malam membuatkan ambo sedikit mengelamun dengan masaalah duniawi yang tak pernah kunjung selesainya.Tidak berapa lama ambo pun sampai kerumah Tuan Guru tercinta. Raut jernih wajahnya yang sudah pun menggapai umur 90 tahun sangat sedap dipandang. Perasaan bahagia berguling-guling di dalam hati bila melihat senyuman diwajahnya, terlihat pantulan cahaya memancar2 keluar dari barisan gusinya yang sudah tak bergigi itu. Setelah berjabat tangan dan bertanya khabar, Sedulang teh O dan beberapa keping biskut segera dihidang, begitulah kelaziman Tuan Guru bila dikunjungi tetamu. Jika tidak dengan hidangan ringan, maka dengan hidangan berat diperjamunya. Jika tak sempat nak balik kerumah, disuruhnya tidur di suraunya, Alhamdulillah. Sekejap kami berbual tiba-tiba terdengar satu suara memberi salam, terpacul dimuka pintu seorang sahabat kamceng yang ambo muliakan, Tuan Hj. Sabri, imam masjid bandar Pasir Mas. Tidak berlengah beliau terus duduk bersila menyertai majlis ilmu pada malam itu.

Pelbagai isu dan tajuk ilmu diperbincangkan pada malam itu.Tuan Guru banyak memberi nasihat dan semangat kepada kami berdua agar tetap istiqamah melakukan amalan yang telah  beliau ijazahkan. Antara tajuk yang kami bincangkan pada malam itu ialah berkenaan “isim Syatit”. Kata guru kami ilmu ini antara ilmu yang terkuat untuk membinasakan musuh. Terkadang hanya dengan mengisyaratkan jari telunjuk sahaja kearah musuh sudah cukup untuk membinasakannya. Jika ditunjuk kearah rumahnya, maka boleh terbakar rumah itu dengan izin Allah belaka. Sedar tak sedar jam dinding dah menujukkan pukul 1.30 pagi, niat dihati hendak meminta izin mengundurkan diri. Tapi ditahannya dahulu, lalu diperjamunya sehidangan makan nikmat di awal pagi…Alhamdulillah, terima kasih wahai guru kami.

photo_2016-09-20_12-40-08

Kaifiat pengamalan ilmu ini juga sangat ketat. Tak boleh diamalkan di dalam rumah, bahkan mesti diamalkan jauh dari manusia dan kesibukan dunia. Ambo tanya Tok Guru kenapa ilmu ni tak boleh diamalkan di dalam rumah? jawabnya ‘nanti ore tak mari rumoh mu’.Guru2 tua dulu pun sangat cermat sehingga mereka tak simpan suratan ilmu ini di dalam rumah. Dalam hati ambo ‘wah’ hebat sungguh ilmu ni. Setelah penerangan demi penerangan tentang ilmu ini disampaikan, timbullah pula rasa takut dalam hati untuk mempelajarinya. Bukan sebab bahayanya ilmu ini, bahkan takut gelekcas langgar ttaro hukum Allah. Itulah yang ambo paling takuti. Besar masaalah nak menjawab di padang mahsyar nanti.

Sebab itulah ilmu syatit ini tersangatlah sukar dan payah dan susah hendak dicari ijazahnya. Guru manakah yang sudi hendak menurunkan ilmu seberat ini kepada orang yang tidak amanah. Kelak kerosakanlah yang akan berlaku. Lepas ni janganlah ada pula pembaca yang bertanya soalan nakal ” kalau dh hebat sangat, kenapa tak syatitkan sahaja barak obama tu..yahudi yg dok bunuh rakyat palestin nun”.. soalan ni ambo payoh nok jawab disini. nak tahu jawapannya marilah jumpa ambo, senang nak buat kira bicara..Senapang automatik M-16 pun ada jarak tembakannya yg berkesan. Kalau sasarannya itu berada di Negeri Johor, lalu  ditarik picu M-16 di Negeri Terengganu, maka ketahuilah tuan puan sekelian bahawa itu adalah satu perbuatan yang sangat bodoh dan sangat tidak bijak bestari.

 
8 Komen

Posted by di 20 September 2016 in Maklumat

 

PETUA : MENGASAH PARANG /SENJATA

 

naoe-kanenobu-1-full-koshirae-e1326311015145Senjata yang tumpul perlulah diasah bagi mengembalikan ketajamannya. kadang2 senjata yang tumpul itu tidak dapat melaksanakan kerjanya seperti menghiris, memotong dengan lancar dan licin.
kerja-kerja mengasah perlulah dilakukan dengan berhati2. Silap2 baham tangan sendiri. Salah satu petua yang hendak saya kongsikan disini ialah betapa pentingnya memohon perlindungan kepada Allah dari segala bahaya terpotong atau terhiris tangan sendiri. Petuanya seperti berikut :
1. Tenangkan diri
2. Baca basmalah dan selawat 3 x.
3. Baca 2 ayat terakhir surah Attaubah, bermula dari “Laqadja akum’ hingga “azhim”.
dengan niat supaya terhindar dr terhiris mata pisau itu.
4. Mulalah mengasah dengan tenang dan berhati2. Jangan lupa memohon doa kepadaNYA seperti “Ya Allah Jadikanlah senjataku ini setajam-tajamnya”.
Insyaallah Allah Taala akan selamatkan kita.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Ogos 2016 in Maklumat

 

ILMU BUYONG TEMBAGA DAN KAITANNYA DENGAN SENJATA FAQIR

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Sudah agak lama ambo tak sempat nak mengupdate blog ini. Hari ini Alhamdulillah ada sedikit luang untuk ambo menulis kembali dengan sedikit idea yang masih tersisa. Berbalik kita pada tajuk diatas, yang adalah merupakan rentetan dari posting ambo sebelum ini yang bertajuk ‘Bahana keramat senjata faqir’. Ilmu kuno ini sudah jarang diketahui orang. orang tua dulu-dulu pun jarang juga yang memilikinya.Dan jangan pula kita gopoh gapah mengikut resmi Si-Jahil diluar sana yang bermudah-mudah membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman karut atau khurafat pada ilmu2 yang nadir sebegini, melainkan selepas kita kaji, faham dan betul2 tahu isinya terlebih dahulu.

Para pembaca yang ambo kasihi semua…Kadang2 terlintas juga dibenak fikiran kita, kenapa pula mesti TEMBAGA? tak boleh ke buyong itu dari bahan-bahan lain seperti perak, gangsa, tanah liat dan lain-lain. Orang tua kita dahulu banyak menyimpan rahsia, yang kadang2 dicungkil tak juga keluar jawapannya.  Walau apa pun, jawapan kepada persoalan ini agak sedikit sukar untuk diterima akal, biarlah ambo simpan dahulu rahsianya buat masa ini. Maka hanya pemiliknya sahajalah yang mengetahui rahsianya.

Ilmu buyong ini pada asalnya diaplikasikan oleh pengamalnya untuk mengembalikan barang yang dicuri. Dengan syarat tindakannya perlu segera diambil. Jarak masanya tak boleh terlalu lama, seperti contoh kecurian itu berlaku semalam, keesokan paginya mesti terus didoakan dengan ilmu buyong. kalau tidak harapan untuk barang yang dicuri itu dipulangkan semula sangat tipis.Seperti kes kecurian yang sering berlaku di negara kita lah contohnya. Kalau yang dicuri itu sebuah motosikal, kadang2 tak sampai 24 jam badan motosikal tu dah dileraikan satu persatu oleh sipencuri. Kalau sudah begini jadi halnya macam mana motosikal itu hendak dikembalikan kepada pemiliknya. Atau dengan kata lain sebelum barang yang dicuri itu berpindah tangan. Insyaallah jika tindakan diambil dengan kadar segera dan mendapat perkenan Allah Taala, barang yang dicuri itu akan dipulangkan kembali kepangkuan pemiliknya.

Setelah barang curi itu selamat pulang kepada tuannya, maka satu tindakan segera yang lain pula perlu diambil bagi menawarkan kembali hikmat buyong yang sedang mengamuk di dalam tubuh si pencuri. Dengan sedikit perahan asam limau nipis yang disertai bacaan tertentu maka ia akan mula menawar dan memadamkan kepedihan dan kepanasan si pencuri itu. Pelik juga kalau nak difikirkan dek akal kita yang dangkal ini.Dengan izin Allah, maka tak ada yang mustahil. Bi Iznika Ya Rabb…

Akan tetapi dalam masa yang sama ilmu ini juga boleh berfungsi sebagai senjata faqir. cuma perlu diketahui kaifiat dan kaedahnya yang ada sedikit perbezaan.Kadang2 sang guru tak akan mendedahkan kepelbagaian fungsinya kepada si murid.Kenapa pula begitu? guru sorok ilmu ke? guru kedekut ke? guru pilih kasih ke?..itu semua adalah andaian yang karut dan bukan2 kita kepada guru. Tak baik macam tu. kalau nak dikira, maka banyaklah sebabnya..susah ambo nak jawab…panjang berjela kalu ambo nak tulis.

Seperti yang sudah pembaca maklumi bahawa senjata fakir ini ada pelbagai versi dan levelnya. Dan senjata faqir versi buyong ini adalah tergolong dalam golongan hikmat yang berlevel tinggi. Agak besar juga kesan bahananya. Silap haribulan mangsanya akan menemui ajal. Itulah sebabnya ambo selalu ingatkan kepada diri ambo sendiri dan kepada para pemegang ijazah senjata faqir diluar sana agar lebih amanah dan kuat menahan sabar seperti teguhnya jabal Panau serta membuat beribu pertimbangan terlebih dahulu sebelum dia mula mengangkat dan mengancungkan laras senjata faqir kepada musuh seterunya. Nanti sesal seumur hidup jika kita silap membuat pilihan dengan membelakangi Hukum Allah.

Ingatlah kita semua pada satu Firman Allah Taala yang mafhumnya ” Barangsiapa yang memberi maaf dan berdamai, Maka Allah Taala lah yang akan memberinya pahala”. Wallahu a’lam.

 

 
2 Komen

Posted by di 14 Julai 2016 in Maklumat

 
Imej

BAHANA KERAMAT SENJATA FAQIR….

IMG_20160711_195112

PENANGAN SENJATA FAKIR

Sehari dua ni ambo ada bersembang berkaitan ilmu senjata faqir. Hati kecil ambo menjadi agak panas apabila terkenangkan kezaliman, penipuan dan kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan masyarakta kita seharian. Lebih2 lagi yang menjadi mangsa kezaliman dan penipuan itu adalah dari kalangan kaum keluarga yang terdekat. kalau hendak diikutkan hati dan perasaan mahu sahaja disenjatakan orang itu. Tapi siapa kita ini jika hendak dibandingkan dengan kuasa dan hukuman Allah. Maka DIAlah yang terlebih layaknya menghukum. Lebih2 lagi bila mengingatkan akan besarnya hukuman dan azab Allah jika membunuh dengan tanpa Haq. Hendak pulanya balasan yang kita lakukan itu tidak setimpal dengan kezaliman yang dia lakukan. Hanya doa dan tawakal sahaja agar si zalim itu diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

jikalau hendak bertindak sekalipun, maka gunakanlah akal waras yang mengikut pertimbangan syara’. Ilmu ini akan jadi senjata yang  merbahaya dan akan memudaratkan orang lain jika digunakan mengikut kehendak perasaan dan hawa nafsu. Nanti orang yang tak bersalah pun turut menjadi mangsa. Takutlah kita semua kepada hukuman Allah Taala yang teramat pedih.

katakanlah mangsanya itu dahulunya seorang yang tekun melakukan solat dan taat beribadat kepada Allah Taala, maka setelah dikenakan hikmat ini kepadanya maka dia hanya terlantar sakit ditempat pembaringan. Tak dapat hendak melaksanakan apa2 ibadat kepada Allah dikeranakan hikmat yang dihantar kepadanya dengan tanpa haq dan mengikut hawa nafsu. Agaknya berapa besar dosa yang kita tanggung? Wallahua’lam. Apatah lagi jika dia mati dengan meninggalkan ibu tua yang sedang dijaganya, meninggalkan anak2 kecilnya yang sudah kehilangan ibundanya!…Allah

Tak ada maknanya hidup dengan menanggung dosa walaupun betapa hebat dan tinggi ilmu yang kita miliki. Tak ada maknanya kehebatan ilmu yang kita miliki itu jika larasnya untuk  kezaliman. Tak ada maknanya gelaran doktor, prof, Yb, Dato’ dll jika keangkuhan bersarang didalam jiwa dan tindakan yang tidak melambangkan kewarasan. Kezaliman itu berlaku dimana2 sahaja. Hari ini orang lain yang kena, entah2 giliran kita pula selepas ini. Lebih baik kita membuat beribu pertimbangan dahulu sebelum menarik picu “bedil”. Sekali peluru dimuntahkan, maka ia tak akan pulang kembali kedalam larasnya. Berhati-hati lah kita semua dengan amanah ilmu yang kita miliki. Silap langkah kita pula yang jadi ‘si’ zalim. Jange buat mengace koksir adik kakok semua. Hukuman Allah menanti di akhirat nun…..maaf ko ambo belako.

 
1 Komen

Posted by di 12 Julai 2016 in Maklumat

 

GAYUNGMAN 9…..ILMU RAHSIA Puni-punikar-pundikar-pendekar MELAYU

MANUAL GAYUNGMAN 9

MANUAL GAYUNGMAN 9

Atas pertanyaan dari seorang pembaca, maka saya repost kembali Tajuk ini :

Gayungman 9 ini dipanggil juga dengan nama wasilah 9@ucatan Hang Tuah, ilmu ini sangat popular dikalangan orang-orang melayu terutamanya dikalangan para pendekar. Pun begitu bukan senang hendak memilikinya. Keazaman yang kuat dan latihan yang gigih diperlukan bagi memastikan kejayaan. kerana teknik pengamalannya sedikit sukar pada permulaan bagi orang yang tidak mempunyai asas silat@beladiri.

kemujaraban ilmu ini adalah bergantung kepada kesungguhan pengamalnya. Ilmu ini dikatakan juga antara ilmu yang diamalkan oleh laksamana Hang Tuah. Antara kelebihannya ialah :

  1. Pelindung tubuh badan.
  2. Pengebal.
  3. Pengasih.
  4. Melaju dan mempercepatkan gerakan beladiri.
  5. Gagah perkasa.
  6. Tahan tubuh@Tahan diri.
  7. Awet muda.
  8. Mengelak serangan musuh dengan gerakan automatik.
  9. Menyihatkan badan.
  10. Dan lain-lain.

Bagi mendapatkan khasiat-khasiatnya, hendaklah sentiasa diamalkan terutama sekali selepas solat subuh dan maghrib, insyaAllah mujarab.
Kaifiat mengamalkannya hendaklah baca dahulu Alfatihah satu kali niat hadiah kepada baginda Rasulullah SAW, ayatul kursi dan selawat tiga kali kemudian barulah baca isim-isimnnya sebanyak sembilan kali dalam satu nafas, jikalau tak dapat dalam satu nafas maka bacalah tiga kali senafas.

Bacaan isim ini hendaklah bersama dijabatkan pada tempat-tempat yang tertentu pada badan kita. Setelah selesai melakukan amalan ini, hendaklah ditutup dengan mengucap 2 kalimah syahadah dan selawat tiga kali. Isimnya hanya sembilan patah sahaja.

Kepada pembaca yang merasa was-was dengan status kesahihan amalan ini, maka terpulanglah pada diri sendiri. tidak ada paksaan untuk menerimanya. janganlah pula membuat penilaian yang bukan-bukan. Kerana khazanah ilmu rahsia Allah meluas bak lautan yang tak bertepi. Pada dasarnya blog ini tidak akan memapar dan mempromotkan ilmu-ilmu yang menyalahi agama. Wallahu a’lam.

 
12 Komen

Posted by di 18 Februari 2016 in Maklumat

 

ISIM EMAS SEBUKU : spelek ore zaman dulu wak tarik pitis..rupanya ado sengoti

SANYO DIGITAL CAMERA

Dalam kitab hikmat arab ia diistilahkan sebagai ilmu “jalbu addarahim” , “ Nafaqatun Ghaibiyyah” dan juga dengan lain-lain nama. Di alam melayu ia lebih terkenal dengan istilah “ilmu tarik duit” dan sebagainya. Suatu ketika dahulu Saya sendiri pun tertanya-tanya adakah ilmu ini benar-benar wujud? Setelah membuat sedikit kajian terhadap beberapa kitab hikmat yang muktabar, maka didapati ianya memang wujud. Cuma tahap kemenjadian dan kemujaraban ilmu tersebut pada zaman sekarang ini susah untuk diramal. Ye lah dengan keadaan maksiat yang bermaharaja lela, kiri kanan depan belakang dikelilingi kemungkaran. Makanan yang dimakan pun susah hendak dipastikan peratus kehalalannya…banyak syubhat. Maka terpulanglah pada diri sendiri.
Antara kitab yang sempat saya teliti berkaitan ilmu ini ialah kitab “Luqthatul Ijlan”, sebuah karya Syeikh Ahmad Zain AlFathani. Sebuah karya yang cukup rare pada zaman sekarang ni. Naskhah yang ada dlm simpanan saya ini bukan yang asli, hanya salinan fotostat sahaja dan tidak berapa lengkap. Kerana ada beberapa muka suratnya yang hilang. Yang sebenarnya ianya dilakukan ketika waktu benar-benar terdesak sahaja. Sepanjang kajian saya terhadap ilmu ini, ianya memerlukan riadhah yang agak lama dan juga mematuhi pelbagai syarat yang sangat ketat. Tak sesuai untuk orang awam kebanyakkan seperti kita. Kerana pada hemat saya hanya orang yang tinggi ilmu kebatinannya sahaja agak sesuai mengamalkan ilmu ini. Kita-kita ni kalau dengar cerita hantu pun dah kecut perut. Apalagi kalau tersua dengan hantu, terkencing terberak barangkalinya. Dengan dalaman yang rapuh sebegini camne kita nak menanggung ilmu hikmat yang kadang kala terbuka hijab pengamalnya kepada alam halus. Sebab tu kadang2 ada orang yang jadi gila isim. Kenapa tuan-tuan?. Antara sebabnya dia tak mampu nak tanggung bebanan ilmu sebegini.
Versinya juga pelbagai. kebanyakkannya menggunakan khidmat khadam, jin@makhluk halus. Itulah yang saya katakan tak berapa sesuai untuk orang yang rendah ilmu agama dan tohor dalamannya. Takut gelekcas@tergelincir ditengah jalan. Besar balanya pula. Dan paling ditakuti boleh merosak iman dan akidah. Wallahua’lam.
Pesan saya kali ini : “HATI-HATI DENGAN BOMOH TEMBERANG, RAMAI YANG MENDAKWA BOLEH TARIK DUIT, JANGAN BIARKAN DIRI TERTIPU, BERFIKIRLAH DENGAN WARAS, INGATLAH KEPADA ALLAH, JAUHI SYAITAN”.

images

 
1 Komen

Posted by di 17 Februari 2016 in Maklumat

 

SIDI KELIMUN

655d253f97e883750a95475ace1c09a2

LA ILAAHA ILLALLOH..Pernahkah pembaca mendengarnya? Mungkin pernah dan mungkin tidak. Yang pasti tak pernah juga melihat IlMu ini. Kalau ada pun kat dalam filem mat saleh yang ada aksi magic-magic tu. Bila si hero yang ada kuasa magic tu dikejar musuh, maka dia akan menukar rupanya menjadi orang lain dan sebagainya. Hakikat yang sebenarnya ilmu ini memang wujud. Dan tak terkecuali kewujudannya di alam melayu.
Suatu ketika dahulu,selepas tamatnya perang “dusun nyor” ada seorang pejuang melayu yang menjadi buruan kerajaan Siam. Hampir setiap pelusuk negeri dia dicari. Apabila bertembung dengan soldadu siam dijalanan, mereka tak dapat mengecam wajah pejuang tersebut. Setelah pemeriksaan dilakukan, pejuang melayu itu dilepaskan. Kerana waktu pemeriksaan itu dilakukan terhadap suspek, wajahnya Nampak terlalu muda cam remaja belasan tahun. Walhal umurnya dah mencecah usia tua. Dan ada ketikanya wajahnya bertukar menjadi sangat tua. Haha.. saya no komenlah sebab kehebatan pejuang melayu zaman dahulu memang diakui. Tetapi sayangnya ilmu mereka tak terwaris kepada semua orang. Kerna bukannya senang nak kuasai ilmu tersebut, seperti senangnya saya menaip cerita pejuang itu.
Pejuang-pejuang dahulu menggunakan semua ilmu dan kehebatan mereka ke jalan Allah. Bukannya untuk ditunjuk2 dan dibanggakan. Kerna nawaitu mereka menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan ni adalah untuk mencari redha Allah dan bukannya mencari duniawi. Barangkali dengan sebab itu lah mereka menjadi sedikit lokek dan memilih untuk menurunkan ilmu yang mereka miliki kepada orang lain. Umpama pisau didapur lah, mak ayah tak akan beri kepada anaknya yang masih kecil. Wallahu alam

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Februari 2016 in Maklumat