Monthly Archives: Mei 2010

Perhatian kepada pembaca yang budiman….

Ilmu-ilmu hikmat yang terpapar dalam blog ini adalah ilmu yang saya tuntut dan pelajari  dengan ramai tok-tok guru. Dan kesemua ilmu yang saya terima itu telah saya  tapis dan halusi dengan merujuk kepada beberapa orang alim yang ahli dalam bidang agama, ilmu hikmat dan kerohanian. Juga saya merujuk kepada kitab-kitab muktabar ilmu kerohanian samaada kitab jawi atau arab dan juga kepada orang-orang tua yang mempunyai ijazah yang sah daripada alim ulama terdahulu. Mana-mana Ilmu Hikmat yang dibenarkan syara’  untuk mengamalkanya  maka saya terima dengan suka hati . Jika ada yang  bertentangan dengan agama, cepat-cepat saya ketepikan supaya kelak dapat dijadikan sebagai sempadan. Jikalau ada pembaca yang  merasa was-was dengan apa yang saya sajikankan di dalam blog ini, maka tidak ada paksaan untuk menerima dan mempercayainya, terpulanglah pada diri masing-masing.  Saya rasa tak sesuai kita nak berdebat dan berkeras keng dalam ilmu-ilmu begini. Jika rasa tak berselera nak makan, maka janganlah dihina-hina makanan tersebut, carilah makanan yang kena dengan selera sendiri..bak kata ‘ lain padang , lain belalangnya. lapangkanlah dada.

2 Komen

Filed under Uncategorized

Keajaiban Dalam Besi

Besi adalah sebuah unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an di dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi. Kita dikhabarkan :
“…dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..” (Surah al-Hadid: 25)
Perkataan “diturunkan” khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas mempunyai sebuah maksud kiasan untuk menerangkan bahawa besi dikurniakan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud secara fizikal diturunkan dari luar angkasa, seperti dalam kes hujan dan sinaran matahari. Kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi meden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur besi hanya dapat dihasilkan di dalam bintang yang lebih besar berbanding matahari di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila jumlah besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, ia akan gagal untuk menampungnya dan yang akhirnya meletup dalam letupan yang dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta dan bergerak melalui celah ruang angkasa sehingga ditarik oleh kuasa graviti sebarang objek di cakerawala.
Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dibentuk di dalam bumi sebaliknya dibawa dari bebintang yang meletup di ruang angkasa melalui meteor dan diturunkan ke dalam bumi, seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Adalah jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik di abad ke 7.
Rujukan : keajaiban Al-Qur’an, Harun Yahya

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Rahsia Ilmu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ketahuilah wahai sekelian saudaraku, bahwa Segala ilmu hikmat, amalan, solawat, doa, hizib dan petua yang saya paparkan dalam blog ini adalah sebahagian daripada koleksi ilmu-ilmu yang ada di sekeliling masyarakat melayu. Umumnya hanyalah untuk rujukan dan saling bertukar pendapat di kalangan para pembaca sahaja bukan untuk diamalkan secara langsung kerana ada di antara ilmu yang dipaparkan perlu berguru dan berijazah.
Blog ini sengaja saya wujudkan kerana terfikir, apalah gunanya disimpan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang saya miliki ini sehingga dibawa mati, rasanya lebih baik disebarkan untuk manafaat dan faedah bersama, kerana saya percaya ramai orang yang mencarinya tapi tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya. Untuk makluman pembaca tidak kesemua ilmu yang ada dalam blog ini dapat saya ijazahkan secara online, ada sebahagiannya perlu berijazah dengan cara bersemuka atau bertalaqi dan musyafahah. Kerana begitulah adab orang menuntut ilmu, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan mengorbankan banyak wang ringgit demi untuk mendapatkan sepatah ilmu dari mulut guru. Yang pastinya, ilmu yang diperolehi dengan cara bersemuka dengan guru adalah lebih baik, jelas, faham, terperinci dan ada keberkatannya berbanding dengan cara membaca buku dan melalui internet. Oleh itu di mana ada guru, di situ ada ilmu, carilah dia kerana nikmat ilmu yang kita dapat itu tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit dan harta dunia. Dan jangan pula tersalah pilih guru, besar sekali akibatnya. Carilah guru yang dapat meminpin kita dalam mencari reda Allah Taala di dunia dan akhirat.
Ada pula sebahagian ilmu, saya tidak jelaskan secara terperinci kerana menjaga kerahsiaan ilmu. Kerana sudah maklum di zaman sekarang, ilmu-ilmu sebegini selalu menjadi mangsa kontroversi dan dituduh dengan pelbagai tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Kerahsiaan ilmu terpaksa ditutup kerana mengelakkan fitnah yang lebih besar. Begitulah resam tok-tok guru, mereka lebih rela rahsia itu berkubur di dada dari menjadi fitnah besar yang boleh menjejaskan rahsia ketuhanan. Guru-guru ini hanya akan membuka kerahsiaan ilmunya apabila ada murid yang benar-benar layak untuk menerimanya. Itupun dalam majlis yang hanya dihadiri oleh empat biji mata sahaja. Begitulah tegasnya guru-guru tua menjaga rahsia ilmu. Tidak diturunkan pada sebarangan orang. Mana mungkin rantai emas yang bertatahkan berlian dikalungkan pada leher khinzir…fakir-fikirkan.
Segala maklumat yang ada dalam blog ini, persilakanlah para pembaca menyambut dan menerimanya dengan menaruh sepenuh kepercayaan hanya kepada Allah Taala. Dengan niat yang tulus suci, mudah-mudahan mendapat keberkatan dan keredaaan Allah Taala yang maha luas rahmatNya. Kepada pembaca yang tidak suka atau anti kepada maklumat yang dipaparkan, terpulanglah..mungkin anda belum dipilih atau tidak terpilih untuk mendapat kemuliaan dan kelebihan ilmu Allah Taala ini. Beramal dengan khasiat ayat Al-Quran, doa, selawat  bukanlah perkara bidaah yang sesat dan membawa syirik seperti yang dituduh oleh setengah golongan yang mana golongan ini adalah saudara seagama kita sendiri. Insya’ Allah jikalau ada sedikit kesabaran Allah taala  akan membuka pintu hati kita semua. Bak kata Hukama’ :

عليك أن تَتَعَلَّمَ قبل أن تَتَهَجَّمَ

فذلك أجْدَى وأسْلَمَ

عَلِمْتَ شيئاً وغاَبَتْ عنك الأشياء

Maksudnya:
Hendaklah kamu belajar sebelum kamu mengkritik dan menyerang orang lain, kerana demikian itu adalah lebih berfaedah dan lebih selamat. Kamu telah mengetahui sesuatu, tetapi masih banyak lagi perkara yang kamu belum ketahui.
Harap penerangan yang ringkas ini dapat menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat dari penularan ilmu hikmah yang saya paparkan. Segala kelemahan saya mohon maaf dan kepada Allah jualah saya memohon keampunan dan perlindungan. Wassalamualaikum

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Doa Nabi Daud AS

Inilah doa Nabi Daud AS yang diriwayatkan dari Abu Sulaiman Addarani dan Syeikh Ma’ruf Alkurkhi. Fadhilat dan pahala doa ini amat besar sekali sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Sulaiman Addarani, bahwa Allah Taala telah mewahyukan kepada nabi Daud AS dengan firmannya “ Hai Daud, sesungguhnya engkau telah memenatkan Malaikat menulis pahalanya”.
Ceritanya lagi, ada seorang lelaki mengerjakan ibadat haji dan dia membaca doa ini di hadapan pintu kaabah. Pada tahun berikutnya dia datang lagi ke mekah untuk menunaikan ibadat hajinya bagi kali kedua. Ketika dia berada di hadapan pintu kaabah hendak membaca doa ini, tiba-tiba dia terdengar satu suara menyerunya, “Wahai hamba Allah! sesungguhnya engkau telah memenatkan Malaikat Hafazah dari tahun lepas lagi, hinggalah sampai sekarang belum habis dia mencatat pahala doa yang engkau baca pada tahun lepas”. Wallahu a’lam. Senantiasalah kita berdoa kepadaNya.

32 Komen

Filed under doa

Selawat futuhat

Selawat itu adalah satu amalan atau satu ibadat yang sangat besar pahalanya. Setiap orang mukmin dituntut untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW.
Antara fadhilat selawat sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis kira-kira bermaksud : ‘barang siapa yang banyak berselawat kepadaku semasa hidupnya, nescaya Allah Taala memerintahkan semua makhluk supaya memohom ampun dan maaf kepadanya selepas matinya’.
Bagi memastikan amalan selawat kita itu sampai kepada maksudnya, hendaklah dijaga 5 syarat :-
1-Suci daripada hadas kecil dan besar.
2-Menghadap qiblat.
3-Berselawat seakan-akan mengadap Rasulullah.
4-Tartil hurufnya.
5-Jangan tergesa-gesa menyebut kalimat-kalimatnya.

Selawat futuhat di bawah ini khusus untuk memohon rezeki, tetapi dengan syarat meninggalkan maksiat, walaupun perkara-perkara makruh. Selawat ini hendaklah dibaca tiap-tiap hari sebanyak 113 kali atau 114 kali.

10 Komen

Filed under doa