RSS

Monthly Archives: Oktober 2010

Pesan Guru

Pesan guru umpama mutiara,
Jangan dipandang remeh dan sepi,
Bila langkah turun berkelana,
Jangan dilupa membawa besi.

Besi disisip teman musafir,
Bukan tujuan membuat jahat,
Bila berdepan musuh yang getir,
Badik menjadi pengeras semangat.

Walaupun besi digenggam erat,
Tetap berlaku apa yang tersurat,
Kepada Allah jua bergantung harap,
Kerana makhluk tak punya qudrat.

Besi ditempa tujuh muharam,
Dipilih dari tujuh ramuan,
Siapakah teman siang dan malam,
Tiadalah DIA melainkan Tuhan.

Besi bukan sebarang besi,
Besi berasal dari khursani,
Berkat ALLAH berkat nabi,
Jadilah aku gagah berani

 
5 Komen

Posted by di 28 Oktober 2010 in syair

 

Label:

SELAWAT KAF

Kepada ahli dan para pembaca yang pernah menerima ijazah kaf 40 dari saya, di bawah ini saya paparkan selawat kaf yang perlu dibaca sebelum dan selepas mengamalkan kaf 40 sebagai penyejuk, silalah baca selawat ini 3 kali sebelum dan 3 kali selepas amal kaf 40.

( Allahumma solli wasallim wabarik ala sayyidina Muhammadin wa ala ali sayyidina Muhammadin ma taharrakatil aflaku, Allahumma solli wasallim wabarik ala sayyidina Muhammadin wa ala ali sayyidina Muhammadin a’dada tasbihil amlaki)

ﺍﻠﻠﻬﻢ ﺼﻞ ﻭﺴﻠﻢ ﻭﺒﺍﺮﻚ ﻋﻠﻰ ﺴﻴﺪﻨﺍ ﻤﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻞ ﺴﻴﺪﻨﺍ ﻤﺤﻤﺪ ﻤﺍ ﺘﺤﺮﻜﺖ ﺍﻷﻓﻼﻚ  ﺍﻠﻠﻬﻢ ﺼﻞ ﻭﺴﻠﻢ ﻭﺒﺍﺮﻚ ﻋﻠﻰ ﺴﻴﺪﻨﺍ ﻤﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻞ ﺴﻴﺪﻨﺍ ﻤﺤﻤﺪ ﻋﺪﺪ ﺘﺴﺒﻴﺢ ﺍﻷﻤﻼﻚ

 
39 Komen

Posted by di 23 Oktober 2010 in doa

 

Label:

Tadahlah tanganmu kepada SANG AGUNG.

“Berdoa bukanlah semata-semata untuk
memberitahu Allah Taala akan apa
yang kita mohon, kerana tanpa
diberitahu pun Allah Taala sudah
sedia mengetahuinya. Jadikanlah berdoa itu
sebagai satu pengabdian kita kepada
Allah Subhanahu Wa Taala.
Janganlah sesekali lupa dan jemu
untuk berdoa kepadaNya, tak kira
siang, malam, senang atau susah,
doa perlu senantiasa dipanjatkan kepadaNya
dan Dia tidak pernah menghampakan
doa dari hambaNya.”
(Abu Humaira Alkelantani)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Oktober 2010 in Uncategorized

 

Label: