RSS

Monthly Archives: Februari 2011

PESANAN TOK SIDI

Menuntut ilmu guru dicari,
Turun temurun adab mengaji,
Bila dapat ilmu yang dicari,
Janganlah pula dia diderhakai.

Belajar sudah mengaji pun tamat,
Susulkan pula amal dan bakti,
Segala ilmu di dada tersemat,
Janganlah dipersia dan dikhianati.

Ilmu diperturun dengan ijazah,
Salasilah ilmu sanad bersanad,
Kepada pewaris penerus amanah,
Ilmu Allah  mestilah dikembang.

Mulianya manusia kerana berilmu,
Bertambah kemuliaan dengan amalnya,
Janganlah lupa kepada guru,
Kerana ilmu datang darinya.

Siang dan malam hikmah digali,
Resam pencinta ilmu dan petua,
Ingatlah pada pesan Al-Ghazali,
Tak dapat semua, jangan tinggalkan semua.
(Tok uban)

 
3 Komen

Posted by di 6 Februari 2011 in kenangan

 

Label:

BADIK MATA JIN rm 450.00 ( sold ) – sebilah karya unik pandai besi Kelantan

Hulunya dari kayu perahu bunga emas


 
9 Komen

Posted by di 1 Februari 2011 in senjata melayu

 

Label:

KERIS HANG TUAH?

Ketandaan pada keris ini hampir sama dengan ketandaan yang ada pada lakaran sebilah keris yang terdapat dalam sebuah manuskrip lama yang dianggarkan berusia hampir 250 tahun. Di sebelah bawah lakaran keris itu tertera ayat ” keris Hang Tuah sebuah negeri harganya “. Setelah merujuk kpd beberapa orang pandai besi kelantan, ketandaan tersebut ialah, tapak gajah, lam alif kilas, pusaran, mata ketitir dan 3 anak panah (pangkat sarjan). Rahsianya banyak sekali, tak cekak ambo nak hurai sini. Mari kita saksikan..




 
5 Komen

Posted by di 1 Februari 2011 in senjata melayu

 

Label: