Monthly Archives: Mei 2011

La Haula Wala Quwwata Illa Billah


Syahdan tatakala kasih Allah akan hambaNya,
Maka nescaya diuji hambaNya itu,
Berbagai-bagai rupanya,
Sudah maklum dunia ini tempatnya segala ujian,
Adakalanya kita tahu dan tidak tahu,
Wahai Hamba, ingatlah molek-molek,
Jika Dia menguji maka redhalah hendaknya,
Redha hamba dengan suka gembira,
Jika berjaya melepasi, diujiNya lagi,
Di beriNya angeraha,
Alhamdulillah syukur sekali,
Tapi yang kita hendak bukannya itu..
Redha dan kasihnya jua kita kehendaki..
Radhitu Billahi Rabba, Ya Allah Redhailah manira.

6 Komen

Filed under tazkirah

ADAB BERGURU

Ramai orang yang minat menuntut ilmu, tapi yang sedihnya mereka ini kurang adabĀ  sopannya. Bila sahaja kita melangkah masuk ke gelanggang baru, maka langkahlah dengan dada yang seperti tin kosong yang perlu di isi. Antara adab yang perlu dijaga ialah jangan kita war-warkan atau menunjuk-nunjuk ilmu yang telah dipelajari dahulu. ilmu yang kita tuntut dahulu simpan baik-baik dalam dada. Bila berada di gelanggang baru maka hendaklah kita jadikan diri kita seumpama kanak-kanak kecil yang tak tahu apa-apa dan sedia menerima segala tunjuk ajar dari guru dengan sepenuh hati. Dan jangan pula membuat perbandingan ilmu yang baru dipelajari dengan ilmu kita dahulu atau dengan mana-mana ilmu lain. Apatah lagi memperlekehkannya. Bila berada di hadapan guru jaga tingkah laku dan percakapan. Bila guru bercakap kita diam dan tunduk. Jangan sekali-kali mencelahi percakapannya. Ingatlah wahai saudaraku sekeliannya, bahawa berkat ilmu yang dituntut itu terletak pada adab kita dengan guru…wallahua’lam

11 Komen

Filed under tazkirah