RSS

Rahsia ramuan besi 7 ‘Pa’

20 Mar
  • Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.
    Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.
    Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang. Wallahu a’lam.
    Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.
    Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.
    Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.
    Menurut kepercayaan bahawa ramuan besi 7 pa ini boleh :
    1.Melindungi diri dari pandangan musuh.
    2.Melariskan perniagaan.
    3.Mematahkan semangat musuh.
    4.Menjadi pengasih bagi orang yang telah lama membenci antara satu sama lain.

Dalam berkeris ingatlah pesan ini :
Bermain keris biar berpada
Dek keris bawa ke neraka.
Ukur, sukat hanya petua.
Sepenuh hati jangan percaya
Cuma besi baru ditempa
Allah jua Maha Kuasa
.

 
14 Komen

Posted by di 20 Mac 2010 in Uncategorized

 

Label:

14 responses to “Rahsia ramuan besi 7 ‘Pa’

  1. harith

    21 Februari 2011 at 09:16

    Tuan! saya nak bertanya bagaimana dgn 9pa,13pa blh senarai sebanyak mungkin nama besi bermula dgn pa

    TQ

     
    • tokuban78

      22 Februari 2011 at 09:16

      sebenarnya tuan boleh cari sendiri besi pa ni, jika tuan dpt kumpul 7 jenis besinya maka jadilah 7 pa..carilah besi yang disebut pada awalnya dengan huruf pa sebanyak mana yg tuan mahu, jika hendak dibuat senjata maka ikutlah bilangan yg ganjil…

       
      • Eyz Eyza

        24 Mac 2014 at 09:16

        Tuan, puting parang patah tu milik tuan ke? Ada tak niat nak jualkannya? Sya berminat nak tahu maharnya. Boleh hubungi sya 013 2845858. Trima kasih

         
      • tokuban78

        31 Mac 2014 at 09:16

        putting tu dh abis sy buat besi 7 pa.

         
      • mckimi

        31 Mac 2014 at 09:16

        Salam sejahtera ke atas kamu..
        Asalnye dulu saya ni kerja kapal(belayar)..
        Besi saya tu saya kumpul dr 6 negara.
        baru taun lepas cukup 7,yg last saya dpt dr kk(sabah)
        Mntk maaf sbb semua besi tu sudah berpindah tangan
        (Saya sedekahkan saja pd seorng yg perlu).
        Insyaalah kalau ade yg berminat..
        Saya cuba la ikhtiar..lgpun saya kat offshore perairan malaysia je skrng..
        Saya masih belajar dan memilih besi yg sesuai(dr jenis 7 pa dan lain2)
        Sbb besi2 yg ada(dr kapal..offshore dll etc)bkn semuanya sesuai dan bkn semua tukang mahir dlm melenturkan besi2 keras sebegitu.
        Insyaalah klu berminat..boleh saya cr kan..
        saya tk maharkan pun..saya nk sedekahkan aja pada yg perlu.
        Insyaalah kalau di beri rezeki dan ada kesempatan.

        Mckimi

         
      • tokuban78

        1 April 2014 at 09:16

        tma ksh atas info

         
  2. mohd zamri

    4 Januari 2012 at 09:16

    salam…apa jenis besi pa yang tuan masukkn dalam keris sepokal gajah tu…tq

     
    • tokuban78

      4 Januari 2012 at 09:16

      wasalam. paku, pahat, pacat, pahal, parang, payung dan pagar

       
      • fatil

        28 April 2013 at 09:16

        bagaimana nak mengenali keris itu di buat dari 7 eleman tersebut?

         
      • tokuban78

        28 April 2013 at 09:16

        setakat ni x dok alamat pengenalannya..cuma tukang yg buat jo yg tahu..dan dia beritahu kpd pemiliknya pula…dan pula dan pula bla bla bla

         
  3. mckimi

    3 Julai 2013 at 09:16

    assalamualaikom..
    alhmdllah kawe bru juppo blog ni..
    tu pun saing ambo ghoyak..
    lama doh..cumo takdok huk buleh ‘pisoh’..
    ambo nok cr tukang pedang/keris/tukang besi.
    tukang besi 7pa.
    ambo nok bekki pedang ambo..pedang lamo,pedang keluarga.
    pedang tu pturung ko ambo.
    nok bekki katok baru,nok salut besi 7pa.
    lepah katok baru,nok wat sarung baru.
    pedang ni asalnya tk bersarung..
    d ‘tidurkan’ saje sejak lama..
    jd rahsia keluarga ambo.
    kontek ambo..
    kalu agok2 buleh,ambo wat blk klate la pedang tu..

    mckimi_et@yahoo.com

     
    • tokuban78

      3 Julai 2013 at 09:16

      wak balik la, demo gi kampong manir, jalan bunut susu..cari pak mazlan..semua ore kenal dia situ..hanya dia ada kepandaian bekki brg demo tu insyaallah..

       
  4. faris haikal

    21 Mac 2015 at 09:16

    assalamualaikum..sy nk tanya sikit…7jenis besi yg mcm mna yg baik untuk dibuat kerambit??harap owner page ni jwab sbb sy betul2 perlukan maklumat ni..

     
    • tokuban78

      23 Mac 2015 at 09:16

      wasalam kerambit moleknya buat dgn besi Baja/besi sebatang/ besi buku.

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: