RSS

Monthly Archives: Mac 2015

DIMAHARKAN BADIK, RAMUAN BESI 7 ‘PA’ – ( SOLD OUT )

Panjang : +- 7 inci
Hulu & sampir : kemuning
Btg serunai : sena
Ketandaan : gat atas, gat belakang dan gelang.
Besi : beliung lama dan ramuan 7 pa.
Mahar : rm 750 sms/ wasap 014-8886599. Bleh tawar.

13112014940

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di 16 Mac 2015 in Uncategorized

 

MINAT YANG DITERTAWAKAN ORANG

tertawa

Hobi sampingan mengumpul keris atau senjata-senjata lama yang lain seperti badik, sundang, lembing, pedang, kerambit, pisau jam dll, adalah satu hobi yang sering ditertawakan orang, yang mentertawakan hobi ini bukannya orang lain , tapi orang melayu sendiri, mungkin dia tak sedar yang dia mentertawakan senjata nenek moyangnya sendiri, yang sedikit teruknya, ada juga melayu yang tak kenal keris. Boleh tahanlah dari tak kenal agama. Saya sendiri sering ditertawakan kawan-kawan bila tahu yang kita ni peminat dan pengumpul keris, ada yang senyum kambing, ada yang muncungkan mulut, bahkan ada yang terus melatah.. ‘hobi tak dok pekdoh, wak perabih ko pitih’…dan ada juga yang berpandangan nagetif.. “senjata syirik” katanya. Yang melucukan lagi ada yang takut bila tengok keris, akibat daripada cerita2 tahyul, drama tv yang banyak menampilkan keris dari sudut nagetif. Seekor kerbau yang membawa lumpur, habis yang lain terpalit. kadang-kadang saya hanya menahan ketawa bila melihat telatah dan gelagat kawan-kawan, rasa menyampah pun ada sikit2. Pedulilah apa orang nak kata atau nak ketawa, kalau orang yang tak masuk ke ‘alam keris’ memang dia tak tahu, tak pandai menilai dan memahami apa-apa tentang senjata warisan datuk nenek kita yang berharga ini. yang penting saya bahagia dengan hobi saya dan tidak ganggu dan menyusahkan orang lain…habis duit banyak pun adalah dari poket sendiri bukannya dari poket orang lain. Bagi saya hobi kumpul besi adalah satu nikmat dan kepuasan daripada dok habiskan masa dikedai-kedai kopi, melepak, merempit, berjudi, mengumpat orang tu orang ini, lebih baik dok dirumah dengan membelek-belek keris. saya pernah mendengar orang bercakap , sambil gelak-gelak sifulan itu berkata “ada jugak orang minat ko benda ni (keris)”. Saya yang duduk di tepinya hanya tersenyum. Ye lah yang minat keris dikalangan orang melayu ni bukannya ramai boleh dikatakan satu dalam seribu..
Hobi ini banyak menggalakkan saya dengan Secara tak langsung dapat menimba ilmu perkerisan, sama ada dari segi seni dan juga nilai pasarannya. Dapat kenal ramai tukang-tukang keris, Sahabat, rakan, kawan-kawan juga bertambah.

 
4 Komen

Posted by di 10 Mac 2015 in senjata melayu