RSS

Monthly Archives: September 2018

CAKNA

Kepada mana-mana sahabat/pembaca yang ada wasap/sms ambo yang bertanyakan tentang harga keris@senjata yang ambo jual dalam blog ni ambo ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian melihat senjata2 jualan ambo ni. Cuma apa yang ambo nak ketengahkan hari ini ialah ambo nak minta tolong kepada para penwasap/pensms ambo tu biarlah ada sifat CAKNA sikit. Balaslah wasap/sms dengan jelas. kalau hendak dan setuju katakan hendak. Adapun jika tak hendak dan tak mampu dengan harga yang ambo tawarkan maka katakanlah tak hendak. Jangan diam seribu bahasa. Biarlah jelas. ambo tak marah. jadi tak jadi dalam jual beli ini adalah perkara biasa. Cuma janganlah biarkan ambo ternanti-nanti jadi macam kerang busuk ternganga dok tunggu reply jawapan.Kesiankanlah ambo.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 September 2018 in Maklumat

 

SENJATA FAKIR – suatu nasihat bagi sekelian mubtadi.

Hari ini ambo berasa nak menulis sedikit nota sebagai satu ingatan dan nasihat buat para pembaca dan yang terutama untuk diri ambo sendiri. Perjalanan dalam menuntut ilmu hikmat ni memakan masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerana masa yang panjang itu hanya akan dapat ditempuhi oleh orang yang penyabar sahaja. Itu belum lagi nak cerita pasal halangan, ujian, adab, adat dan lain-lain perkara dalam dunia hikmat. Kerana punca banyak berlakunya kegagalan para penuntut dan pengamal adalah dari sikap tidak tahan sabar.
Terkadang para GURU membatalkan niatnya untuk menurunkan sesuatu ilmu apabila memikirkan masanya belum sesuai untuk kita. Lebih-lebih lagi apabila guru melihat sikap dan gelagat kita yang kurang penyabar dan tergopoh gapah. Bukan sengaja para guru tidak meneruskan niatnya itu, bahkan adalah untuk sesuatu kebaikkan yang kadang kita tak nampak. Ramai sekarang ini orang-orang muda yang tidak penyabar dan tergopoh gapah dalam mengejar kehendak impian. Sikap tidak sabar dan gopoh ini adalah merupakan suatu kecacatan akhlak yang perlu kita semua elak dan buang jauh-jauh.

Ada kisah seorang Guru yang sabar dan menunggu hampir selama 12 tahun untuk menerima ijazah keilmuan Hirzul Yamani. Selama 12 tahun beliau berguru, bersuhbah dan berkhidmat kepada gurunya. Setiap gerak geri dan kelakuannya dalam pemerhatian Sang Guru. Dan selama itu jugalah dia melalui pelbagai ujian. Sehinggalah pada suatu hari barulah gurunya betul- betul berpuas hati dan mengakui serta mengiktirafnya sebagai orang yang layak untuk menerima ilmu ini. Ijazah ini dianggapnya sebagai satu hadiah yang teristimewa setelah 12 tahun penantian. Sabar adalah kunci kejayaan. 12 tahun bukannya masa yang singkat. Pembaca boleh bayangkan sendiri betapa mulia dan tingginya darjat keilmuan tersebuat. Kisah ini hanyalah sebagai bandingan sahaja. Mungkin kita berbeza keadaan dan situasi dengan guru ini.

Cuba kita semua bayangkan, ilmu yang dikejarnya itu telah berjaya beliau perolehi dalama masa 12 tahun dengan penuh kesabaran menempuh pelbagai dugaan dan jerih payahnya. Tiba-tiba datang orang muda yang berhajatkan ilmu tersebut dan meminta agar dia segera diijazahkan. Bila si Guru menolak permintaannya dengan menjelaskan sebab-sebabnya, maka masih lagi diminta dan didesaknya akan guru itu. Ini sudah di kira tak beradab. Pada fikiran pembaca, apakah jawapan yang sewajarnya dalam situasi sebegini. Ambo rasa semua boleh agak apa jawapannya. Jadi tak perlulah ambo jawab ye..hihihi.

Dunia hikmat ini teramat luas bak lautan yang tak bertepi, bak batuan dan pasiran pantai yang tidak habis hendak dikutip dan dikaut. Ambillah apa yang kita perlukan sahaja. Apa yang belum diperlukan biarkan dahulu, ambil kemudian. Jangan kita kerugian bak kata orang tua, ” yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Satu lagi nak pesan, kita jangan kedekut taik hidung masin cam hj.bakhil nak hadiahkan wang ringgit@apa2 saguhati kepada guru bila kita dah dapat ilmu yang kita hajatkan.Itu juga adalah satu bentuk penghargaan kepada guru. Walau terkadang hadiah@saguhati itu tidak beliau hajatkan dan tidak senilai dengan ilmu yang diberikan. Nakkan sesuatu kena pandai-pandailah ambil hati guru. Guru bukanlah malaikat bahkan manusia cam kita juga yang memerlukan pelbagai keperluan.Pandai-pandailah intai dan raikan keperluan guru. Nanti senang kita kelak. Kalau kita tak pandai ambil hatinya, kemungkinan itu ilmu pertama dan terakhir kita dapat darinya. Ni tak semua nak freeeeee jer…siap cakap guru mesti ikhlas sampaikan ilmu dan bla bla bla…..tak tahu lah ambo nak kata gapo lagi…

Wassalam….

 
5 Komen

Posted by di 18 September 2018 in tazkirah