SELAWAT SYIFA’ , ALTENATIF PENAWAR : SAKIT JANTUNG

jantung-lemah

Disini suka saya kongsikan satu amalan bagi merawat penyakit lemah jantung, sesak nafas, sakit dada, sakit hati dan apa2 penyakit yang timbul di kawasan dada kita. Para pembaca yang mengalami masalah tersebut boleh diamal dan dicuba petua yang saya cadangkan ini.Sambil berikhtiar dengan ubatan yang dibekalkan oleh doktor perubatan, ada baiknya kita sertakan amalan doa ini agar penyakit kita itu segera disembuhkan Allah Taala.

Petua ini tidak memerlukan apa2 bahan alami seperti air, akar kayu dan sebagainya. Cukup sekadar diamalkan dengan sepenuh pergantungan hati dan tawakkal kepada Allah Taala seusai solat 5 waktu setiap hari. Dan ketahuilah bahawa penyakit2 ini adalah merupakan ujian dan juga kifarah dari Allah Taala. Usahlah bersedih dengan ujian yang ditimpakan ini. Walaupun ianya adalah sesuatu yang amat menyakiti dan menyusahkan, tapi bagi orang yang reda dan mengetahui akan rahsia ujian kesusahan ini adalah merupakan nikmat kepada mereka. Petuanya adalah seperti berikut :

selawat-shifa-tib

  1. Letak tapak tangan kanan ditempat sakit seperti didada (area jantung).
  2. Baca Alfatihah 1x.
  3. Baca selawat 3x
  4. Tarik nafas lembut dan tahan sekejap baru hembus. Sewaktu tarik nafas hendaklah niat dalam hati ” Ya Allah masukkan penawar ke dalam tubuh badanku”. Dan semasa hembus nafas niat pula ” Ya Allah Ya tuhanku keluarkan segala penyakit yang ada dalam tubuh badankan ku”.
  5. Baca selawat syifa’ . Apabila sampai kepada bacaan ” Qulubi”, hendaklah tepuk dengan perlahan 1x tempat sakit itu. Dan teruskan baca ” wadawa iha”, berhenti dan tarik nafas dalam-dalam dan sepenuh-penuh dada dan tahan nafas. Ketika nafas ditahan bacalah dalam hati “Allah” @ ” Ya-Syaafi”, sebanyak 7x, 5x atau 3x mengikut tahap kemampuan menahan nafas.Setelah itu hembus nafas. Dan teruskan bacaan selawat sampai habis.
  6. Ulangi bacaan selawat syifa dan kaedah 5 ini 3x.
  7. Selawat 3x
  8. Selesai.

Insyaallah jika pengamalnya tidak berputus harap kepada Allah, akan muncul semangat baru dalam diri. Mudah- mudahan segera mendapat perkenan daripada Allah Taala dan disembuhkan penyakitnya itu. Amiiiin.Untuk maklumat yang lebih detail berkaitan petua ini, sila berjumpa @ kontek ambo. (emel : one_clantan@yahoo.com )

18 Komen

Filed under doa

18 responses to “SELAWAT SYIFA’ , ALTENATIF PENAWAR : SAKIT JANTUNG

  1. IZIN SAYA AMBIL PETUA INI USTAZ. SEMOGA BERMANFAAT DAN DIBERIKAN KESEMBUHAN KE ATAS DIRI SAYA DAN MEREKA YANG SEDANG DIUJI…

  2. putera al 'idrus

    Mohon benar saya amalkan dan ijazah dari tuanšŸ¤—

  3. putera al-'idrus

    Assalamualaikumā€¦ mohon izin/ijazah amal untuk amalan tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas TUAN.

  4. NIQUE SHIDAH

    Assalamualaikum, mohon izin saya amalkan tips dan doa2 ini tuan. sedang alami ujian ini. mohon doakan saya istiqamah amalkan. terima kasih.

  5. Syarif

    macam mana nk contact tok uban? Tok uban ada sakit jantung juga ke

  6. Ammar Fauat

    izinkan saya mengamalkannya tuan.

  7. fakrul

    izinkan sy amalkan

  8. Yanti binti Mohd Yusof

    Izinkan saya utk mngamalknnya….saya sedang mnderita sakit dada yg amat sangat. .. mudah2an amalan ini akn memberi mnfaat pd saya dan kluarga saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s