RSS

Tag Archives: tazkirah

SYAIKHANI- Guru kami…jasamu kami kenang.

syeikhunaAlfadhil Tuan Guru Hj Harun dan Syeikh Hj Wazir adalah antara guru yang sangat ambo cintai. Ambo reti baca kitab arab hok takdok baris adalah hasil jasa didikan mereka inilah. Ingat masa belajar dulu, pernah terpacul keluar dari mulut TG Hj Harun, ” Mu ni boleh mengajar dah ni”. Dan Alhamdulillah kata-katanya itu telah menjadi kenyataan. Ambo sekarang dah jadi seorang guru. SELAMAT HARI GURU.

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di 18 Mei 2013 in tazkirah

 

Label:

AMANAT MAJLIS SELENDANG – by Tok Uban..

Badi'uddin+As-Sindi_gif

WAHAI SEKELIAN MURIDKU,

ANDHIKA PENGIRAN YANG DI TANJUNG EMAS

ANDHIKA RAJA YANG DI DALAM NEGERI MELAKA

HATI DAN JANTUNG MU SEKELIAN KU SERU

INGATLAH BAIK-BAIK PESAN BISIK AJAR-AJAR MU INI

JANGANLAH HENDAKNYA TUJU SUDAH AMALAN KITA INI

BERKAHENDAKKAN DUNIA DAN ISI SERTA AKAN KASYAFNYA

PALINGKANLAH SEGALA KAHENDAK DAN NIAT ANDHIKA ITU

BAHAWA BAHKAN ALLAH TAALA IALAH HAJAT DAN KAHENDAKNYA KITA

SELAIN ALLAH JANGANLAH HATI BERGANTUNG HARAP

KERNA IA MAKHLUKNYA YANG TIADA DAYA UPAYA

TATAKALA ANDHIKA LIHAT AKAN ORANG YANG HEBAT-HEBAT

DENGAN KELAKUAN YANG MENCARIK ADAT

MAKA USAHLAH ANDHIKA PEDULIKANNYA

ITU JUA AKHIRNYA KE TANAH TEMPAT PULANGNYA.

AMALAN KITA YANG TUJOH CAHAYA INI BUKAN KEPALANG BARANG MAINNYA

BUKAN KEHEBATAN YANG KITA CARI

BUKAN KASYAF YANG KITA HAJATI

KHATAM SUDAHNYA TAQORRUB DIRI KEPADA ALLAH

JIKA DUNIA YANG ANDHIKA HAJATKAN

SIA-SIA SAHAJA BERPENAT LELAH SIANG DAN MALAM.

JIKA AKHIRAT HAJATNYA ANDHIKA

BEROLEHLAH LABA TIADA TERKIRA

KEPADA ALLAH KITA POHONKAN

AGAR DITUNJUK  KEKURANGAN DIRI

SUPAYA NAMPAK  KEKOTORAN JIWA

ALHAMDULILLAH BILA NAMPAK, MAKA BASUHLAH DENGAN TUJOH AIR.

TATAKALA SUDAH JERNIH JILAHNYA,  HIASKAN PULA DENGAN SIFAT YANG TERPUJI

PERJALANAN INI BANYAK LIKU DAN DUGAAN

HENDAKNYA ANDHIKA TIADA TERLALAI

OLEH UJIAN SENANG DAN SUSAH

TABAHKAN DIRI MENAPAK LANGKAH

DENGAN ZIKIRMU TUJOH SENAFAS

JIKA ANDHIKA IKHLAS BERAMAL TAPA

NESCAYA BEROLEH TUJOH SEDEPA

JIKA ANDHIKA DITUNJOK SUATU ‘AMANAH’

PELIHARALAH IA BAIK-BAIK

DAN TUTUPLAH MULUTMU RAPAT-RAPAT

JANGAN SAMPAI  DIPECAH AKAN RAHSIA SIRNYA

JIKA DIPECAH RAHSIA SIRNYA

NANTI AKIBAT BINASALAH BADAN..

BILA MELANGKAH IKUTLAH TAPAK

BILA DUDUK IKUTLAH PUNGGUNG

SELAMAT KITA DUNIA DAN AKHIRAT

SEKIAN DAHULU KALAM DARI KU

DARI DIRIKU UNTOK DIRIKU.

SAMA-SAMA KITA BERINGAT

 
4 Komen

Posted by di 23 April 2013 in tazkirah

 

Label:

YA ALLAH! BAGAIMANAKAH NASIB HAMBAMU INI?

tahajjud
KELMARIN HARI ISNIN. HARI INI ADALAH HARI SELASA. ESOK PULA HARINYA RABU….KELMARIN,HARI INI DAN ESOK KITA TIDAK AKAN HABIS DENGAN KESIBUKKAN DUNIA. DALAM MENGHARUNGI KESIBUKKAN ITU PERNAHKAH KITA TERINGAT DAN TERFIKIR AKAN BEKALAN YANG AKAN KITA BAWA UNTUK HARI SELEPAS MATI?MATI?MATI?…YA ALLAH AMPUNI DAN RAHMATI KAMI SEMUA..AMIN.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Februari 2013 in tazkirah

 

Label:

ANDA SERABUT? JIWA TERTEKAN? APA UBATNYA?

Pada zaman moden yang pesat dengan kemajuan dan kecanggihan ini, kita tentunya tidak dapat lari dari mengalami tekanan/ stress. Sedikit atau banyak, berat atau ringan pasti ada tekanan. Samaada tekanan kerja atau masalah kehidupan yang lain.
Tekanan ini datang dengan banyak sekali sebabnya. Antaranya adalah dengan sebab desakan masa, yang mana pada zaman kemajuan ini memerlukan kita berfikir dan mengeluarkan idea2 yang bernas dengan seberapa segera dan cepat demi memenuhi setiap tuntutan dan keperluan hidup. Kadang2 ada yang kecundang di tengah jalan, lalu rebah ke tepi longkang dan ada pula yang kena penyakit mental akibat gagal mengurus tekanan itu.
Bagaimana caranya supaya kita tidak kalah dengan serangan stress ini?
Baginda Rasulullah saw telah meninggalkan satu pusaka yang paling baik buat kita. Yang mana jika pusaka itu kita guna dan laksanakan betul2 menurut kehendak dan hikmatnya. Maka kita akan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai masalah, keadaan dan suasana yang wujud di sekeliling kita, yaitulah SOLAT FARDHU 5 WAKTU. Pastikan solat yang kita tunaikan itu berkualiti. Inilah shj senjata yang paling ampuh untuk kita hadapi kecamuk dan hirup pikuk dunia yg sudah berada di akhir zaman. Wallahua’lam

 
1 Komen

Posted by di 17 Oktober 2012 in tazkirah

 

Label:

AMALAN MUJARAB

TANAMKAN KEYAKINAN DALAM DIRI DENGAN SENTIASA BERISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN AMALAN. LETAKKAN DIRI DITANGGA GANJIL, JANGAN SEKALI2 BERADA DITANGGA GENAP.

 
7 Komen

Posted by di 12 September 2012 in Uncategorized

 

Label:

313 yang SIRR

kata Tuan Sayyid Embun Terengganu : ” kataku, ketahui olehmu bahwa sungguhnya adalah bagi ini bilangan(313) sirr. yakni rahsia yang besar. dan yaitu bilangan segala mereka yang Mursal daripada segala Nabi Solawatullahi wa salamuhu alaihim ajmain. dan bilangan segala sohabat Tholut. dan bilangan segala ahli badar daripada segala sohabat Rasulullah SAW yang mengerasi mereka itu akan beberapa ganda daripada segala kafir pada hari itu. Maka barangsiapa yang membaca ia akan ayat..dan segala isim seperti fatihah sebanyak2 bilangan yang tersebut itu nescaya tiadalah mendapat seorang jua pun seperti barang yang didapat baginya daripada kebajikan dan beberapa faedah dengan izin Allah”. intaha kalamuhu..

 
5 Komen

Posted by di 19 Jun 2012 in Maklumat

 

Label:

ADAB..satu kesilapan yang amat memalukan

SATU KESILAPAN YANG SELALU DIPANDANG REMEH DIKALANGAN MUDA MUDI KITA SEKARANG..BILA JUMPA GURU TUA…TAK RETI NAK BAGI SALAM..AWAL-AWAL LAGI DAH FAIL, SUNGGUH MEMALUKAN..GURU MANE YG NAK TERIMA ANAK MURID YANG TAK BERADAB..TU SEMPAT LAGI MEROKOK DEPAN GURU..BILA JUMPA GURU, BERILAH SALAM DAN PERKENALKAN DIRI JIKA PERTAMA KALI BERSUA..TANYA KHABARNYA DIRINYA..KEDIAN BARULAH NYATAKAN HAJAT KITA..DAN JANGAN RASA MALU DAN BERAT MULUT UNTUK MINTA ILMUNYA..BAGI SAYA, ANAK KUNCI UNTUK MEMBUKA DADA GURU-GURU TUA NI ADALAH ADAB. SUDAH RESMINYA ADAB DI ATAS ILMU. BILA ADA ADABNYA MAKA DAPATLAH ILMUNYA.

 
1 Komen

Posted by di 18 Jun 2012 in tazkirah

 

Label: