RSS

Category Archives: tazkirah

SENJATA FAKIR – suatu nasihat bagi sekelian mubtadi.

Hari ini ambo berasa nak menulis sedikit nota sebagai satu ingatan dan nasihat buat para pembaca dan yang terutama untuk diri ambo sendiri. Perjalanan dalam menuntut ilmu hikmat ni memakan masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerana masa yang panjang itu hanya akan dapat ditempuhi oleh orang yang penyabar sahaja. Itu belum lagi nak cerita pasal halangan, ujian, adab, adat dan lain-lain perkara dalam dunia hikmat. Kerana punca banyak berlakunya kegagalan para penuntut dan pengamal adalah dari sikap tidak tahan sabar.
Terkadang para GURU membatalkan niatnya untuk menurunkan sesuatu ilmu apabila memikirkan masanya belum sesuai untuk kita. Lebih-lebih lagi apabila guru melihat sikap dan gelagat kita yang kurang penyabar dan tergopoh gapah. Bukan sengaja para guru tidak meneruskan niatnya itu, bahkan adalah untuk sesuatu kebaikkan yang kadang kita tak nampak. Ramai sekarang ini orang-orang muda yang tidak penyabar dan tergopoh gapah dalam mengejar kehendak impian. Sikap tidak sabar dan gopoh ini adalah merupakan suatu kecacatan akhlak yang perlu kita semua elak dan buang jauh-jauh.

Ada kisah seorang Guru yang sabar dan menunggu hampir selama 12 tahun untuk menerima ijazah keilmuan Hirzul Yamani. Selama 12 tahun beliau berguru, bersuhbah dan berkhidmat kepada gurunya. Setiap gerak geri dan kelakuannya dalam pemerhatian Sang Guru. Dan selama itu jugalah dia melalui pelbagai ujian. Sehinggalah pada suatu hari barulah gurunya betul- betul berpuas hati dan mengakui serta mengiktirafnya sebagai orang yang layak untuk menerima ilmu ini. Ijazah ini dianggapnya sebagai satu hadiah yang teristimewa setelah 12 tahun penantian. Sabar adalah kunci kejayaan. 12 tahun bukannya masa yang singkat. Pembaca boleh bayangkan sendiri betapa mulia dan tingginya darjat keilmuan tersebuat. Kisah ini hanyalah sebagai bandingan sahaja. Mungkin kita berbeza keadaan dan situasi dengan guru ini.

Cuba kita semua bayangkan, ilmu yang dikejarnya itu telah berjaya beliau perolehi dalama masa 12 tahun dengan penuh kesabaran menempuh pelbagai dugaan dan jerih payahnya. Tiba-tiba datang orang muda yang berhajatkan ilmu tersebut dan meminta agar dia segera diijazahkan. Bila si Guru menolak permintaannya dengan menjelaskan sebab-sebabnya, maka masih lagi diminta dan didesaknya akan guru itu. Ini sudah di kira tak beradab. Pada fikiran pembaca, apakah jawapan yang sewajarnya dalam situasi sebegini. Ambo rasa semua boleh agak apa jawapannya. Jadi tak perlulah ambo jawab ye..hihihi.

Dunia hikmat ini teramat luas bak lautan yang tak bertepi, bak batuan dan pasiran pantai yang tidak habis hendak dikutip dan dikaut. Ambillah apa yang kita perlukan sahaja. Apa yang belum diperlukan biarkan dahulu, ambil kemudian. Jangan kita kerugian bak kata orang tua, ” yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Satu lagi nak pesan, kita jangan kedekut taik hidung masin cam hj.bakhil nak hadiahkan wang ringgit@apa2 saguhati kepada guru bila kita dah dapat ilmu yang kita hajatkan.Itu juga adalah satu bentuk penghargaan kepada guru. Walau terkadang hadiah@saguhati itu tidak beliau hajatkan dan tidak senilai dengan ilmu yang diberikan. Nakkan sesuatu kena pandai-pandailah ambil hati guru. Guru bukanlah malaikat bahkan manusia cam kita juga yang memerlukan pelbagai keperluan.Pandai-pandailah intai dan raikan keperluan guru. Nanti senang kita kelak. Kalau kita tak pandai ambil hatinya, kemungkinan itu ilmu pertama dan terakhir kita dapat darinya. Ni tak semua nak freeeeee jer…siap cakap guru mesti ikhlas sampaikan ilmu dan bla bla bla…..tak tahu lah ambo nak kata gapo lagi…

Wassalam….

Advertisements
 
5 Komen

Posted by di 18 September 2018 in tazkirah

 

TAZKIRAH JUMAAT

ANDHIKA BERAMAL AKAN  AMALAN HIKMAT DENGAN NIAT DAN KERANA MENGHARAPKAN DAPAT MELAKUKAN PERKARA YANG MENCARIKKAN ADAT ATAU MENCARI KASYAF ADALAH MERUPAKAN KEHENDAK NAFSU YANG TIDAK BAIK. PALINGKAN NIAT DAN HARAP ANDHIKA ITU KERANA DAN KEPADA ALLAH TAALA JUA. BANTUAN ALLAH AKAN TIBA JIKA ADA MUJAHADAH INSYAALLAH.

60ilmu

 
1 Komen

Posted by di 13 Januari 2017 in tazkirah

 

HARAM TAKBUR

 

Sidi Guru

Sidi Guru

Berhati-hatilah dalam berkata-kata, kerana tanpa sedar kita telah menyinggung perasaan orang disekeliling kita.
Bila menulis, maka berhati-hatilah. Agar pembaca tidak tersinggung dan merasa terhina dengan apa yang ditulis.
Bila bercakap atau menulis, maka bunuhlah ketakburan yang ada di dalam diri.
Jika ketakburan itu tak dibunuh maka kita akan bercakap dan menulis dengan sesuka hati tanpa mempedulikan halal dan haram.
Kuih yang manis dan enak tak akan dimakan jika dibaling kepada orang lain.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Oktober 2015 in tazkirah

 

FITNAH ITU SEDANG TIDUR, CELAKALAH ORANG YANG MEMBANGUNKANNYA…

 

bukhur 2Semenjak dua menjak ini banyak fitnah yang berlegar-legar di alam maya. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang hal yang berkaitan ilmu hikmat yang saya paparkan dalam blog ini dan juga dari sumber2 yang lain. pelbagai ragam soalan yang diajukan.Buat pengetahuan pembaca semua, Ilmu-ilmu hikmat yang terpapar dalam blog ini adalah ilmu yang saya tuntut dan pelajari dengan beberapa orang guru tua. Dan kesemua ilmu yang saya terima itu telah saya tapis dan halusi dengan merujuk kepada beberapa orang alim yang ahli dalam bidang agama, ilmu hikmat dan kerohanian. Juga saya merujuk kepada kitab-kitab muktabar ilmu kerohanian samaada kitab jawi atau arab dan juga kepada orang-orang tua yang mempunyai ijazah yang sah daripada alim ulama terdahulu. Mana-mana Ilmu Hikmat yang dibenarkan syara’ untuk mengamalkanya maka saya terima dengan suka hati . Jika ada yang bertentangan dengan agama, cepat-cepat saya ketepikan supaya kelak dapat dijadikan sebagai sempadan. Jikalau ada pembaca yang merasa was-was dengan apa yang saya sajikankan di dalam blog ini, maka tidak ada paksaan untuk menerima dan mempercayainya, terpulanglah pada diri masing-masing. Saya rasa tak sesuai kita nak berdebat dan berkeras keng dalam ilmu-ilmu begini. Jika rasa tak berselera nak makan, maka janganlah dihina-hina makanan tersebut, carilah makanan yang kena dengan selera sendiri..bak kata ‘ lain padang , lain belalangnya. lapangkanlah dada

 
1 Komen

Posted by di 8 Mei 2015 in tazkirah

 

SYAIKHANI- Guru kami…jasamu kami kenang.

syeikhunaAlfadhil Tuan Guru Hj Harun dan Syeikh Hj Wazir adalah antara guru yang sangat ambo cintai. Ambo reti baca kitab arab hok takdok baris adalah hasil jasa didikan mereka inilah. Ingat masa belajar dulu, pernah terpacul keluar dari mulut TG Hj Harun, ” Mu ni boleh mengajar dah ni”. Dan Alhamdulillah kata-katanya itu telah menjadi kenyataan. Ambo sekarang dah jadi seorang guru. SELAMAT HARI GURU.

 
1 Komen

Posted by di 18 Mei 2013 in tazkirah

 

Label:

AMANAT MAJLIS SELENDANG – by Tok Uban..

Badi'uddin+As-Sindi_gif

WAHAI SEKELIAN MURIDKU,

ANDHIKA PENGIRAN YANG DI TANJUNG EMAS

ANDHIKA RAJA YANG DI DALAM NEGERI MELAKA

HATI DAN JANTUNG MU SEKELIAN KU SERU

INGATLAH BAIK-BAIK PESAN BISIK AJAR-AJAR MU INI

JANGANLAH HENDAKNYA TUJU SUDAH AMALAN KITA INI

BERKAHENDAKKAN DUNIA DAN ISI SERTA AKAN KASYAFNYA

PALINGKANLAH SEGALA KAHENDAK DAN NIAT ANDHIKA ITU

BAHAWA BAHKAN ALLAH TAALA IALAH HAJAT DAN KAHENDAKNYA KITA

SELAIN ALLAH JANGANLAH HATI BERGANTUNG HARAP

KERNA IA MAKHLUKNYA YANG TIADA DAYA UPAYA

TATAKALA ANDHIKA LIHAT AKAN ORANG YANG HEBAT-HEBAT

DENGAN KELAKUAN YANG MENCARIK ADAT

MAKA USAHLAH ANDHIKA PEDULIKANNYA

ITU JUA AKHIRNYA KE TANAH TEMPAT PULANGNYA.

AMALAN KITA YANG TUJOH CAHAYA INI BUKAN KEPALANG BARANG MAINNYA

BUKAN KEHEBATAN YANG KITA CARI

BUKAN KASYAF YANG KITA HAJATI

KHATAM SUDAHNYA TAQORRUB DIRI KEPADA ALLAH

JIKA DUNIA YANG ANDHIKA HAJATKAN

SIA-SIA SAHAJA BERPENAT LELAH SIANG DAN MALAM.

JIKA AKHIRAT HAJATNYA ANDHIKA

BEROLEHLAH LABA TIADA TERKIRA

KEPADA ALLAH KITA POHONKAN

AGAR DITUNJUK  KEKURANGAN DIRI

SUPAYA NAMPAK  KEKOTORAN JIWA

ALHAMDULILLAH BILA NAMPAK, MAKA BASUHLAH DENGAN TUJOH AIR.

TATAKALA SUDAH JERNIH JILAHNYA,  HIASKAN PULA DENGAN SIFAT YANG TERPUJI

PERJALANAN INI BANYAK LIKU DAN DUGAAN

HENDAKNYA ANDHIKA TIADA TERLALAI

OLEH UJIAN SENANG DAN SUSAH

TABAHKAN DIRI MENAPAK LANGKAH

DENGAN ZIKIRMU TUJOH SENAFAS

JIKA ANDHIKA IKHLAS BERAMAL TAPA

NESCAYA BEROLEH TUJOH SEDEPA

JIKA ANDHIKA DITUNJOK SUATU ‘AMANAH’

PELIHARALAH IA BAIK-BAIK

DAN TUTUPLAH MULUTMU RAPAT-RAPAT

JANGAN SAMPAI  DIPECAH AKAN RAHSIA SIRNYA

JIKA DIPECAH RAHSIA SIRNYA

NANTI AKIBAT BINASALAH BADAN..

BILA MELANGKAH IKUTLAH TAPAK

BILA DUDUK IKUTLAH PUNGGUNG

SELAMAT KITA DUNIA DAN AKHIRAT

SEKIAN DAHULU KALAM DARI KU

DARI DIRIKU UNTOK DIRIKU.

SAMA-SAMA KITA BERINGAT

 
4 Komen

Posted by di 23 April 2013 in tazkirah

 

Label:

YA ALLAH! BAGAIMANAKAH NASIB HAMBAMU INI?

tahajjud
KELMARIN HARI ISNIN. HARI INI ADALAH HARI SELASA. ESOK PULA HARINYA RABU….KELMARIN,HARI INI DAN ESOK KITA TIDAK AKAN HABIS DENGAN KESIBUKKAN DUNIA. DALAM MENGHARUNGI KESIBUKKAN ITU PERNAHKAH KITA TERINGAT DAN TERFIKIR AKAN BEKALAN YANG AKAN KITA BAWA UNTUK HARI SELEPAS MATI?MATI?MATI?…YA ALLAH AMPUNI DAN RAHMATI KAMI SEMUA..AMIN.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Februari 2013 in tazkirah

 

Label: