RSS

Monthly Archives: Januari 2013

RAHSIA BADIK DARI BESI 7 ‘PA’

Bulan lepas saya dihujani sms pertanyaan tentang rahsia senjata yang ditempa dari besi 7 pa. Hari ini saya ulangi balik posting saya berkaitan rahsia ramuan besi 7 pa. Berikut adalah beberapa contoh gambar badik 7 pa yang ada dalam simpanan saya (bukan untuk dijual).

26012013571

26012013573

26012013572

Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.
Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.
Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang. Wallahu a’lam.
Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.
Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.
Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.
Menurut kepercayaan bahawa ramuan besi 7 pa ini boleh :
1.Melindungi diri dari pandangan musuh.
2.Melariskan perniagaan.
3.Mematahkan semangat musuh.
4.Menjadi pengasih bagi orang yang telah lama membenci antara satu sama lain.
Orang-orang lama dalam bidang perkerisan ada berpesan ” besi 7 pa kena ada lah sebilah buat pakaian”. Dalam berkeris ingatlah pesan ini :

Bermain keris biar berpada
Dek keris bawa ke neraka.
Ukur, sukat hanya petua.
Sepenuh hati jangan percaya
Cuma besi baru ditempa
Allah jua Maha Kuasa .

Advertisements
 
4 Komen

Posted by di 26 Januari 2013 in senjata melayu

 

Label:

PANJI UNZIRU 300+13 = 313

tokdekar
MENJELANG SUDAH TAHUN 2013,
BERMULANYA ERA KEBANGKITAN ISLAM
PANJI MERAH SUDAH TERKIBAR
AYUHLAH WAHAI SEGALA HULUBALANG DAN PENDEKAR
MANA TAH DIA SEKELIAN PERAJURIT YANG 313
KELUARLAH YANG TENTERA BERSELEMPANG MERAH
KITA MUSNAHKAN SEGALA KEKUFURAN
KEMASKAN SELENDANG MU YANG MERAH ITU
SISIPKAN PEDANG MU YANG BERKILAU
GENDANG JIHAD AKAN DIPALU BERTALU
ALLAH DAN MUHAMMAD AKAN DIJULANG.
SAF HADAPAN ADALAH TOK SIDI
JEJENANG KANAN TOK TERATAK PULAI
JEJENANG KIRI PULA TOK UBAN
TIADALAH KITA TUMANG MENUMANGKAN
INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH
KITA GEGARKAN ALAM SUKMA
DENGAN KEHADIRAN TENTERA UNZIRUUUU…

بسم الله الرحمن الرحيم

( كمآء أنزلناه من السمآء فاختلط به نبات الأرض فأصبح هشيما تذروه الرياح ) يا هغقلزاءي

 
6 Komen

Posted by di 19 Januari 2013 in doa

 

Label:

Imej

“DOA ADALAH IBADAT YANG DITUNTUT”

IMG

 
2 Komen

Posted by di 2 Januari 2013 in doa

 

Label:

ALKESAH – SEBILAH KERIS SEPOKAL HULU HITAM BERUKIR – seni tangan 3 tukang.

Inilah hasil yang telah siap, selepas melalui 3 bangsal tukang : Keris Hang Jebat,sebelah negeri harganya..

Inilah hasil yang telah siap, selepas melalui 3 bangsal tukang : Keris Hang Jebat,sebelah negeri harganya..

Berikut adalah antara foto yang sempat ambo rakam semasa proses tempaan sepokal ini dilakukan. Besinya pula sempat digodam sedikit pada tanggal 1 muharam lepas. ambil sempena baik dengan harapan mendapat hasilnya yang baik. Setelah bakalan hasil tangan empu Mazlan siap, ambo terus bawa pula kepada tukang canai dan lurah no.1 di Malaysia haha.. yaitu Abe Pa Cenerai. Seminggu dalam bangsalnya, keris pun siap…lama skit sbb akhir2 ni Abe Pa x brp sihat. lepas tu bergegas pula ke bangsal penyarung ( Abe Din ) di Kg. perakap. servis terbaik!..2 hari siap. Ambo puas hati. Syukur Alhamdulillah, satu2nya keris sepukal terbaik yang ada dalam simpanan ambo setakat hari ni. walaupun ia baru, mungkin 50 – 100 thn lagi ia akan jadi antik .
09122012552
09122012553
09122012554
09122012555

09122012556

 
1 Komen

Posted by di 1 Januari 2013 in senjata melayu

 

Label: