RSS

Monthly Archives: Jun 2011

Syarat Untuk Laki-laki

Petikan dari kitab peluru petunang : “Fasal pada menyatakan syarat segala laki-laki. Maka adalah amanat gurunya, lembing serangkap pembawanya pada hari Ahad.
Kita katakan kepada air, dan kita minum tiga teguk. Inilah bacaannya”:

“Wahidul Qohhar, Qohar kalamku.
Berkat Qohar daripada baginda Ali;
Keras seperti besi Khursani,
Asalmu maknikam, turunlah kepada zakarku;
Maknikam keras seperti besi yang hidup menikam.
Berkat kata la ilaha illaIlah, Muhammadur Rasulullah.”

Advertisements
 
12 Komen

Posted by di 24 Jun 2011 in doa

 

Label:

BERAPAKAH JUMLAH LOK KERIS TAMING SARI?

keris taming sari..adakah berlok 5 atau 7? mari pakat kita hitung. Susunan loknya juga berbeza dan penuh rahsia berbanding keris-keris lain.

 
106 Komen

Posted by di 21 Jun 2011 in senjata melayu

 

Label:

FADHILAT BERSELAWAT KEPADA NABI SAW

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Allah.

2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

4. Menghapuskan dosa.

5. Mendapat pertolongan

6. Tercapai keperluan hidup.

7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

8. Memperolehi nur zahir dan batin.

9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.

Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah

Sumber : Pondok Pasir Tumboh Worpress

 
2 Komen

Posted by di 13 Jun 2011 in tazkirah

 

Label:

BADIK PUPUK MAT LONG

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Jun 2011 in senjata melayu

 

Label:

KHALIFAH UMAR seiras taming sari? untuk dimaharkan RM1800 – SOLD OUT

boleh berdiri kerna tempaannya sempurna. pada ganjanya ada tersurat 3 patah isim rahsia.

panjang + – 15 inci,

hulu berukir dan sampir dari kayu kemuning,

Sesiapa yang berminat boleh menempah (sms nama&alamat) dan pembayaran boleh dibuat melalui :

Akaun Maybank No : 1530 8301 3307, Wan Ahmad Nizam.
email : one_clantan@yahoo.com
Setelah pembayaran dibuat, barang akan di poskan dan sila sms maklumat transaksi, nama dan alamat lengkap ke : H/P : 0148886599. Harga pos ditanggung. Terima kasih atas sokongan semua.

 

 
10 Komen

Posted by di 13 Jun 2011 in senjata melayu

 

Label: