RSS

Category Archives: doa

BICARA HIKMAT : PENGADANG ISIM

Supaya kita tidak jadi kepanasan semasa mengamalkan mana-mana amalan yang ada dalam pelajaran ilmu hikmat ini, Terutamanya ilmu-ilmu isim yang berlavel tinggi, seperti isim Birhatiah, isim Jaljalutiah, Isim Zirah Pengebal, isim kaf 40 dan lain-lain lagi. Selain telah menerima ijazah keilmuan tersebut secara rasmi dari Sang Guru, Maka hendaklah terlebih dahulu kita membaca penimbul atau pengadang isim ini sebelum memulakan amalan, yaitu Surah Alfatihah satu kali, Selawat Syifa’ 3/10 kali dan Surah Al-Kautsar sebanyak 3 kali .

Jika ilmu yang kita amalkan itu tinggi tahap kepanasannya, maka selawat syifa’ mesti dibaca sebanyak 40 kali selepas daripada selesai amalan itu. Kadang-kadang tahap ketahanan kepada aura panas ini berbeza kepada setiap individu. Ada orang yang panas sedikit sahaja bila mengamalkan ilmu isim, Dan ada pula orang yang tinggi kadar kepanasannya( biasanya berlaku kepada orang yang baru belajar dan tiada asas-asas ilmu hikmat) . Dan ada pula yang kepanasan itu seperti terpendam, dan akan meletup seperti time bomb.  Sebab itu sangat perlu kepada setiap pengamal mengetahui dan membaca amalan pengadang isim ini dengan tujuan agar kepanasan yang timbul itu dapat dikawal, diredakan dan dipadamkan. Jikalau panas ini tidak terkawal ditakuti boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini.

Lazimnya Sang Guru tidak akan lupa untuk menurunkan petua penyejuk amalan ini bila diperturunkan ilmu isim kepada muridnya. Dan ada juga dari kalangan Guru Tua yang dapat mengesan dan kenal akan tahap dalaman muridnya. Jadi awal-awal lagi tidak dia perturunkan ilmu panas. Nanti menjadi beban yang merbahaya kepada dalaman si murid. Sebab itu sangat penting berguru dan mematuhi arahan guru. Ramai juga yang berguru, tapi ramai juga tidak patuh pada arahan dan petua gurunya. Sang Guru Suruh baca isim satu kali sahaja, tapi diratibnya sampai 10 kali…itu dh terlebih doss…panasnya meluap-luap nanti. alamat berendamlah didalam kolam…

Kalau kita sekadar membaca dari buku dan kitab-kitab hikmat seterusnya mengamalkan mana-mana amalan yang tercatat di dalam helaiannya, jika berlaku kepanasan seperti ini maka kepada siapa kita nak merujuk,mengadu dan mencari penawar ubatnya?. Sebenarnya banyak perkara yang perlu  dijaga dalam hal ini…panjang plak nak tulis x larat…bersambung insyaallah

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mac 2019 in doa

 

TAWASSUL PEMBUKA & PENUNDUK

  Ini ialah satu doa tawassul yang molek dibaca sebelum memulakan pengamalan ilmu hikmat. Tidak kiralah ilmu apa sekalipun kecuali ilmu hitam, molek dibaca satu kali sebelum memulakan proses amalan. Mudah-mudahan amalan hikmat yang kita amalkan itu segera makbul dan mujarab insyaallah berkat bertawassul.
Dari sudut yang lain pula, doa ini boleh juga dijadikan sebagai amalan penunduk. Jika sentiasa diamalkan setiap pagi dan petang insyaallah manusia dan jin akan tunduk kepada kita. Dengan kata lain setiap permintaan dan arahan kita akan segera dipatuhi dan ditunaikan. Mudah dalam kira bicara dan sebagainya insyaallah.
Dalam doa ini kita memohon hajat kepada Allah swt bertawassulkan Baginda Nabi Muhammad SAW dan keluargaNYA SAW. Saya ijazahkan amalan ini kepada sesiapa sahaja yang sudi mengamalkannya kerana Allah Taala. Berikut adalah doanya :-

 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، أَنْ تُصَلِّيَ وَتُسَلِّمَ عَلَي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَأَنْ تُسَخِّرَلِي الْجِنَّ وَالْإِنْسَ ، لِيُعِيْنُوْنِي عَلَي مَا أُرِيْدُ مِنْهُمْ مِنْ

حَوَآئِجِ الْدُّنْيَا وَمَنَاهِجِ الْآخِرَةِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الْرَّاْحِمِيْنَ.

 

 
12 Komen

Posted by di 9 Mac 2019 in doa

 

BICARA HIKMAT : ILMU PEDANG BESAR DAN ILMU PEDANG KECIL

648ba947e01f193d6ab51f4217381231

Ilmu pedang besar adalah satu ilmu yang masih dianggap belum lengkap dan sempurna jika tidak digabungkan dengan Ilmu pedang kecil. Mungkin para pembaca pernah mendengarnya atau sama sekali tidak pernah mendengarnya apatah lagi mempelajarinya. Lautan hikmat ini semakin dalam kita menyelam, maka semakin dalam dan luas dasarnya. Kadang-kadang sesak juga nafasnya. Biasanya ramai guru-guru tua ilmu hikmat ini memiliki ilmu pedang besar, akan tetapi jarang sekali dari kalangan mereka yang memiliki ilmu pedang kecil. Umpama seorang hulubalang atau pendekar melayu, paling kurang ada 2 senjata yang selalu dibawanya bersama. Yaitu sebilah keris panjang yang dipegang pada tangannya dan sebilah lagi keris pendua yang diselit pada bahagian pinggangnya. Kedua dua bilah senjata ini masing-masing mempunyai fungsi rahsianya yang tersendiri. Sebab itu se-seorang hulubalang@pendekar akan dilihat janggal jika hanya mengenakan 1 senjata. Lazimnya mereka akan mengenakan lebih dari 3 jenis senjata apabila masuk kemedan perang.

Berbalik kita kepada tajuk diatas, apakah itu hakikat ilmu pedang besar? nama ini sedikit asing pada kita. Hakikat Ilmu pedang besar ini ialah ilmu selendang merah@ ilmu ayat 4. Rata-rata orang kita hanya mengenalinya dengan nama ilmu selendang merah, selempang merah, ayat 4, ilmu rijalul ghaib, ilmu pisau lipat, ilmu parang terbang, pedang terbang dan lain-lain nama mengikut perguruan masing-masing. Bila kita sudah tahu akan hakikatnya, maka ianya adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Kerana masyhur berlaku pengamalannya dikalangan orang-orang melayu. Terutama ganerasi peristiwa 13 mei. Mungkin ada dari kalangan mereka yang masih hidup, yang sengaja memencilkan diri dipelusuk kampung. Carilah kesempatan untuk bertemu dan menadah ilmu dan amalan dari mereka.

Saya tahu diluar sana ramai juga orang yang tidak suka dan tidak pecah liurnya pada ilmu-ilmu seperti ini. Kalau setakat tidak suka itu tidak mengapalah, maka janganlah pula dihambur dengan pelbagai tuduhan, dakwaan dan fitnah yang bukan-bukan. Paling tidak ajarlah diri itu biar pandai menghormati ilmu seni orang lain. Dan didiklah jiwa agar lebih sabar, berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum membuat penilaian dan berkata-kata. Kelak kita juga yang hidup aman dan damai tanpa ada perselisihan dan persengketaan.

1434919075866

Apa pula hakikat ilmu pedang kecil? Ilmu pedang kecil hakikatnya ialah isim syatit. Hanya nama sahaja yang membezakannya. Isim syatit ini kita semua sudah maklum bahawa ianya adalah salah satu dari cabangan hikmat senjata fakir. Isim Syatit ini boleh dikira antara versi yang paling kuat dan istimewa untuk tujuan membinasakan kekuatan musuh dari jarak jauh. Dimana serangan terhadap musuh hanya dilakukan secara ghaib. Pelbagai wadah boleh digunakan dalam melaksanakan misi serangan terhadap musuh. Ada orang yang menggunakan batang pisang, jantung pisang, foto, peta kampung, busur & anak panah, pisau, api, paku, jarum, air menggelak, garam dan sebagainya berdasarkan petua ilmunya yang tertentu. Pelaksanaan hikmat ini adalah setelah melalui pelbagai syarat yang sangat ketat dan telah membuat beribu pertimbangan bersandarkan syariat. Bukannya boleh dibuat sesuka hati bersandarkan nafsu. Dimana, jika perlaksanaan hikmat ini dilakukan dengan hanya bersandarkan nafsu dan kezaliman maka hikmat ini akan memakan tuannya sendiri, naauzubillah min zalik.

Secara ringkasnya, ilmu pedang besar biasa digunakan di medan perang sebenar. Bertempur secara fizikal zahir, mengerah sepenuh tenaga dan bersemuka dengan pihak musuh. Adapun ilmu pedang kecil pula digunakan secara batin, yaitu menumbangkan musuh dengan secara ghaib yaitu dengan tanpa bersemuka. Pengamalnya hanya berada didalam rumah sahaja, tiba-tiba musuhnya yang berada di lapangan medan boleh tumbang dengan izin Allah swt. Pendek kata, ilmu pedang kecil ini umpama senjata sulit. Penggunaan senjata ini memang tidak dapat dikesan secara zahir. Akan tetapi janganlah pula kita menyamakannya dengan sihir yang bersandarkan nafsu bertunjangkan iblis.

Pasti ada persoalan yang berlegar-legar di dalam benak fikiran kita. Adakah ilmu ini benar-benar wujud? Atau sekadar cerita rekaan penulis sahaja? Jika benar wujudnya, siapa pula yang memiliki keilmuan ini, dan apakah menjadi seperti yang digembar gemburkan?. Soalan ini amat senang untuk ditanya dan payah untuk di jawab. Mudah kata,  jawapan kepada soalan ini hanya ada pada diri pemilik dan pengamalnya sahaja. Ramai yang memiliki tidak semestinya beramal. Dan ramai yang beramal tidak semestinya Yakin. Dan ramai yang menjadi tidak semestinya selalu mujarab, dan selalu mujarab tidak semestinya seperti kehendak. Allah Taala yang menentukan segalanya.

Ilmu-ilmu sebegini sebenarnya banyak tertulis, terselit, tersorot di halaman kitab para ulama hikmat. Mereka bukannya kedekut ilmu seperti yang didakwa sesetengah orang jahil, Cuma kita sahaja yang lalai dari mencari dan memahaminya. Adakalanya ianya tidak dijelaskan secara nyata kaifiat penggunaannya disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah kerana faktor keselamatan dan pengkhianatan. Sebab itu untuk memahami sesuatu keilmuan kita memerlukan kepada guru. Kerana kunci kepada pintu ilmu itu ada pada seorang guru. Bak kata Tok Uban :

Sudah resmi isim rahsia,

Ilmu langka Seri Petala,

Andhika datang berbudi bichara,

Manira beri barangnya pinta.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Februari 2019 in doa

 

SELAWAT SYIFA’ , ALTENATIF PENAWAR : SAKIT JANTUNG

jantung-lemah

Disini suka saya kongsikan satu amalan bagi merawat penyakit lemah jantung, sesak nafas, sakit dada, sakit hati dan apa2 penyakit yang timbul di kawasan dada kita. Para pembaca yang mengalami masalah tersebut boleh diamal dan dicuba petua yang saya cadangkan ini.Sambil berikhtiar dengan ubatan yang dibekalkan oleh doktor perubatan, ada baiknya kita sertakan amalan doa ini agar penyakit kita itu segera disembuhkan Allah Taala.

Petua ini tidak memerlukan apa2 bahan alami seperti air, akar kayu dan sebagainya. Cukup sekadar diamalkan dengan sepenuh pergantungan hati dan tawakkal kepada Allah Taala seusai solat 5 waktu setiap hari. Dan ketahuilah bahawa penyakit2 ini adalah merupakan ujian dan juga kifarah dari Allah Taala. Usahlah bersedih dengan ujian yang ditimpakan ini. Walaupun ianya adalah sesuatu yang amat menyakiti dan menyusahkan, tapi bagi orang yang reda dan mengetahui akan rahsia ujian kesusahan ini adalah merupakan nikmat kepada mereka. Petuanya adalah seperti berikut :

selawat-shifa-tib

  1. Letak tapak tangan kanan ditempat sakit seperti didada (area jantung).
  2. Baca Alfatihah 1x.
  3. Baca selawat 3x
  4. Tarik nafas dan tahan sekejap baru hembus. Sewaktu tarik nafas hendaklah niat dalam hati ” Ya Allah masukkan penawar ke dalam tubuh badanku”. Dan semasa hembus nafas niat pula ” Ya Allah Ya tuhanku keluarkan segala penyakit yang ada dalam tubuh badankan ku”.
  5. Baca selawat syifa’ . Apabila sampai kepada bacaan ” Qulubi”, hendaklah tepuk 1x tempat sakit itu. Dan teruskan baca ” wadawa iha”, berhenti dan tarik nafas dalam2 sepenuh2 dada dan tahan nafas. Ketika nafas ditahan bacalah dalam hati “Allah” 7x. setelah itu hembus nafas. Dan teruskan bacaan selawat sampai habis.
  6. Ulangi bacaan selawat syifa dan kaedah 5 ini 3x.
  7. Selawat 3x
  8. Selesai.

Insyaallah jika pengamalnya tidak berputus harap kepada Allah, akan muncul semangat baru dalam diri. Mudah- mudahan segera mendapat perkenan daripada Allah Taala dan disembuhkan penyakitnya itu. Amiiiin.Untuk maklumat yang lebih detail berkaitan petua ini, sila berjumpa @ kontek ambo.

 
8 Komen

Posted by di 4 Ogos 2016 in doa

 

HIKMAT : PAGAR GHAIB 4 WILAYAH

pagar-gaib

Ilmu pagar memagar ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Sebelum membaca Alquran pun kita disuruh memagar dahulu. Yaitu dengan membaca istiazah, memohon perlindungan kepada Allah Taala dari gangguan syaitan yang direjam. Kerana urusan menjaga amanah ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Musuh-musuh dari kalangan manusia dan jin akan sentiasa menggangu kelancaran urusan kita dan seterusnya mengagalkannya. Kegagalan itu adalah merupakan satu kejayaan bagi pihak musuh. Oleh itu, sambutlah saranan daripada agama kita agar sentiasa memagar diri dengan berlindung kepada Alla Taala dari syaitan yang direjam. Kerana asal usul kejahatan itu semuanya datang dari syaitan dan talibarutnya nafsu yang jahat. Kekuatan yang kita ada ini semuanya terbatas, maka tawakal lah kepada Allah adalah sebaik-baiknya. Allah Taala adalah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Sebelum memagar benda-benda lain, maka ada baiknya ‘diri sendiri’ dahulu dipagar. Jangan sampai terjadi seperti kepala keretapi yang jatuh kedalam gaung, maka sudah tentulah gerabaknya juga ikut sama ke dalam gaung.
Dikalangan orang melayu dulu-dulu ada berlaku pengamalan terhadap ilmu pagar@benteng diri. Ilmu ini sangat dititik beratkan pengamalannya. Sehinggakan si ayah akan sentiasa memesan dan mengingatkan anak-anaknya agar sentiasa mengamalkan ilmu pagar diri setiap kali selepas waktu solat. Terutamanya kepada anak2 perempuan yang diketahui berjiwa lemah dan selalu terdedah kepada pelbagai gangguan dan ancaman jenayah.
Ilmu pagar diri ini ada yang bersifat khusus, yaitu sekadar melindungi pengamalnya sahaja. Dan ada pula yang bersifat global yaitu melindungi semua yang berada dibawah jagaan kita seperti keluarga, harta benda dan sebagainya. Ilmu ini biasanya akan memberi tindakbalas kawalan bila berlaku pengamalannya. Mudah katanya, kalau tak amal maka tak ada lah pagar kawalan tu. Seperti halnya bateri henpon yang kalau tidak dicas, maka kuasanya akan berkurangan dan seterusnya habis. Begitulah resmi pengamalan ilmu pagar ini, mesti sentiasa dicas barulah powernya sentiasa hidup dan mengawal.
Ilmu pagar diri yang wujud di alam melayu ada pelbagai versi. Ada yang versi jampi mentera dan juga versi dari doa dan ayat-ayat Alquran. Dalam hal ini kita mestilah bijak memilihnya. Mana yang bertentangan dengan ajaran agama maka hendaklah dijauhi. Apa2 pun, versi dari ayat Alquran adalah yang terbaik dan terkuat.
Versi jampi mentera sebagai contohnya doa “malaikat empat”, yang agak masyhur pengamalannya dikalangan orang tua melayu. Petikannya seperti berikut :
Kun fayakun sekelian kun kata Allah,
Umat Muhammad kan diri aku,
Jibrail di kanan ku..
………bla bla bla.
Apa yang hendak saya ketengahkan dalam posting kali ini adalah ilmu pagar diri yang berasaskan ayat Alquran dan bersumberkan Hadis Nabi SAW. Ilmu yang bersumberkan Alquran adalah lebih utama kita pilih dan amalkan berbanding selainnya. Kerana ianya sama sekali tidak mengandungi keraguan. Ringkasnya di dalam Alquran alkarim, ada mengandungi 4 ayat utama dari empat surat yang boleh dijadikan sebagai penghijab atau pemagar diri. Yaitu dari surah Al-an’am, An-nahli, Al-kahfi dan Al-jathiah. Ayat2 ini memang telah dikhususkan untuk pelindung diri. Besar sekali manfaat dan rahsia. Ibarat kata, pengamalnya boleh pergi kemana sahaja tanpa rasa takut dan khuatir.Insyaallah selamat di dalam pengawasan Allah Taala.
4 ayat tersebut dipanggil dengan pelbagai nama mengikut daerah dan negeri. Ada yang menyebutnya ‘pagar Ghaib’, ‘kota ghaib’ dan sebagainya. Soal nama itu terpulanglah kepada diri masing2. Apa yang penting adalah berlaku pengamalan ilmu tersebut secara berdisiplin dan berterusan serta menerimanya secara berijazah dari Sang Guru. Wallahu a’lam.

 
5 Komen

Posted by di 29 Januari 2016 in doa

 

EDISI AHLI JILSAH : KERAMAT 7 PETALA

Wali-Allah

Hizib Keramat Kota 7 petala ini adalah merupakan salah satu khazanah berharga yang telah dipusakakan oleh Sayyidul Kaunaini Almusthofa Rasulullah saw. Juga masyhur pengamalannya dikalangan para Ulama. Hizib ini mengandungi banyak rahsia, hikmat, kesaktian dan khasiat yang tersembunyi. Semakin lama mujahadah dan pengamalan doa ini dilakukan, maka sedikit demi sedikit akan terbuka pintu rahsianya. Maka kelak dapatlah kita lihat dan rasa rahsia-rahsianya itu. Dengan syarat amalan itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta dengan niat yang ikhlas dan sabar serta mematuhi disiplin, syarat dan petua yang telah ditetapkan oleh Sang Guru. Sepanjang pengamalan doa ini, banyak sekali aura positif yang muncul dalam diri saya. Terutama dalam masa kesusahan dan ketakutan. Malah ada salah seorang dari kalangan tokoh ulama Kelantan menyifatkan ayat ini sebagai “Lesen Hidup”, kerana pengamal ayat ini akan dikurniakan umur yang panjang, dan pula diberi alamat bila tiba saat kematiannya, wallahua’lam.
Sudah tentu kita semua berminat dan ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsianya. Paling kurang ‘tahu’ itu akan menjadi pembakar semangat untuk kita mengamalkan amalan ini. Secoret khasiat doa 7 petala yang sempat saya zahirkan dari kitab tua “Khazinatul Asrar” karangan Syeikh Muhammad Haqqi Annazili Rahimahullah Taala, adalah seperti yang tersebut di bawah. Khasiat ini hanya akan diraih oleh orang yang sabar dan istiqamah mengamalkannya. ‘barangsiapa yang sentiasa membacanya sebanyak 7 kali selepas solat 5 waktu, maka :

[UNSET]

1- Allah Taala akan melindunginya dari sekelian mara bahaya, musuh, binatang buas, sihir, santau, gangguan jin dan lain-lain.
2- Jika dia seorang yang berjiwa lemah, maka dia akan jadi seorang yang bersemangat kental dan kuat.
3- Atau dia seorang yang hina, maka akan jadi orang yang mulia.
4- Atau dia seorang yang selalu kalah dan gagal, maka dia akan jadi pemenang dan berjaya.
5- Jika sempit rezeki dan susah hidupnya maka Allah Taala akan luaskan rezeki dan memudahkan urusannya.
6- Jika dia banyak hutang, maka akan terbayar segala hutangnya.
7- Jika dia berada dalam kesedihan dan dukacita, maka akan hilanglah dukacitanya.
8- Jika dia ‘tertutup’, maka akan dibuka pintu-pintu penutup dan kusyufat.
9- Jika dia terpenjara, maka hendaklah sentiasa membaca doa ini 41 kali setiap hari. Nescaya keluar dia dari penjara dengan kemulian dan kemurahan Allah Taala dan berkat doa ini.
10- Jika dia sentiasa membaca doa ini sebanyak 41 kali setiap hari, maka akan zahirlah baginya beberapa rahsia yang ajaib.
11- Dia tidak akan mati pada hari itu.
12- Kebal yakni dia tidak akan dicederakan oleh sebarang jenis senjata besi.
13- Panjang umurnya.
14- Wallahu a’lam.
Hizib ini moleklah dijadikan sebagai pakaian ‘Hak’ diri kepada mereka yang belum lagi berpakaian. Berpayunglah sebelum turunnya hujan. Mohonlah ijazahnya dari Mana-mana Guru yang mengetahui dan memilikinya. Jadikanlah hizib ini sebagai satu wasilah dampingan untuk bertaqorrub diri kepada Sang Khaliqul Makhluqaat. Besar manfaat dan keuntungan yang akan kita dapat nanti insyaallah.
Ada juga pengamalnya yang mengadu, dah agak lama beramal tapi ilmu masih lagi belum menjadi. Susah juga ambo nak menjawabnya. Sebab jadi tak jadi ni adalah urusan Allah. Cuma kita perlu menyemak kembali amalan yang dilakukan itu. Jika ada berlaku kesilapan hendaklah diperbetulkan. Patuhilah peraturan pengamalannya, jaga pantang larangnya itu betul- betul. Garam akan tetap masin rasanya walaupun ada orang yang tidak mempercayai dan mempertikai akan kemasinannya. Wallahu a’lam.

Sudah Resmi ajian Rahsia,

Ilmu langka dato paduka,

Andhika datang berbudi bichara,

Manira beri barangnya pinta.

 

 
4 Komen

Posted by di 19 Januari 2016 in doa

 

ILMU : PENGASIH GLOBAL – jika anda ingin dicintai masyarakat

14400629337002243-hearts-red-love

salam wahai saudaraku sekeliannya. Alhamdulillah setelah sekian lama tak menulis, hari ini diberi sedikit luang dan ruang oleh Allah Taala untuk menyurat kembali sedikit lagi ilmu dan faedah yang masih tersisa di dalam catatan shudur, sebagai tatapan dan maklumat untuk para pembaca sekelian. Tajuk ini diberi sedikit pembaharuan yang mana dulu2 nya ia disebut sebagai ilmu pengasih sekampong@umum.

pengasih di alam melayu ni ada berbagai2 versinya. ada yang berbentuk jampi mentera dan ada yang mengandungi doa serta ayat2 alquran. ilmu ini juga biasanya dipusakakan secara turun temurun oleh nenek moyang kita. Ada juga yang menyebutnya sebagai ilmu keturunan. Ia tidak diajar kepada orang lain, hanya tertentu kepada ahli keluarga sahaja. tradisi ini masih lagi diamalkan dan diteruskan oleh segelintir orang melayu kita. Ambo sendiri pun tidaklah meneruskan tradisi ini atas dasar mahu ilmu ini dimanfaatkan oleh semua orang untuk tujuan kebaikkan. Pun begitu, ambo tetap pemilih orangnya. Yang datang dengan layak dan selayaknya , maka ambo pun berilah ilmu ini kepadanya.

ilmu pengasih global ini diamalkan adalah bertujuan untuk menarik hati dan minat orang2 yang ada disekeliling kita agar segala hajat@ urusan yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Samaada urusan perniagaan, nikah kawin atau urusan kira bicara. Mudah katanya setiap mata yang memandang wajah pengamal ILMU PENGASIH GLOBAL ini akan cepat jatuh hati.Rupa wajahnya akan terpahat diingatan, Kata-katanya akan terngiang-ngiang kedengaran. Barang yang dijualnya cepat laku. Cepat bertemu jodoh insyaallah. Begitu juga dengan pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga, insyaallah akan cepat berbaik2 dua laki bini.

Tuan puan yang berminat dengan ilmu ini tak perlu risau. ilmu ini bukannya ilmu hitam/salah/sesat/syirik dan sebagainya. Ayat Bacaan ilmu pengasih ini bukannya jampi serapah/ mentera, Bahkan ianya terdiri dari ayat2 Alquran dan doa2 yang terpilih. ianya adalah satu ilmu yang telah dipusakakan dari khazanah para ulama dan auliya’.

Bagaimana amalannya? ayat2nya? kaifiat beramalnya? sudah resminya ilmu rahsia, maka tak dapatlah ambo paparkan dahulu amalannya. Kerana adab belajar ilmu itu mestilah berguru. Barulah lengkap dan ada keberkatan ilmu yang dituntut itu. Sesiapa yang berhajatkan ilmu ini dengan niat yang baik dan ikhlas, datanglah jumpa ambo. insyaallah ambo beri ilmunya. Budak2 jangan mari, ambo tok bui..

Hubungi Tok Uban : one_clantan@yahoo.com

 
2 Komen

Posted by di 11 Januari 2016 in doa