RSS

TEKNOLOGI PERANG SABIL : NAMPAK CAM LAWAK, TAPI TAK MUSTAHIL

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BILA MANIRA TERINGAT KEPADA SAUDARA SEAGAMA YANG SEDANG DIGANYANG ISRAEL LAKNATULLAH DIPALESTIN, CUKUP SEDIH DAN MENYAYAT HATI. TERFIKIR PULA APALAH NASIB UMAT MELAYU JIKA DIJAJAH DAN DIGANYANG KUFFAR SEPERTI ITU PADA SUATU HARI NANTI. ANGKATAN TENTERA YANG BERSENJATA SEDIA BERTEMPUR DGN ALAT KELENGKAPANNYA. KITA SEBAGAI ORANG AWAM YANG TAK MEMILIKI SENJATA APA PULA YANG HENDAK KITA SEDIAKAN. TAK NAK KE KITA PADA KEMULIAAN MATI SYAHID FI SABILILLAH?.  SATU ILMU YANG CUKUP MASYHUR SEWAKTU PERISTIWA 13 MEI 1969.  NAMPAK CAM HIKMAT KHAYALAN, TAK PERNAH TENGOK PUN, TAK PERNAH DENGAR PUN, TAPI TAK SEMESTINYA IA TAK WUJUD DI MUKA BUMI INI. LAGI TAK MUSTAHIL BERLAKUNYA JIKA DIKEHENDAKI ALLAH TAALA. KERANA ALLAH TAALA MAHA BERKUASA. BUKANKAH BAGINDA RASULULLAH SAW PERNAH BERSABDA YANG KIRA2 BERMAKSUD ” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMININ”. SABDA RASULULLAH SAW INI MEMPUNYAI MAKNA YANG CUKUP LUAS DAN MENDALAM. TAK KURANG JUGA ADA MULUT MANUSIA YANG MELATAH DENGAN KATANYA ‘ ILMU SIHIR KE APA NI, ILMU SESAT, ILMU SYIRIK, ILMU PAKAI JIN, KHADAM’ , KALAU DAH HEBAT SANGAT KENAPA TAK HANTAR JE PEDANG NI PERGI IRAQ, ISRAEL , AMAREKA DAN BLA BLA BLA LAGI. BEGITULAH SIKAP DAN HAKIKATNYA MANUSIA YANG SUKA MEMBUAT KRITIKAN MELULU AKAN PERIHAL SEKOR GAJAH, WALHAL SEUMUR HIDUPNYA TAK PERNAH DIA LIHAT MENATANG GAJAH TU. HAI SEDARA, KENAPAKAH KAMU HANYA NAMPAK KUASA MAKHLUK SAHAJA, YG BUAT ITU JIN, YANG BUAT  INI PULA KHADAM. BUTAKAH SEDARA AKAN KUASA ALLAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA AGUNG LAGI MAHA BIJAKSANA.  NAMPAK JE ILMU PELIK  TERUS DINILAI DAN DICOP NYA SEBAGAI ILMU SESAT/ILMU JIN DLL. APA KAU INGAT KAT DUNIA NI TAKDE KE ILMU PUTIH/BENAR? NAK TEMPA SEBILAH PEDANG PUN BUKAN MAIN SUSAH, APATAH LAGI NAK MENERBANGKANNYA. MANUSIA YANG CAKAP BERDEGAR2 TU JANGANKAN HENDAK MENYIMPAN SEBILAH PEDANG DIRUMAH, CARA PEGANG DAN MENGELUARKAN MATA PEDANG DARI SARUNGNYA PUN DAH TAK RETI DAN CUKUP MEMALUKAN. TAK PADAN DENGAN KECEK SEDAP. SILAP LANGKAH MATA PEDANG TU PULA YANG MEMBAHAM TANGANNYA. TAK PASAL2 DAPAT PENYAKIT HIHI BARU PADAN MUKA TER. BERCAKAP DAN BERDEBAT DENGAN ORANG JAHIL MEMANG SUSAH. SEBAB MEREKA INI BUKANNYA TAHU FAKTA DAN  DISIPLIN ILMU PUN. MAIN HENTAM SAHAJA. SO KITA LAYAN DIORANG NI SEKADARNYA LAH. JANGANLAH PULA ADA YANG NAK MENYAMAKAN DAN NAK MENGAITKAN POST MANIRA KALI INI DENGAN GAMBAR KAT BAWAH NI, GAMBAR INI ADALAH SEKADAR CONTOH BANDINGAN SAHAJA, SEBESAR2 BESI JET PUN MANUSIA BOLEH TERBANGKAN DGN ILMU TEKNOLOGINYA, APALAH SANGAT BESI PARANG KECIL YANG SEKENPENG TU MANUSIA TAK BLEH TERBANGKAN DGN ILMU TEKNOLOGI KEROHANIANNYA?  TEKNOLOGI CANGGIH YANG MEMBOLEHKAN JET ITU TERBANG TAK PULA DITUDUH GUNA PENDAMPING JIN KHADAM. JIKA ADA DIKALANGAN PEMBACA YANG NANTINYA TAK SUKA DENGAN HIDANGAN MANIRA KALI INI, MAKA SILALAH BERLALU DENGAN HORMATNYA,MAAF TAK PAYAHLAH NAK MEROYAN DENGAN KOMEN2 YANG MENGARUT NANTI FTNAH PULA JADINYA. TAK PEPASAL  DAPAT 2X DOSA.

parang terbang

Dalam kitab ni ada RAHSIA nak tebangkan pedang. sape nak kena bayar ko ambo seribu dinar baru ambo bui hihi

Dalam kitab ni ada RAHSIA nak tebangkan pedang. sape nak kena bayar ko ambo tiga ribu dinar baru ambo bui hihi

 
19 Komen

Posted by di 8 Ogos 2014 in Maklumat

 

PEMASUNG ILMU

Ilmu silat yang dipelajari jika tidak dilatih dan dipraktikkan, lama kelamaan kita akan lupa gerak langkahnya. Apatah lagi jika ilmu silat yang dipelajari itu mempunyai banyak silibusnya. Salah satu cara untuk memasung ilmu yang dipelajari itu agar tidak lupa dan terkubur ialah dengan membuat catatan, rakaman, rekodan dan sebagainya. Nanti senang untuk dijadikan rujukan bila penyakit lupa mendatang. Semalam ambo ada terbelek suratan dulu2 berkaitan ilmu persilatan. Alhamdulillah bila terlihatnya, maka ingatan kepada buah-buah silat yang dipelajari dahulu mula kembali. Dan rasa syukur dengan adanya catatan ini ilmu yang dipelajari dengan susah payah dahulu dapat dikembalikan dan dilatih semula. Sangat rugi jika ilmu yang kita tuntut dulu2 dengan susah payah, berpenat lelah, bermandi peluh hilang dan dilupai dengan begitu sahaja dek kerana kecuaian kita memasungnya. Kelak nanti catatan ilmu itu akan menjadi sesuatu yang berharga buat diri, keluarga, anak cucu dan bangsa melayu itu sendiri..dan insyaallah akan menjadi amal jariah buat kita di alam sana nanti. Berikut adalah contoh suratan yang ada dalam koleksi ambo :

Jurus pukulan

Jurus pukulan

03082014879

Ilmu kerambit

Ilmu kerambit

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Ogos 2014 in Maklumat

 

PROJEK : TEMPA BAKALAN KERIS BERLOK RAHSIA PADA 3 SYAWAL

Besi lama terpilih yang akan dicampur

Besi lama terpilih yang akan dicampur

Besi-besi sedang dibakar dalam dapur arang.

Besi-besi sedang dibakar dalam dapur arang.

Empu Mazlan dan juru godamnya en. di sabar menanti

Empu Mazlan dan juru godamnya en. di sabar menanti

Proses menempa bermula

Proses menempa bermula

Besi dibelah untuk dijadikan kepingan nipis

Besi dibelah untuk dijadikan kepingan nipis

Kepingan yang telah siap

Kepingan yang telah siap

Empu sedang menyusun kepingan besi untuk proses kipalan dan nyiar.

Empu sedang menyusun kepingan besi untuk proses kipalan dan nyiar.

Susunan besi yang telah siap diikat dengan dawai

Susunan besi yang telah siap diikat dengan dawai

Susunan besi dibakar dan digodam

Susunan besi dibakar dan digodam

Lok keris dibentuk

Lok keris dibentuk

Alhamdulillah, bakalan yang ditempa dah siap. Keris berlok rahsia.

Alhamdulillah, setelah 7 jam menunggu, akhirnya bakalan yang ditempa siap. Keris berlok rahsia ini akan dihantar kpd Empu Stopa untuk proses canai dan lurah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Ogos 2014 in senjata melayu

 

SAHABAT BERSUSUR GALUR DARI RAJA LEGEH PATANI

13 lok keris ini

Menelaah keris parung sari, 13 lok keris ini

 
2 Komen

Posted by di 22 Julai 2014 in kenangan

 
Image

SELAMAT HARI RAYA

10390493_303129049866145_7451903718720614801_n

 
6 Komen

Posted by di 21 Julai 2014 in kenangan

 

KERIS ANAK ALANG GULING BERGANJA IRAS

Bakalan : Empu Mazlan
Penyudah : Empu Stopa
Panjang : +- 7 inci
Besi : Buku hitam
Ketandaan : Gunungan
Sampir&Hulu : Kemuning, Penyarung : Abe Din Perakap

02072014859

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Julai 2014 in senjata melayu

 

EMBUN PUTEH BERCELAKKAN ITSMID

 

426814_397810080277202_887388309_n

( info untuk ahli selendang Kg. Laut ) Hendaklah dibaca ayat-ayat berikut ketika dalam kesusahan dan bahaya, terutama sekali dalam masa berperang, insya-Allah selamat dalam peliharaan Allah Taala. Bermula ayat pertama ( bagi mubtadi ) hendaklah dibaca dahulu selama 40 hari. Setelah genap 40 hari amalan maka hendaklah disambung pula dengan ayat yang kedua hingga ke hari yang ke 70. Setelah genap 70 hari, maka hendaklah diteruskan amalan ini dengan ayat yang ke 3. Teruskan mengamalkan ketiga-tiga ayat ini sehingga diberi ijazah selendang ke 5 yaitu selendang kuning diraja. Dan pada hari yang ke 70 itu, hendaklah dipakai jubah putih ijazah dan berwangi-wangian ketika beramal. Kemudian daripada itu, maka mulalah Tok Uban berkata-kata kepada anak muridnya :-

SECINDAI HITAM MEMBALUT TUBUH,
 DILILIT PULA SEEMBUN PUTEH,
DAYA MENCARI AMPUN BAROKAH,
DARI LAUTAN ILMU KAROMAH.

WAHAI ANAKANDA YANG DIKASIHI,
AJARMU INI INGINLAH MENYAMPAI,
BARANG SADIKIT ANGERAHA ILAHI,
AGAR YAKIN DAN TENANGLAH HATI,

HENDAKLAH ILMU DIAMAL LATIH,
SETIAP HARI DI MANA BERADA,
JANGANLAH MALAS JANGAN BERHENTI,
KELAKNYA NANTI BEROLEH LABA.

SETITIS EMBUN MENITIK DADA,
JERNIHNYA LAMBANG FITRAH NAN SUCI,
SEDEPA PUTIH MELINTANG DI DADA,
ISYARATNYA JILAH HATI DAN BUDI.

KETAHUI OLEHMU SEKELIAN ANDHIKA,
ANDAI SUDAH MEMAKAI YANG PUTEH,
MAKA JANGANLAH LAGI HATI BERDUKA,
KERANA KITA INI PERMATA TERPILEH.

ISIM EMBUN DARJAH PERTAMA,
HENDAKLAH DIBACA MASUK BERPERANG,
NESCAYA DATANG BANTUAN UTAMA,
BARISAN MALAIKAT SERTA BERPEDANG.

PERANG KECAMUK PELURU BERSIUR,
GENDANG DIPALU TAKBIR DILAUNG.
PELURU MUSUH DIMEDAN TEMPUR,
AKAN TERBIAS KE DALAM LUMPUR.

ISIM EMBUN DARJAH KEDUA,
MENDATANGKAN FIRASAT YANG BAIK-BAIK,
SERTA MUDAHNYA REZEKI LABA,
DIKASIHI PULA SEKELIAN MAKHLUK

EMBUN KETIGA JERNIHNYA JILAH,
MENJADI PENAWAR SEKELIAN PENYAKIT,
PATUTLAH DIGELAR SERIBU FAEDAH,
KECUALI MATI DAPATLAH DIUBAT.

ASRARULLAH MESTI DIJAGA,

AMANATULLAH WAJIB DIJUNJUNG,

APA SAHAJA JUA KEADAANNYA,

KITA HAMBANYA KITALAH ABDINYA

 
4 Komen

Posted by di 24 Jun 2014 in Maklumat

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 99 other followers