RSS

RAHSIA BADIK DARI BESI 7 ‘PA’

26 Jan

Bulan lepas saya dihujani sms pertanyaan tentang rahsia senjata yang ditempa dari besi 7 pa. Hari ini saya ulangi balik posting saya berkaitan rahsia ramuan besi 7 pa. Berikut adalah beberapa contoh gambar badik 7 pa yang ada dalam simpanan saya (bukan untuk dijual).

26012013571

26012013573

26012013572

Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.
Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.
Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang. Wallahu a’lam.
Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.
Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.
Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.
Menurut kepercayaan bahawa ramuan besi 7 pa ini boleh :
1.Melindungi diri dari pandangan musuh.
2.Melariskan perniagaan.
3.Mematahkan semangat musuh.
4.Menjadi pengasih bagi orang yang telah lama membenci antara satu sama lain.
Orang-orang lama dalam bidang perkerisan ada berpesan ” besi 7 pa kena ada lah sebilah buat pakaian”. Dalam berkeris ingatlah pesan ini :

Bermain keris biar berpada
Dek keris bawa ke neraka.
Ukur, sukat hanya petua.
Sepenuh hati jangan percaya
Cuma besi baru ditempa
Allah jua Maha Kuasa .

 
4 Komen

Posted by di 26 Januari 2013 in senjata melayu

 

Label:

4 responses to “RAHSIA BADIK DARI BESI 7 ‘PA’

  1. anacucuarungpalaka

    29 Oktober 2013 at 09:16

    badik adalah kegunaan bugis dahulu kala sehingga kini ia masih ada ia diwaris kn turun temurun..sy sendiri menpunyai badik diberikan oleh arwah ayah sy…bg sy badik dijaga dgn baik akan menpunyai mistik kalo tak dijaga dengan baek sama seperti pisau potong sayur saja…sebab dahulu badik bugis masa perang pun dorg pun da baca dulu bg semangat biar tak gentar dengan musuh..kalu tak baca masa mahu perang guna pisau knapa bukan pedang saja…tenya to ogi rekko degaga badikna…

     
  2. myoldcurrency

    5 November 2013 at 09:16

    Saya mempunyai satu puting parang patah. Sila lihat di http://oldmoney4me.wordpress.com.

     
  3. bob

    28 Mei 2015 at 09:16

    kalau saya punya mandau dari daerah “kalbar”punya moyang saya saya bosan menjaganya setiap malam selalu di hantui arwah”yang telah mengakhiri ajalnya di ujung mata besi itu bagi yg minant saya mau memberikan secara cuma”.agar saya lepas dari rasa dihantui

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: