RSS

Ketandaan pada keris

30 Mar

Antara ciri-ciri yang baik yang perlu ada pada sesebilah keris ialah ketandaan ‘simpulan patat siput’. Ia adalah simbolik bagi kalimah “Hu” atau huruf “ha” yang merujuk kepada kepada kalimah “ALLAH”. Rahsia ketandaan ini adalah untuk melindungi diri daripada pandangan musuh dan boleh mengelakkan diri dari hasutan dan pemukauan jin dan manusia. Ia juga boleh menggerunkan dan memukau musuh yang hendak menyerang wallahu a’lam.
Ada tercatat dalam sebuah manuskrip lama berkaitan dengan ketandaan ini, sebagaimana berikut : “ pamor ini pada barang keris pun baik, sangat bertuah dibilang oleh seteru”.

Simpulan patat siput

Ketandaan tapak gajah juga merupakan ciri yang penting yang perlu ada pada sebilah keris. Ketandaan ini mempunyai rahsia sebagai kekuatan dan keteguhan bagi pertahanan dan melemahkan serangan dari pihak musuh. Ia juga berhikmat untuk mengunci pergerakan musuh wallahu a’lam. Mengikut catatan dalam manuskrip lama, ketandaan tapak gajah ini ada pada keris laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.
Berkaitan ketandaan ini tercatat juga dalam manuskrip tersebut : “pamor ini barang keris pun baik jika dibawa berjalan pada malam petang, jika ditaruh di rumah buta mata pencuri wallahu a’lam”.

tapak gajah

Satu lagi ketandaan yang tidak kurang pentingnya ialah ketandaan gunungan. Ketandaan gunungan ini ialah merupakan suatu simbol untuk peningkatan dan ketinggian darjat dalam kehidupan seharian kepada pemiliknya. Tercatat dalam manuskrip lama : “ pamor ini pada sempana atau panimbal baik lepas hutang yang memakai dia, jika ditaruh di rumah pada kepala tidur”. Demikianlah sedikit rahsia dan ciri-ciri unik yang hanya terdapat pada senjata melayu dan tidak ada pada senjata-senjata bangsa lain. Maka kita lah orang melayu yang lebih patut dan layak mengenali senjata warisan datuk nenek kita daripada bangsa bukan melayu.

ketandaan Gunungan

 
3 Komen

Posted by di 30 Mac 2010 in Uncategorized

 

Label:

3 responses to “Ketandaan pada keris

  1. Bonnilee@Azri

    13 September 2013 at 09:16

    assalamualaikum. saya ada kris.. yang baru dijumpai dari Gunung jerai. tidak mempunyai sarung dan ulu…. hanya mata je… mcm keris lama…. disini saya nak nasihat dari anda… apa yang perlu saya buat untuk permulaan keris itu…?

     
    • tokuban78

      14 September 2013 at 09:16

      rujuklah kepada mana2 ahli keris yg ada berdekatan dgn tuan. pada kebiasaannya lah ( tapi x semestinya ) keris begitu adalah keris yang dibuang oleh pemiliknya atas pelbagai sebab. adakalanya sebab keris tu berhantu atau membawa masalah kepada pemiliknya wallahualam. sebelum status keris itu dipastikan oleh ahlinya, saya syorkan ada baiknya tuan jangan menyimpan keris tu dalam rumah. simpan atau selit dulu keris tu diluar rumah atau bawah rumah. kat tempat org lain tak Nampak.

       
    • Aman

      27 Februari 2014 at 09:16

      Saya mengesyorkan agar tuan kasi saja keris tu pada saya…hehe…:p

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: