SKUAD SENJATA FAQIR : UNIT PANAH BERANGKAI

Assalamualaikum, salam dari hamba yang fakir kepada sekelian warga mulia pembaca setia Blog ini. Dimalam sabtu yang hening, aman serta damainya ini. Tiba2 muncul sedikit semangat dan ilham dariNYA untuk menggerakkan jari jemari menulis dan berkongsi akan secubit hikmat yang masih ada tersisa melekat dicelah-celah ingatan sanubari si tua ini. Malam ini bertemankan udara yang sejuk lagi dingin dek hujan lebat turun membasahi segala sesuatu serta suasana hutan belantara tanah yang berunggas serta katak-kataknya diam sunyi sepi tidak berbunyi. Amma Ba’du…
Hamba terasa hendak bercerita sa-dikit tentang satu1 hikmat melayu yang tidak kurang hebatnya. Yang pada akhir zaman ini ianya sudah dilupa dan dipinggirkan orang dek kelicikan tipu daya dajal. Duduknya pula adalah sebaris didalam pasukan elit senjata faqir yang keramat. Iaitu ilmu anak panah 3 serangkai @ anak panah berangkai . Alhamdulillah, ilmu ini masih lagi ada tersurat kukuh didinding alam melayu dan masih belum tiba masa nasakhnya. Kerana ia adalah ilmu turun temurun dan diperturunkan dari generasi ke generasi pewarisnya.
Diperkirakan ianya adalah antara hikmat sakti purba yang telah menjadi amalan dan pakaian rahsia alim ulama dan pahlawan zaman dahulu kala bagi tujuan mempertahankan diri dan melawan seteru. Sepengetahuan manira, hikmat sulit ini dipercayai masih ada tersimpan ditangan guru-guru tua melayu, genggamannya sangat erat dan sangat sukar hendak dibuka. Berkelanalah, berdampinglah, berkhidmatlah…dan carilah kunci untuk membuka khazanah rahsia yang bagaikan permata yang tersusun indah didalam dada mereka itu.
Berbalik kita kepada topiknya, kenapa ilmu ini dipanggil 3 serangkai atau berangkai?. Bagi mendapatkan jawapan yang tepat, perlulah dikemukakan persoalannya kepada orang yang tepat lagi kepetangan. Maka pertanyaan ini pun kami persembahkan kehadrat Guru kami yang mulia lagi muhtasyam, iaitu Tok Sayyid Pedang Silang Hafizohullah Taala. Jawab Guru Mulia gelarnya Seri Petala Emas, seraya tersenyum sekira-kira katanya : “sebatang anak panah ini, kalau dilepaskan dari busurnya, maka ia akan menebak kesemua sasarannya dengan tepat. Katakanlah seteru kita itu 10 orang semuanya, maka sepuluh lah yang akan tumbang dengan izinNYA”. Wahai saudaraku yang mulia, itu baru amukan sa-batang anak panah, walhal ia adalah 3 batang anak panah kesemuanya. Boleh bayangkan sendiri akan bala bahana penangan amukan 3 panah berangkai ini. Mudah katanya, sekali tembak 10 yang kena, begitulah. Nak mudah faham lagi, cuba tengok di Youtube, bagaimana letupan ‘bom berangkai@ cluster bombs’.
Ceritanya lagi guru mulia, yang pernah menjadi sasaran sihir sami buddha. Orang yang terlibat dengan kerja sihir menyihir itu kesemuanya menemui ajal apabila didoakan dengan doa keramat panah berangkai ini. Mula-mula si-panah ini membaham tukang sihir(sami), kemudian individu yang menyuruh sihir pula dibaham. Dan mangsa yang terakhir dibahamnya ialah individu yang diupah untuk memaku kulit kerbau mati dipanah petir pada rumah Guru Mulia. Rangkaian sihir ini tumbang dengan panah berangkai. Wallahu a’lam.
Manira ini bukanlah hendak mendabik dada, sekadar menyampaikan sahaja adanya.Buat tatapan para pembaca hendaknya. Berdasarkan apa yang telah diperturun dan dihikayatkan kepada kami, ingin dijelaskan bahawa anak panah saqti yang 3 batang ini adalah merupakan panah maknawi sahaja. Yang mana busurnya adalah lidah, mulut dan nafas semilir yang ditiup. Bukan zahir busur panah yang tuan-tuan gambarkan itu. Hakikat anak panah yang 3 batang itu ialah 3 potong ayat-ayat dari Al-quran dan dari surah yang tertentu jua. Walaupun bacaan ayatnya pendek sahaja, tapi efek kekuatan dan kepaduannya tidak boleh hendak diduga dengan akal dan tidak boleh ditepis oleh ilmu yang cetek. Panahan yang berbentuk ayatullah ini sangat merbahaya dan amat menggerunkan para seteru. Apa jadi agaknya jikalau hikmat ini terlepas kepada orang juhala’ dan sufaha’ yang lagi bukan ahlinya. Maka berlakulah pelbagai kerosakan dan kezaliman . Nauuzubillah, Manira mengundur diri dahulu, pakaniralah yang mencari ijazahnya dari Sang Guru. Adapun manira ini tiada dapat beri. Kerana tapak manira dibawah tapak paduka itu. Wassalam…


2 Komen

Filed under Uncategorized

2 responses to “SKUAD SENJATA FAQIR : UNIT PANAH BERANGKAI

  1. sahabat

    Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
    -Jalan Lemal.kelantan
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
    email : tubuhsatu@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s