RSS

ADAB BERGURU

04 May

Ramai orang yang minat menuntut ilmu, tapi yang sedihnya mereka ini kurang adab  sopannya. Bila sahaja kita melangkah masuk ke gelanggang baru, maka langkahlah dengan dada yang seperti tin kosong yang perlu di isi. Antara adab yang perlu dijaga ialah jangan kita war-warkan atau menunjuk-nunjuk ilmu yang telah dipelajari dahulu. ilmu yang kita tuntut dahulu simpan baik-baik dalam dada. Bila berada di gelanggang baru maka hendaklah kita jadikan diri kita seumpama kanak-kanak kecil yang tak tahu apa-apa dan sedia menerima segala tunjuk ajar dari guru dengan sepenuh hati. Dan jangan pula membuat perbandingan ilmu yang baru dipelajari dengan ilmu kita dahulu atau dengan mana-mana ilmu lain. Apatah lagi memperlekehkannya. Bila berada di hadapan guru jaga tingkah laku dan percakapan. Bila guru bercakap kita diam dan tunduk. Jangan sekali-kali mencelahi percakapannya. Ingatlah wahai saudaraku sekeliannya, bahawa berkat ilmu yang dituntut itu terletak pada adab kita dengan guru…wallahua’lam

 
11 Komen

Posted by di 4 Mei 2011 in tazkirah

 

Label:

11 responses to “ADAB BERGURU

  1. Jamsari

    5 Mei 2011 at 09:16

    Terima kasih Tok atas ingatan. Memang kena ingatan tu.
    Maju mundur satu bangsa adalah atas peradaban dan ketertibannya. Maka tentulah pelik bila ke Jepun dan didapati mereka lebih beradab (secara umum) dari kita. Seperti juga negara maju lain yang bukan Islam.

     
  2. Lok9

    5 Mei 2011 at 09:16

    Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz. Semoga menjadi pegangan untuk saya. Insyallah.

     
  3. pangeran gunung jerai

    6 Mei 2011 at 09:16

    salam sifu
    mohon maaf andai kata saye nie ade tersilap bahasa atau tingkah laku…
    saya hanya seorang anak yang dahagakan ilmu Allah..
    wallahualam

     
  4. Habib Ahmad

    6 Mei 2011 at 09:16

    MAJLIS-MAJLIS ILMU DI TEMPAT ANDA :
    1. Simposium Thariqat Tasawwuf 1432H/2011M

    2. Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/perhimpunan-pimpinan-pertubuhan.html

    3. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    4. Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/sayyidatina-khadijah-al-kubro-isteri.html

    5. PENGAJIAN KITAB 2011 : NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

     
  5. anak beringin

    6 Mei 2011 at 09:16

    As salam tuan,
    Benar tuan… adab tertib dan akhlak lah natijah daripada ilmu. Jika banyak ilmu di dada tetapi jahat adab atau perangai. Maka sia-sia ilmu yang dipelajari kerana tuntutan ilmu adalah amal. Sedangkan keperluan amal adalah ikhlas dan sahih.

     
  6. alongxp

    7 Mei 2011 at 09:16

    benar tuan… ramai insan zaman sekarang sangat kurang beradab dengan guru..

     
  7. al-Manfaluti

    7 Mei 2011 at 09:16

    Salam, lama tak kunjung blog tok, bila tengok gambar seorang waliyullah Tok Kenali cukup menginsafkan . Al-fatihah.

     
  8. nizam

    9 Mei 2011 at 09:16

    salam sifu..tq atas nasihat dan akan dipegang hingga ke akhir hayat

     
  9. Helang Merah

    19 November 2011 at 09:16

    saya minta izin untuk share ayat ini.

     
  10. wani

    17 Julai 2012 at 09:16

    terima kasih..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: