RSS

Rahsia Ilmu

16 May

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ketahuilah wahai sekelian saudaraku, bahwa Segala ilmu hikmat, amalan, solawat, doa, hizib dan petua yang saya paparkan dalam blog ini adalah sebahagian daripada koleksi ilmu-ilmu yang ada di sekeliling masyarakat melayu. Umumnya hanyalah untuk rujukan dan saling bertukar pendapat di kalangan para pembaca sahaja bukan untuk diamalkan secara langsung kerana ada di antara ilmu yang dipaparkan perlu berguru dan berijazah.
Blog ini sengaja saya wujudkan kerana terfikir, apalah gunanya disimpan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang saya miliki ini sehingga dibawa mati, rasanya lebih baik disebarkan untuk manafaat dan faedah bersama, kerana saya percaya ramai orang yang mencarinya tapi tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya. Untuk makluman pembaca tidak kesemua ilmu yang ada dalam blog ini dapat saya ijazahkan secara online, ada sebahagiannya perlu berijazah dengan cara bersemuka atau bertalaqi dan musyafahah. Kerana begitulah adab orang menuntut ilmu, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan mengorbankan banyak wang ringgit demi untuk mendapatkan sepatah ilmu dari mulut guru. Yang pastinya, ilmu yang diperolehi dengan cara bersemuka dengan guru adalah lebih baik, jelas, faham, terperinci dan ada keberkatannya berbanding dengan cara membaca buku dan melalui internet. Oleh itu di mana ada guru, di situ ada ilmu, carilah dia kerana nikmat ilmu yang kita dapat itu tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit dan harta dunia. Dan jangan pula tersalah pilih guru, besar sekali akibatnya. Carilah guru yang dapat meminpin kita dalam mencari reda Allah Taala di dunia dan akhirat.
Ada pula sebahagian ilmu, saya tidak jelaskan secara terperinci kerana menjaga kerahsiaan ilmu. Kerana sudah maklum di zaman sekarang, ilmu-ilmu sebegini selalu menjadi mangsa kontroversi dan dituduh dengan pelbagai tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Kerahsiaan ilmu terpaksa ditutup kerana mengelakkan fitnah yang lebih besar. Begitulah resam tok-tok guru, mereka lebih rela rahsia itu berkubur di dada dari menjadi fitnah besar yang boleh menjejaskan rahsia ketuhanan. Guru-guru ini hanya akan membuka kerahsiaan ilmunya apabila ada murid yang benar-benar layak untuk menerimanya. Itupun dalam majlis yang hanya dihadiri oleh empat biji mata sahaja. Begitulah tegasnya guru-guru tua menjaga rahsia ilmu. Tidak diturunkan pada sebarangan orang. Mana mungkin rantai emas yang bertatahkan berlian dikalungkan pada leher khinzir…fakir-fikirkan.
Segala maklumat yang ada dalam blog ini, persilakanlah para pembaca menyambut dan menerimanya dengan menaruh sepenuh kepercayaan hanya kepada Allah Taala. Dengan niat yang tulus suci, mudah-mudahan mendapat keberkatan dan keredaaan Allah Taala yang maha luas rahmatNya. Kepada pembaca yang tidak suka atau anti kepada maklumat yang dipaparkan, terpulanglah..mungkin anda belum dipilih atau tidak terpilih untuk mendapat kemuliaan dan kelebihan ilmu Allah Taala ini. Beramal dengan khasiat ayat Al-Quran, doa, selawat  bukanlah perkara bidaah yang sesat dan membawa syirik seperti yang dituduh oleh setengah golongan yang mana golongan ini adalah saudara seagama kita sendiri. Insya’ Allah jikalau ada sedikit kesabaran Allah taala  akan membuka pintu hati kita semua. Bak kata Hukama’ :

عليك أن تَتَعَلَّمَ قبل أن تَتَهَجَّمَ

فذلك أجْدَى وأسْلَمَ

عَلِمْتَ شيئاً وغاَبَتْ عنك الأشياء

Maksudnya:
Hendaklah kamu belajar sebelum kamu mengkritik dan menyerang orang lain, kerana demikian itu adalah lebih berfaedah dan lebih selamat. Kamu telah mengetahui sesuatu, tetapi masih banyak lagi perkara yang kamu belum ketahui.
Harap penerangan yang ringkas ini dapat menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat dari penularan ilmu hikmah yang saya paparkan. Segala kelemahan saya mohon maaf dan kepada Allah jualah saya memohon keampunan dan perlindungan. Wassalamualaikum

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2010 in Uncategorized

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: