RSS

Tag Archives: maklumat

KERIS DAN KHURAFAT

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KERIS DAN KHURAFAT
Pandangan Ustadz Muhammad Hanif Hassan
Disumbang di Multiply.com 31/12/2009
1

Ulasan yg diberikan oleh Ustadz Muhammad Hanif Hassan seperti berikut
“Salam saya tidak dapati perbuatan mengumpul keris sebagai satu artifak sejarah atas dasar hobi atau untuk membantu melestari budaya org melayu salah di sisi agama. Bahkan, ia adalah sesuatu yg terpuji jika ia mempunyai manfaat yg baik i.e. memelihara sejarah, pengetahuan dan budaya.
Dalam kaedah hukum Islam asal sesuatu yg bukan ibadat ritual adalah harus. oleh itu, siapa yg mendakwa mengumpul keris adalah haram, dialah yg patut bawa dalil. bukan kewajiban penghobi ini membuktikan hobinya harus. Sememangnya diakui akan kewujudan kepercayaan dan amalan khurafat mengenai keris. Oleh itu, penghobi keris hendaklah menjauhi perkara ini. selama mana ini dijauhi, hobi itu kekal harus. Kewujudan khurafat di kalangan sesetengah pengumpul keris tidak boleh dijadikan hujah utk generalise semua pengumpul keris adalah sama kerana pola pemikiran seperti ini adalah prejudis dan prejudis dilarang oleh agama kerana seseorg itu tidak boleh dinilai atas amal org lain. Utk generalise kite perlu data yg menunjukkan majoriti pengumpul keris mengamalkan khurafat, bukan atas dasar andaian sahaja. Sememangnya dalam kaedah hukum Islam ada dasar yg dinamakan sad zari`ah yg mengharuskan larangan sesuatu yg harus demi menutup pintu maksiat yg besar. Namun, selagai perspektif ini datang dari pendapat individu ia hanyalah satu ijtihad yg tidak boleh diimpose ke atas org lain. Tambahan pula utk terapkan kaedah ini sebagai satu fatwa bagi org ramai memerlukan data akan berleluasanya khurafat di kalangan pengumpul keris.
Mereka yg yakin bahawa ia dapat pelihara diri dari maksiat yg ditakuti, bebas utk berpegang pada pandangannya sendiri. pada pengamatan saya, sebaiknya risiko jatuh pada khurafat itu ditangani dgn pendidikan bukan dgn cara ban atau censor. Dalam hal ini, pengumpul keris seperti andalah yg paling baik utk meyakinkan mereka yg dicemari dgn khurafat. semoga allah memelihara kita semua. salam “

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di 17 September 2012 in Maklumat

 

Label:

AL-MARJAN

Marjan (مرجان) berasal dari karang laut, bahasa Inggeris menyebutnya Coral (كورال). Umum mengenalinya sebagai batuan akan tetapi ia adalah spesis bintang. Marjan berasal dari perkataan Yunani. Marjan ada disebut dalam al-Quran.

Firman Allah Taala:

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ (٢٢) سورة الرحمن
Ertinya: Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

Kata Al-Alūsī: Mutiara itu yang kecil-kecil dan yang besar adalah marjan.

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (٥٨) سورة الرحمن
Ertinya: Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

Batu Marjan terbaik ialah Coral Rubrum (مرجان الربروم) yang meliputi pelbagai warna iaitu putih, kuning, merah muda, merah gelap dan biru. Adapun marjan berwarna hitam keemasan dinamai Coral Nagrum atau Nagur (مرجان النجروم). Banyak terdapat di pesisir laut India, Autralia dan Lautan Pasifik. Batu ini amat rapuh dan untuk mencanainya memerlukan kepakaran.

Diketahui bahawa batu marjan atau karang laut ini adalah spesis hidupan yang dilindungi kerana ia tergolong dalam kumpulan terumbu karang. Kepupusan dan kemusnahan terumbu karang akan mengganggu ekosistem hidupan laut. Namun apa kami temui dan dijual bukanlah diambil dari dasar laut melainkan dijumpai kerana terdampar di pesisir pantai dan ditemui dalm bentuk serpihan.

Adapun kelebihan batu ini kepada pemakai yang paling aula ialah kerana ia disebut di dalam al-Quran. Faedah lain ialah membaiki perjalanan darah, penyakit susah nak tidur, memberi ketenangan, menguatkan jantung, menguatkan rahim, penyakit hemophilia, kemandulan dan sebagainya. Kelebihan ini bukanlah suatu perkara syirik akan tetapi ia adalah disebut sebagai kelebihan semulajadi (الخواص الطبيعية). Kelebihan semulajadi ini diberikan oleh Allah Taala sama seperti kelebihan buah limau contoh memberi kesegaran bila memakannya. Syirik berlaku apabila kita menyakini batu ini berkuasa sepenuhnya sedangkan sepatutnya ia ada kelebihan apabila Allah mengizinkan, sama juga minum air sejuk dapat menghilangkan dahaga tapi kuasa bukan terletak pada air sejuk, kuasa terletak pada Allah namun sifat tabi’e air sejuk memang menghilangkan dahaga. Jadi hendaklah dipahami perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menuduh orang syirik tak tentu pasal.

Batu ini kalau diletak di perut dalam memperbaiki usus dan memudahkan penghadaman serta membaiki aktiviti di dalam perut. Kalau dibuat kalung dapat menguatkan tubuh sehingga mampu menangkis hantaran sihir kepada si pemakai, sumber ini tidak dipastikan kebenarannya . Wallahua’lam.

SUMBER : ALTALHAQ.BLOGSPOT.COM

 
7 Komen

Posted by di 1 Julai 2011 in Maklumat

 

Label: