RSS

Author Archives: tokuban78

About tokuban78

PENUNTUT ILMU

HIKMAT GAJAH – SYAH QERTAS

Adakah pembaca sudah membaca selawat kepada Nabi saw hari ini ? jika belum, maka berselawatlah kepada BAGINDA NABI saw sebanyak 200 kali. Kerana ada satu keistimewaan yang Allah Taala akan berikan kepada para peselawat. Yaitu diampuni baginya dosa dua ratus tahun. Lebih-lebih lagi hari ini adalah hari jumaat, sangat dianjurkan memperbanyakkan selawat kepada Baginda saw.

Syah kertas ni adalah Nama kepada seekor gajah perang milik Megat Panji Alam, Sahaja dipernamakan ilmu ini dengan nama gajah tersebut kerana terkaitnya dengan peperangan. Ilmu ini adalah antara ilmu perang melayu yang dikirakan berstatus sulit dan rahsia. Kalau zaman dahulu mungkin ramai pemilik dan pemakainya. Zaman sekarang mungkin sudah tidak ramai yang menyimpan atau mengamalkan ilmu ini. Wallahu a’lam.

Ilmu ini kegunaannya lebih kepada penggerun. Dan boleh juga sebagai pelimun. Dimana badan pengamalnya akan kelihatan sebesar seekor gajah dimata musuhnya, dan musuhnya pula dilihat kecil di waktu terdesak. Juga berfungsi sebagai pelimun, dimana pemakainya akan ghaib dari pandangan mata musuh-musuhnya. Jadi mudahlah pengamalnya nanti untuk lolos dari kepungan dan serangan musuh insyaallah.

Boleh tahan juga hebatnya ilmu ini, jika di izin Allah Taala maka tak ada yang mustahilnya. Tapi bukan senang juga hendak memiliki ilmu ini, kerana disana banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Jangan kita ingat sekali-dua baca ilmu ni terus je jadi. kalau nak koya tu bolehlah. Ilmu sebegini dan juga ilmu hikmat perang yang lain juga memakan masa yang agak lama untuk proses kemenjadiannya. Mujahadah dan berdisiplin dan sebagainya.

Ayatnya seperti berikut, dibaca sebanyak 14 kali di waktu pagi dan petang :

Surah Al-Ana’m Ayat 130.

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di 22 Mac 2019 in Uncategorized

 

KAEDAH @ PETUA BERAMALAN

Untuk mengamalkan sesuatu ilmu, amat mustahak kita mempelajari dan menerima ijazahnya dari guru. Di zaman ini ilmu-ilmu hikmat banyak tersurat di lembaran kitab-kitab pusaka. Pengarangnya pula sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya sedikit sahaja ilmu sebegini yang tersimpan di dada guru-guru tua. Sedangkan kita amat minat dan gemar sekali untuk meraih pahala dan fadilat dari amalan tersebut, sayangnya tiada guru yang dapat memberi ijazahnya. Adakah tiada jalan lain untuk kita mengamalkan ilmu-ilmu tersebut????
Jika hati kita suka dan minat untuk melakukan sesuatu amalan yang terdapat di dalam kitab-kitab pusaka para ulama walhal tiada pula guru yang dapat memberi ijazah semua amalan-amalan tersebut. Walau sudah ke segenap ceruk rantau kita mencarinya dengan sedayanya. Maka bolehlah kita memilih mana satu amalan yang kita hendak amalkan itu dan mengamalkannya mengikut petua berikut.

Mana-mana isim, Ayat, doa-doa khas dan sebagainya bolehlah dijadikan amalan wirid dengan tanpa ijazah dengan syarat :

1- Betul semua bacaan dan sebutannya mengikut hukum tajwid.
2- Betul susunan kalimat dan barisnya .
3- Mengikut kadar jumlah yang telah telah di tetapkan. Kalau 3 kali maka jangan lebih bacaan dari jumlah tersebut.
4- Memuji Allah dan selawat kepada nabi saw sebelum dan selepas melakukan amalan.
5- Mengikut segala syarat yg telah ditentukan.

Pun begitu tidak semua amalan dapat kita amalkan. Seperti contoh amalan yang berkhadam mesti menerimanya dengan berijazah. Kerana amalan tersebut tidak akan menjadi jika tiada ijazahnya.
Walaupun petua-petua di atas dapat digunakan untuk amalan yang tidak berijazah, Ada baiknya lagi kita membuat rujukan dan minta nasihat terlebih dahulu kepada alim ulama yang di ketahui mempunyai kemahiran dalam ilmu hikmat. Kalau dia memberi lampu hijau maka kita jalan. Kalau tidak sebaliknya lah. Mungkin ada sesuatu kebaikkan untuk diri kita yang kita tidak nampak.
Khulasahnya, kalau hendakkan ilmu cari lah guru yang arif yang dapat membimbing dan meminpin kita ke jalan yang benar. Ikhlaskan hati dalam melakukan amalan adalah kerana Allah semata-mata. Kata hukama “ siapa yang tidak ada guru, maka syaitanlah gurunya”. Wallahua’lam

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Mac 2019 in Uncategorized

 

AMANAT KHADAM SERI PETALA EMAS buat 3 paduka

( Gambar Hiasan : Habib Abubakar )

WAHAI SEKELIAN MURIDKU,
ANDHIKA PENGIRAN YANG DI TANJUNG EMAS
ANDHIKA RAJA YANG DI DALAM NEGERI MELAKA
JUA SELANGOR TUAN SYAH KHALIFAH
HATI DAN JANTUNG MU SEKELIAN KU SERU

INGATLAH BAIK-BAIK PESAN BISIK AJAR-AJAR MU INI
JANGANLAH HENDAKNYA TUJU SUDAH AMALAN KITA INI
BERKAHENDAKKAN DUNIA DAN ISI SERTA AKAN KASYAFNYA
PALINGKANLAH SEGALA KAHENDAK DAN NIAT ANDHIKA ITU

BAHAWA BAHKAN ALLAH TAALA IALAH HAJAT DAN KAHENDAKNYA KITA
SELAIN ALLAH JANGANLAH HATI BERGANTUNG HARAP
KERNA IA MAKHLUKNYA YANG TIADA DAYA UPAYA
TATAKALA ANDHIKA LIHAT AKAN ORANG YANG HEBAT-HEBAT
DENGAN KELAKUAN YANG MENCARIK ADAT

MAKA USAHLAH ANDHIKA PEDULIKANNYA
ITU JUA AKHIRNYA KE TANAH TEMPAT PULANGNYA.
AMALAN KITA YANG TUJOH CAHAYA INI BUKAN KEPALANG
BARANG MAINNYA BUKAN KEHEBATAN YANG KITA CARI

BUKAN KASYAF YANG KITA HAJATI
KHATAM SUDAHNYA TAQORRUB DIRI KEPADA ALLAH
JIKA DUNIA YANG ANDHIKA HAJATKAN
SIA-SIA SAHAJA BERPENAT LELAH SIANG DAN MALAM.
JIKA AKHIRAT HAJATNYA ANDHIKA

BEROLEHLAH LABA TIADA TERKIRA
KEPADA ALLAH KITA POHONKAN
AGAR DITUNJUK KEKURANGAN DIRI
SUPAYA NAMPAK KEKOTORAN JIWA

ALHAMDULILLAH BILA NAMPAK, MAKA
BASUHLAH DENGAN TUJOH AIR.
TATAKALA SUDAH JERNIH JILAHNYA,
HIASKAN PULA DENGAN SIFAT YANG TERPUJI
PERJALANAN INI BANYAK LIKU DAN DUGAAN
HENDAKNYA ANDHIKA TIADA TERLALAI
OLEH UJIAN SENANG DAN SUSAH

TABAHKAN DIRI MENAPAK LANGKAH
DENGAN ZIKIRMU TUJOH SENAFAS
JIKA ANDHIKA IKHLAS BERAMAL TAPA
NESCAYA BEROLEH TUJOH SEDEPA
JIKA ANDHIKA DITUNJOK SUATU ‘AMANAH’

PELIHARALAH IA BAIK-BAIK
DAN TUTUPLAH MULUTMU RAPAT-RAPAT
JANGAN SAMPAI DIPECAH AKAN RAHSIA SIRNYA
JIKA DIPECAH RAHSIA SIRNYA
NANTI AKIBAT BINASALAH BADAN..

BILA MELANGKAH IKUTLAH TAPAK
BILA DUDUK IKUTLAH PUNGGUNG
SELAMAT KITA DUNIA DAN AKHIRAT
SEKIAN DAHULU KALAM DARI KU
DARI DIRIKU UNTOK DIRIKU.
SAMA-SAMA KITA BERINGAT

 
2 Komen

Posted by di 20 Mac 2019 in Uncategorized

 

PEMBIAS HIKMAT

Wahai saudaraku sekelian, janganlah kita suka mendabik dada dan kerap berkokok dan bertelur dikedai-kedai kopi atau di media sosial. Fokus ambo pada kali ini adalah berkenaan petua untuk memerisai diri dari menjadi mangsa sasaran sihir dan seumpamanya senjata fakir. Sebagaimana yang difahami dari Sabda Junjungan Nabi SAW, sebagaimana doa kita untuk membinasakan musuh dimustajabkan, begitu juga akan dimustajabkan juga doa orang lain ke atas kita.
Jika ada pedang maka ada perisainya, walau sehebatmana dan setajam mana pun ilmu yang kita canangkan itu, tetap ada penangkisnya. Disana para ulama telahpun menyediakan perisai khas untuk menangkis bedilan senjata faqir, bahkan bedilan itu akan melantun dan pulang semula kepada si pembedil. Kerana sudah maklum bahawa dikalangan manusia ini ada orang baik juga ada yang jahat, kot ilmu ini ada pada tangan orang yang jahat dan tidak amanah, maka disasarkannya sesuka hati, besarlah bala dan kerosakannya nanti. Mudah-mudahan tidak ada lah ilmu ini ditangan para sufaha’. Kalau ada pun mungkin dicurinya dari khazanah para guru. wallahu a’lam.

( Mohon maaf, perisai penangkis senjata faqir tak dapat ambo dedahkan dahulu, khas untuk ahli sahaja. Tapi dibawah ini ada ambo lampirkan satu doa khas buat menepis hantaran sihir insyaallah).

Sebelum kita disasarkan, ada baiknya kita menyediakan payung sebelum hujan. Sebab itulah orang-orang tua selalu berpesan, belajar ilmu biarlah sampai khatam. Beli ibu kunci jangan lupa minta anak kuncinya. Disamping kita menerima dan mengamalkan ilmu senjata faqir ini, janganlah lupa untuk memohon kepada sang guru akan ilmu penangkisnya pula.
Kelalaian kita akan menyebabkan kerugian. Dengan adanya ilmu penangkis ini, bukan sahaja hantaran senjata faqir dapat kita patahkan, bahkan hantaran lain seperti santau, sihir, ilmu hitam dll dapat kita tepis dan hantar balik kepada tuannya. bila barang hantaran itu dipulangkan balik, bererti kebinasaan dan kecelakaan bakal menimpa. Ya tuan2, dengan itu ilmu senjata faqir ini tak boleh sebarangan diguna. kesilapan dalam mengguna dan membuat keputusan bakal mengundang padah yang amat bahaya. Di akhirat nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan (membunuh tanpa hak).
kenapa perlu dipulangkan balik hantaran itu? susah juga ambo nak jawab. Biasanya jika sasaran yang dituju itu kebal dan berperisai maka tempiasnya akan kena pula kepada orang yang paling hampir dengannya, terutamanya anak-anak dan isteri yang tercinta. Emm susah hati kita dibuatnya. kalau isteri sakit jawabnya tak berasap lah dapur tu. Sama-sama kita berhati-hati.Pesanan buat diri saya dan para pembaca semua.
Satu lagi hal yang selalu kita buat-buat lupa. Samaada kita betul-betul lupa atau sengaja buat lupa. Yaitu apabila kita ditunjukkan suatu rahsia ketuhanan atau berlaku sesuatu yang pelik dan aneh sewaktu kita beramal atau diluar waktu beramal, maka jagalah seketat-ketatnya amanah yang ditunjukkan itu. Jangan sesekali mendedahkannya kepada sesiapa pun kecuali kepada guru kita sahaja. Tak usahlah dipecahkan rahsia itu kepada orang ramai, teman rapat kat kedai kopi, facebook, group whatsapp, telegram, blog dan lain-lain. Kerana pendedahan itu akan mengundang pelbagai fitnah dan masalah kepada diri kita sendiri. Dalam masa yg sama bibit-bibit ujub, sum’ah dan takbur akan mula menyubur dalam hati. Jadilah kita semua orang yang amanah dalam menjaga rahsianya. Otak, perbuatan, percakapan dan tulisan kita janganlah sentiasa menggambarkan kemistikan diri. Sama-sama kita jadi insan biasa yang normal. – maafkan ambo jika pembaca terasa pedasnya, tapi terpaksa juga ambo sebutkan disini, kerana ramai sangat para pengamal baru diluar sana yang suka menjaja cerita kehebatan diri kesana dan kemari.

Selepas selesai solat subuh bacalah surah Al-ikhlas 3 kali dan Bismillahillazi la yadhurru…….3 kali juga. Dengan niat menjadi pembias kepada semua hantaran yang jahat.

 
4 Komen

Posted by di 19 Mac 2019 in Uncategorized

 

HIKMAT : MOHOR KING SULEIMAN

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mac 2019 in Uncategorized

 

BICARA HIKMAT : PENGADANG ISIM

Supaya kita tidak jadi kepanasan semasa mengamalkan mana-mana amalan yang ada dalam pelajaran ilmu hikmat ini, Terutamanya ilmu-ilmu isim yang berlavel tinggi, seperti isim Birhatiah, isim Jaljalutiah, Isim Zirah Pengebal, isim kaf 40 dan lain-lain lagi. Selain telah menerima ijazah keilmuan tersebut secara rasmi dari Sang Guru, Maka hendaklah terlebih dahulu kita membaca penimbul atau pengadang isim ini sebelum memulakan amalan, yaitu Surah Alfatihah satu kali, Selawat Syifa’ 3/10 kali dan Surah Al-Kautsar sebanyak 3 kali .

Jika ilmu yang kita amalkan itu tinggi tahap kepanasannya, maka selawat syifa’ mesti dibaca sebanyak 40 kali selepas daripada selesai amalan itu. Kadang-kadang tahap ketahanan kepada aura panas ini berbeza kepada setiap individu. Ada orang yang panas sedikit sahaja bila mengamalkan ilmu isim, Dan ada pula orang yang tinggi kadar kepanasannya( biasanya berlaku kepada orang yang baru belajar dan tiada asas-asas ilmu hikmat) . Dan ada pula yang kepanasan itu seperti terpendam, dan akan meletup seperti time bomb.  Sebab itu sangat perlu kepada setiap pengamal mengetahui dan membaca amalan pengadang isim ini dengan tujuan agar kepanasan yang timbul itu dapat dikawal, diredakan dan dipadamkan. Jikalau panas ini tidak terkawal ditakuti boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini.

Lazimnya Sang Guru tidak akan lupa untuk menurunkan petua penyejuk amalan ini bila diperturunkan ilmu isim kepada muridnya. Dan ada juga dari kalangan Guru Tua yang dapat mengesan dan kenal akan tahap dalaman muridnya. Jadi awal-awal lagi tidak dia perturunkan ilmu panas. Nanti menjadi beban yang merbahaya kepada dalaman si murid. Sebab itu sangat penting berguru dan mematuhi arahan guru. Ramai juga yang berguru, tapi ramai juga tidak patuh pada arahan dan petua gurunya. Sang Guru Suruh baca isim satu kali sahaja, tapi diratibnya sampai 10 kali…itu dh terlebih doss…panasnya meluap-luap nanti. alamat berendamlah didalam kolam…

Kalau kita sekadar membaca dari buku dan kitab-kitab hikmat seterusnya mengamalkan mana-mana amalan yang tercatat di dalam helaiannya, jika berlaku kepanasan seperti ini maka kepada siapa kita nak merujuk,mengadu dan mencari penawar ubatnya?. Sebenarnya banyak perkara yang perlu  dijaga dalam hal ini…panjang plak nak tulis x larat…bersambung insyaallah

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mac 2019 in doa

 

ISIEM SELENDANG EMBUN PUTEH

SECINDAI HITAM MEMBALUT TUBUH,
DILILIT PULA SEEMBUN PUTEH,
DAYA MENCARI AMPUN BAROKAH,
DARI LAUTAN ILMU KAROMAH.

WAHAI ANAKANDA YANG DIKASIHI,
AJARMU INI INGINLAH MENYAMPAI,
BARANG SADIKIT ANGERAHA ILAHI,
AGAR YAKIN DAN TENANGLAH HATI,

HENDAKLAH ILMU DIAMAL LATIH,
SETIAP HARI DI MANA BERADA,
JANGANLAH MALAS JANGAN BERHENTI,
KELAKNYA NANTI BEROLEH LABA.

SETITIS EMBUN MENITIK DADA,
JERNIHNYA LAMBANG FITRAH NAN SUCI,
SEDEPA PUTIH MELINTANG DI DADA,
ISYARATNYA JILAH HATI DAN BUDI.

KETAHUI OLEHMU SEKELIAN ANDHIKA,
ANDAI SUDAH MEMAKAI YANG PUTEH,
MAKA JANGANLAH LAGI HATI BERDUKA,
KERANA KITA INI PERMATA TERPILEH.

ISIM EMBUN DARJAH PERTAMA,
HENDAKLAH DIBACA MASUK BERPERANG,
NESCAYA DATANG BANTUAN UTAMA,
BARISAN MALAIKAT SERTA BERPEDANG.

PERANG KECAMUK PELURU BERSIUR,
GENDANG DIPALU ZIKIR DIALUNG.
PELURU MUSUH DIMEDAN TEMPUR,
AKAN TERBIAS KE DALAM LUMPUR.

ISIM EMBUN DARJAH KEDUA,
MENDATANGKAN FIRASAT YANG BAIK-BAIK,
SERTA MUDAHNYA REZEKI LABA,
DIKASIHI PULA SEKELIAN MAKHLUK

EMBUN KETIGA JERNIHNYA JILAH,
MENJADI PENAWAR SEKELIAN PENYAKIT,
PATUTLAH DIGELAR SERIBU FAEDAH,
KECUALI MATI DAPATLAH DIUBAT.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Mac 2019 in syair