RSS

Daily Archives: 12 April 2019

PEDANG SERI KILAT

            Gambar Hiasan

Ilmu pedang seri kilat ini adalah salah satu daripada hikmat yang sebaris dengan ilmu pedang kecil@ syatit. Secara am nya ia tergolong dalam golongan pasukan elit senjata fakir yang keramat. Hikmat ini sepengetahuan saya adalah hikmat yang paling sulit dan sangat bahaya efeknya. Sangat sukar untuk mendapatkan ijazahnya walaupun sang Guru sudah ada didepan mata. Melainkan diri kita sudah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan kelayakan dari sang guru.
Untuk mendapat sekelumit kepercayaan dan pengiktirafan itulah kita perlu membuat pelbagai pengorbanan. Tidak kira pengorbanan dari segi khidmat tenaga, masa, wang ringgit dan lain-lainnya. Pelbagai ujian dan keperitan perlu dilalui dan ditempuhi dengan penuh kesabaran. Perlu sentiasa bersuhbah dengan sang guru. Taat dan patuh pada setiap arahan yang diberikan oleh guru dan sebagainya. Bila kita sudah mendapat kepercayaan itu, maka janganlah pula di sia-siakan. Jagalah kepercayaan itu dengan sebaiknya dan beramanah.
Berbalik kepada tajuk diatas, maklumat berkaitan dengan keilmuan ini telah saya perolehi daripada cerita lisan beberapa orang guru tua yang sempat saya temui. Juga dari kawan karib dan kitab-kitab hikmat. Secara ringkasnya ilmu ini digunakan untuk mengenakan musuh secara ghaib. Dimana kita hanya menggunakan objek-objek yang tertentu sebagai ganti tubuh badan musuh. Seperti batang dan jantung pisang.
Mengikut satu cerita dulu-dulu, kaedah rahsia ini pernah dipraktikkan oleh salah seorang pembesar negeri yang hendak dibunuh oleh pemerintah. Hal ini berlaku disebabkan sedikit salah faham antara mereka. Para hulubalang yang dititahkan untuk menghabisinya dan keluarganya sudah pun berada dihadapan pintu rumah. Menyedari nyawa diri dan keluarganya dalam bahaya, sebelum terlambat dia mengambil langkah proaktif dengan mempraktikan hikmat ini pada sebiji jantung pisang. Sebelanga air perigi telah digelegakkan dengan lantunan zikrullah. Lalu dicampaknya jantung pisang itu kedalam gelegakan air belanga. Keesokan paginya terdengarlah berita kemangkatan si pemerintah itu. Wallahu a’lam.
Mempraktikkan hikmat ini bukan pada tempatnya juga akan mengundang bala yang besar kepada kita. Bukan sahaja hikmat ini akan “memakan” tuannya, bahkan kita akan dipersoalkan diakhirat kelak. Besar dosanya membunuh dengan tanpa hak. Kerana kata ulama “ Barangsiapa yang membunuh dengan doanya, adalah sama dengan orang yang membunuh dengan pedangnya”. Berhati-berhatilah kita semua agar tidak melanggar sempadan hukum syarak. Pedang seri kilat ini adalah merupakan pedang Allah yang digengam oleh para solihin. Besar hukumannya jika pedang ini disalahgunakan. Ini secebis sampelnya sahaja :

ﻨرد ﺒﻚ اﻷﻋداء ﻤﻦ ﻜﻞ وﺠﻬﺔ ٭ وﺒﺎﻹﺴم ﺗرﻤﻴﻬم ﻤﻦ اﻠﺒﻌد ﺒﺎﻠﺸﺘﺖ

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 April 2019 in Uncategorized