RSS

PEMBIAS HIKMAT

19 Mac

Wahai saudaraku sekelian, janganlah kita suka mendabik dada dan kerap berkokok dan bertelur dikedai-kedai kopi atau di media sosial. Fokus ambo pada kali ini adalah berkenaan petua untuk memerisai diri dari menjadi mangsa sasaran sihir dan seumpamanya senjata fakir. Sebagaimana yang difahami dari Sabda Junjungan Nabi SAW, sebagaimana doa kita untuk membinasakan musuh dimustajabkan, begitu juga akan dimustajabkan juga doa orang lain ke atas kita.
Jika ada pedang maka ada perisainya, walau sehebatmana dan setajam mana pun ilmu yang kita canangkan itu, tetap ada penangkisnya. Disana para ulama telahpun menyediakan perisai khas untuk menangkis bedilan senjata faqir, bahkan bedilan itu akan melantun dan pulang semula kepada si pembedil. Kerana sudah maklum bahawa dikalangan manusia ini ada orang baik juga ada yang jahat, kot ilmu ini ada pada tangan orang yang jahat dan tidak amanah, maka disasarkannya sesuka hati, besarlah bala dan kerosakannya nanti. Mudah-mudahan tidak ada lah ilmu ini ditangan para sufaha’. Kalau ada pun mungkin dicurinya dari khazanah para guru. wallahu a’lam.

( Mohon maaf, perisai penangkis senjata faqir tak dapat ambo dedahkan dahulu, khas untuk ahli sahaja. Tapi dibawah ini ada ambo lampirkan satu doa khas buat menepis hantaran sihir insyaallah).

Sebelum kita disasarkan, ada baiknya kita menyediakan payung sebelum hujan. Sebab itulah orang-orang tua selalu berpesan, belajar ilmu biarlah sampai khatam. Beli ibu kunci jangan lupa minta anak kuncinya. Disamping kita menerima dan mengamalkan ilmu senjata faqir ini, janganlah lupa untuk memohon kepada sang guru akan ilmu penangkisnya pula.
Kelalaian kita akan menyebabkan kerugian. Dengan adanya ilmu penangkis ini, bukan sahaja hantaran senjata faqir dapat kita patahkan, bahkan hantaran lain seperti santau, sihir, ilmu hitam dll dapat kita tepis dan hantar balik kepada tuannya. bila barang hantaran itu dipulangkan balik, bererti kebinasaan dan kecelakaan bakal menimpa. Ya tuan2, dengan itu ilmu senjata faqir ini tak boleh sebarangan diguna. kesilapan dalam mengguna dan membuat keputusan bakal mengundang padah yang amat bahaya. Di akhirat nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan (membunuh tanpa hak).
kenapa perlu dipulangkan balik hantaran itu? susah juga ambo nak jawab. Biasanya jika sasaran yang dituju itu kebal dan berperisai maka tempiasnya akan kena pula kepada orang yang paling hampir dengannya, terutamanya anak-anak dan isteri yang tercinta. Emm susah hati kita dibuatnya. kalau isteri sakit jawabnya tak berasap lah dapur tu. Sama-sama kita berhati-hati.Pesanan buat diri saya dan para pembaca semua.
Satu lagi hal yang selalu kita buat-buat lupa. Samaada kita betul-betul lupa atau sengaja buat lupa. Yaitu apabila kita ditunjukkan suatu rahsia ketuhanan atau berlaku sesuatu yang pelik dan aneh sewaktu kita beramal atau diluar waktu beramal, maka jagalah seketat-ketatnya amanah yang ditunjukkan itu. Jangan sesekali mendedahkannya kepada sesiapa pun kecuali kepada guru kita sahaja. Tak usahlah dipecahkan rahsia itu kepada orang ramai, teman rapat kat kedai kopi, facebook, group whatsapp, telegram, blog dan lain-lain. Kerana pendedahan itu akan mengundang pelbagai fitnah dan masalah kepada diri kita sendiri. Dalam masa yg sama bibit-bibit ujub, sum’ah dan takbur akan mula menyubur dalam hati. Jadilah kita semua orang yang amanah dalam menjaga rahsianya. Otak, perbuatan, percakapan dan tulisan kita janganlah sentiasa menggambarkan kemistikan diri. Sama-sama kita jadi insan biasa yang normal. – maafkan ambo jika pembaca terasa pedasnya, tapi terpaksa juga ambo sebutkan disini, kerana ramai sangat para pengamal baru diluar sana yang suka menjaja cerita kehebatan diri kesana dan kemari.

Selepas selesai solat subuh bacalah surah Al-ikhlas 3 kali dan Bismillahillazi la yadhurru…….3 kali juga. Dengan niat menjadi pembias kepada semua hantaran yang jahat.

Advertisements
 
4 Komen

Posted by di 19 Mac 2019 in Uncategorized

 

4 responses to “PEMBIAS HIKMAT

  1. QISASULAN

    20 Mac 2019 at 09:16

    MOHON IZIN BERAMAL TUAN GURU

     
  2. Mijie

    10 April 2019 at 09:16

    Mohon izin dan ijazah utk amalan ini tuan guru

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: