BICARA HIKMAT : PENGADANG ISIM

Supaya kita tidak jadi kepanasan semasa mengamalkan mana-mana amalan yang ada dalam pelajaran ilmu hikmat ini, Terutamanya ilmu-ilmu isim yang berlavel tinggi, seperti isim Birhatiah, isim Jaljalutiah, Isim Zirah Pengebal, isim kaf 40 dan lain-lain lagi. Selain telah menerima ijazah keilmuan tersebut secara rasmi dari Sang Guru, Maka hendaklah terlebih dahulu kita membaca penimbul atau pengadang isim ini sebelum memulakan amalan, yaitu Surah Alfatihah satu kali, Selawat Syifa’ 3/10 kali dan Surah Al-Kautsar sebanyak 3 kali .

Jika ilmu yang kita amalkan itu tinggi tahap kepanasannya, maka selawat syifa’ mesti dibaca sebanyak 40 kali selepas daripada selesai amalan itu. Kadang-kadang tahap ketahanan kepada aura panas ini berbeza kepada setiap individu. Ada orang yang panas sedikit sahaja bila mengamalkan ilmu isim, Dan ada pula orang yang tinggi kadar kepanasannya( biasanya berlaku kepada orang yang baru belajar dan tiada asas-asas ilmu hikmat) . Dan ada pula yang kepanasan itu seperti terpendam, dan akan meletup seperti time bomb.  Sebab itu sangat perlu kepada setiap pengamal mengetahui dan membaca amalan pengadang isim ini dengan tujuan agar kepanasan yang timbul itu dapat dikawal, diredakan dan dipadamkan. Jikalau panas ini tidak terkawal ditakuti boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini.

Lazimnya Sang Guru tidak akan lupa untuk menurunkan petua penyejuk amalan ini bila diperturunkan ilmu isim kepada muridnya. Dan ada juga dari kalangan Guru Tua yang dapat mengesan dan kenal akan tahap dalaman muridnya. Jadi awal-awal lagi tidak dia perturunkan ilmu panas. Nanti menjadi beban yang merbahaya kepada dalaman si murid. Sebab itu sangat penting berguru dan mematuhi arahan guru. Ramai juga yang berguru, tapi ramai juga tidak patuh pada arahan dan petua gurunya. Sang Guru Suruh baca isim satu kali sahaja, tapi diratibnya sampai 10 kali…itu dh terlebih doss…panasnya meluap-luap nanti. alamat berendamlah didalam kolam…

Kalau kita sekadar membaca dari buku dan kitab-kitab hikmat seterusnya mengamalkan mana-mana amalan yang tercatat di dalam helaiannya, jika berlaku kepanasan seperti ini maka kepada siapa kita nak merujuk,mengadu dan mencari penawar ubatnya?. Sebenarnya banyak perkara yang perlu  dijaga dalam hal ini…panjang plak nak tulis x larat…bersambung insyaallah

Tinggalkan komen

Filed under doa

Tinggalkan komen