RSS

Monthly Archives: Jun 2018

KERIS PENDUA TAMING SARI SAKTI

Lebih kurang 11 tahun ambo cuba duplicate bilah keris milik Sultan Perak. Dan hampir berbelas-belas bilah tak menjadi seperti yang dirancang dan diharapkan. Bila siap sahaja bilah yang ditempah, ada sahaja kecacatan sana dan sini. Walaupun ambo dah perincikan dengan telitinya kepada tukang. Allah sahaja yang menentukan segalanya. Tapi harapan dan usaha ambo tak dipersiakan Allah Taala, Ambo buat sedikit study berkaitan keris ini. Pameran keris taming sari di Kuala Kangsar tidak silap pada tahun 2016 ambo hungga gi. Walaupun banyak soalan ambo yang¬† sengaja tak dijawab oleh pegawai2 dipameran tersebut, seolah2 nak sembunyikan “rahsia” keris tersebuat , ambo Faham tugas2 mereka. Setelah hampir 11 tahun mencuba tanpa putus asa, dan hampir berbelas ribu RM duit poket ambo laburkan demi hobi ini dengan tanpa amik duit org lain, Alhamdulillah lahirlah sebilah penduanya yang betul-betul menjadi cita dan kehendak hati¬† ambo.Walaupun Copynya bukan 100%. Suka takleh nok royak. Syukur pada Allah Taala Yang Maha Kaya. Sekarang inilah keris yang paling ambo sayam selain sebilah lagi yaitu keris ”indera lela” Tok Uban. Siapa nak lihat keris ini, jemputlah datang kerumah sambil pekena kopi kaw.

Advertisements
 
6 Komen

Posted by di 2 Jun 2018 in Uncategorized