RSS

ILMU BUYONG TEMBAGA DAN KAITANNYA DENGAN SENJATA FAQIR

14 Jul
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Sudah agak lama ambo tak sempat nak mengupdate blog ini. Hari ini Alhamdulillah ada sedikit luang untuk ambo menulis kembali dengan sedikit idea yang masih tersisa. Berbalik kita pada tajuk diatas, yang adalah merupakan rentetan dari posting ambo sebelum ini yang bertajuk ‘Bahana keramat senjata faqir’. Ilmu kuno ini sudah jarang diketahui orang. orang tua dulu-dulu pun jarang juga yang memilikinya.Dan jangan pula kita gopoh gapah mengikut resmi Si-Jahil diluar sana yang bermudah-mudah membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman karut atau khurafat pada ilmu2 yang nadir sebegini, melainkan selepas kita kaji, faham dan betul2 tahu isinya terlebih dahulu.

Para pembaca yang ambo kasihi semua…Kadang2 terlintas juga dibenak fikiran kita, kenapa pula mesti TEMBAGA? tak boleh ke buyong itu dari bahan-bahan lain seperti perak, gangsa, tanah liat dan lain-lain. Orang tua kita dahulu banyak menyimpan rahsia, yang kadang2 dicungkil tak juga keluar jawapannya.  Walau apa pun, jawapan kepada persoalan ini agak sedikit sukar untuk diterima akal, biarlah ambo simpan dahulu rahsianya buat masa ini. Maka hanya pemiliknya sahajalah yang mengetahui rahsianya.

Ilmu buyong ini pada asalnya diaplikasikan oleh pengamalnya untuk mengembalikan barang yang dicuri. Dengan syarat tindakannya perlu segera diambil. Jarak masanya tak boleh terlalu lama, seperti contoh kecurian itu berlaku semalam, keesokan paginya mesti terus didoakan dengan ilmu buyong. kalau tidak harapan untuk barang yang dicuri itu dipulangkan semula sangat tipis.Seperti kes kecurian yang sering berlaku di negara kita lah contohnya. Kalau yang dicuri itu sebuah motosikal, kadang2 tak sampai 24 jam badan motosikal tu dah dileraikan satu persatu oleh sipencuri. Kalau sudah begini jadi halnya macam mana motosikal itu hendak dikembalikan kepada pemiliknya. Atau dengan kata lain sebelum barang yang dicuri itu berpindah tangan. Insyaallah jika tindakan diambil dengan kadar segera dan mendapat perkenan Allah Taala, barang yang dicuri itu akan dipulangkan kembali kepangkuan pemiliknya.

Setelah barang curi itu selamat pulang kepada tuannya, maka satu tindakan segera yang lain pula perlu diambil bagi menawarkan kembali hikmat buyong yang sedang mengamuk di dalam tubuh si pencuri. Dengan sedikit perahan asam limau nipis yang disertai bacaan tertentu maka ia akan mula menawar dan memadamkan kepedihan dan kepanasan si pencuri itu. Pelik juga kalau nak difikirkan dek akal kita yang dangkal ini.Dengan izin Allah, maka tak ada yang mustahil. Bi Iznika Ya Rabb…

Akan tetapi dalam masa yang sama ilmu ini juga boleh berfungsi sebagai senjata faqir. cuma perlu diketahui kaifiat dan kaedahnya yang ada sedikit perbezaan.Kadang2 sang guru tak akan mendedahkan kepelbagaian fungsinya kepada si murid.Kenapa pula begitu? guru sorok ilmu ke? guru kedekut ke? guru pilih kasih ke?..itu semua adalah andaian yang karut dan bukan2 kita kepada guru. Tak baik macam tu. kalau nak dikira, maka banyaklah sebabnya..susah ambo nak jawab…panjang berjela kalu ambo nak tulis.

Seperti yang sudah pembaca maklumi bahawa senjata fakir ini ada pelbagai versi dan levelnya. Dan senjata faqir versi buyong ini adalah tergolong dalam golongan hikmat yang berlevel tinggi. Agak besar juga kesan bahananya. Silap haribulan mangsanya akan menemui ajal. Itulah sebabnya ambo selalu ingatkan kepada diri ambo sendiri dan kepada para pemegang ijazah senjata faqir diluar sana agar lebih amanah dan kuat menahan sabar seperti teguhnya jabal Panau serta membuat beribu pertimbangan terlebih dahulu sebelum dia mula mengangkat dan mengancungkan laras senjata faqir kepada musuh seterunya. Nanti sesal seumur hidup jika kita silap membuat pilihan dengan membelakangi Hukum Allah.

Ingatlah kita semua pada satu Firman Allah Taala yang mafhumnya ” Barangsiapa yang memberi maaf dan berdamai, Maka Allah Taala lah yang akan memberinya pahala”. Wallahu a’lam.

 

 
2 Komen

Posted by di 14 Julai 2016 in Maklumat

 

2 responses to “ILMU BUYONG TEMBAGA DAN KAITANNYA DENGAN SENJATA FAQIR

  1. muhammad

    14 Julai 2016 at 09:16

    salam sheikh.. kalau nk cari barang saya yg hilang mcmne?tapi dh lama hilang…cincin kahwin… jatuh dlm sungai… ada cara x?mohon penjelasan..hehe.. hamba yg berharap

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: