RSS

HIKMAT : PAGAR GHAIB 4 WILAYAH

29 Jan

pagar-gaib

Ilmu pagar memagar ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Sebelum membaca Alquran pun kita disuruh memagar dahulu. Yaitu dengan membaca istiazah, memohon perlindungan kepada Allah Taala dari gangguan syaitan yang direjam. Kerana urusan menjaga amanah ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Musuh-musuh dari kalangan manusia dan jin akan sentiasa menggangu kelancaran urusan kita dan seterusnya mengagalkannya. Kegagalan itu adalah merupakan satu kejayaan bagi pihak musuh. Oleh itu, sambutlah saranan daripada agama kita agar sentiasa memagar diri dengan berlindung kepada Alla Taala dari syaitan yang direjam. Kerana asal usul kejahatan itu semuanya datang dari syaitan dan talibarutnya nafsu yang jahat. Kekuatan yang kita ada ini semuanya terbatas, maka tawakal lah kepada Allah adalah sebaik-baiknya. Allah Taala adalah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Sebelum memagar benda-benda lain, maka ada baiknya ‘diri sendiri’ dahulu dipagar. Jangan sampai terjadi seperti kepala keretapi yang jatuh kedalam gaung, maka sudah tentulah gerabaknya juga ikut sama ke dalam gaung.
Dikalangan orang melayu dulu-dulu ada berlaku pengamalan terhadap ilmu pagar@benteng diri. Ilmu ini sangat dititik beratkan pengamalannya. Sehinggakan si ayah akan sentiasa memesan dan mengingatkan anak-anaknya agar sentiasa mengamalkan ilmu pagar diri setiap kali selepas waktu solat. Terutamanya kepada anak2 perempuan yang diketahui berjiwa lemah dan selalu terdedah kepada pelbagai gangguan dan ancaman jenayah.
Ilmu pagar diri ini ada yang bersifat khusus, yaitu sekadar melindungi pengamalnya sahaja. Dan ada pula yang bersifat global yaitu melindungi semua yang berada dibawah jagaan kita seperti keluarga, harta benda dan sebagainya. Ilmu ini biasanya akan memberi tindakbalas kawalan bila berlaku pengamalannya. Mudah katanya, kalau tak amal maka tak ada lah pagar kawalan tu. Seperti halnya bateri henpon yang kalau tidak dicas, maka kuasanya akan berkurangan dan seterusnya habis. Begitulah resmi pengamalan ilmu pagar ini, mesti sentiasa dicas barulah powernya sentiasa hidup dan mengawal.
Ilmu pagar diri yang wujud di alam melayu ada pelbagai versi. Ada yang versi jampi mentera dan juga versi dari doa dan ayat-ayat Alquran. Dalam hal ini kita mestilah bijak memilihnya. Mana yang bertentangan dengan ajaran agama maka hendaklah dijauhi. Apa2 pun, versi dari ayat Alquran adalah yang terbaik dan terkuat.
Versi jampi mentera sebagai contohnya doa “malaikat empat”, yang agak masyhur pengamalannya dikalangan orang tua melayu. Petikannya seperti berikut :
Kun fayakun sekelian kun kata Allah,
Umat Muhammad kan diri aku,
Jibrail di kanan ku..
………bla bla bla.
Apa yang hendak saya ketengahkan dalam posting kali ini adalah ilmu pagar diri yang berasaskan ayat Alquran dan bersumberkan Hadis Nabi SAW. Ilmu yang bersumberkan Alquran adalah lebih utama kita pilih dan amalkan berbanding selainnya. Kerana ianya sama sekali tidak mengandungi keraguan. Ringkasnya di dalam Alquran alkarim, ada mengandungi 4 ayat utama dari empat surat yang boleh dijadikan sebagai penghijab atau pemagar diri. Yaitu dari surah Al-an’am, An-nahli, Al-kahfi dan Al-jathiah. Ayat2 ini memang telah dikhususkan untuk pelindung diri. Besar sekali manfaat dan rahsia. Ibarat kata, pengamalnya boleh pergi kemana sahaja tanpa rasa takut dan khuatir.Insyaallah selamat di dalam pengawasan Allah Taala.
4 ayat tersebut dipanggil dengan pelbagai nama mengikut daerah dan negeri. Ada yang menyebutnya ‘pagar Ghaib’, ‘kota ghaib’ dan sebagainya. Soal nama itu terpulanglah kepada diri masing2. Apa yang penting adalah berlaku pengamalan ilmu tersebut secara berdisiplin dan berterusan serta menerimanya secara berijazah dari Sang Guru. Wallahu a’lam.

 
5 Komen

Posted by di 29 Januari 2016 in doa

 

5 responses to “HIKMAT : PAGAR GHAIB 4 WILAYAH

  1. waksehjr

    29 Januari 2016 at 09:16

    Asaalamualaikum Tok Uban,
    Salam perkenalan dr sy Shahril Melaka.
    Sy dh lama ikut blog Tuan,niat nk berjumpa tp mungkin kerana faktor jarak dan pekerjaan ia menjadi kekangan.
    Sy mohon mengunakan sedikit ilmu yg Tuan kongsikan utk sy,keluarga sy dan org yg memerlukan.
    Harap Tuan izinkan.
    Terima Kasih Tuan
    Assalamualaikum

     
    • tokuban78

      1 Februari 2016 at 09:16

      Walaikumussalam, ahlan wasahlan tuan. silakan.

       
  2. Ahmad Najmi

    9 Mac 2016 at 09:16

    Assalamualaikum.
    Boleh ambo tahu dari ayat berapa ke berapa setiap surah yang Tok royak tu ?
    Hajat di hati nok amal.
    Terimo Kaseh

     
    • tokuban78

      11 Mac 2016 at 09:16

      wasalam, ambo x brp ingat dh yg ingatnya alkahfi, aljathiah..2 lagi x ingat

       
  3. Ahmad Najmi

    1 April 2016 at 09:16

    ooo..takpo gitu gak..apo pom terimo kaseh abe.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: