RSS

EDISI AHLI JILSAH : KERAMAT 7 PETALA

19 Jan

Wali-Allah

Hizib Keramat Kota 7 petala ini adalah merupakan salah satu khazanah berharga yang telah dipusakakan oleh Sayyidul Kaunaini Almusthofa Rasulullah saw. Juga masyhur pengamalannya dikalangan para Ulama. Hizib ini mengandungi banyak rahsia, hikmat, kesaktian dan khasiat yang tersembunyi. Semakin lama mujahadah dan pengamalan doa ini dilakukan, maka sedikit demi sedikit akan terbuka pintu rahsianya. Maka kelak dapatlah kita lihat dan rasa rahsia-rahsianya itu. Dengan syarat amalan itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta dengan niat yang ikhlas dan sabar serta mematuhi disiplin, syarat dan petua yang telah ditetapkan oleh Sang Guru. Sepanjang pengamalan doa ini, banyak sekali aura positif yang muncul dalam diri saya. Terutama dalam masa kesusahan dan ketakutan. Malah ada salah seorang dari kalangan tokoh ulama Kelantan menyifatkan ayat ini sebagai “Lesen Hidup”, kerana pengamal ayat ini akan dikurniakan umur yang panjang, dan pula diberi alamat bila tiba saat kematiannya, wallahua’lam.
Sudah tentu kita semua berminat dan ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsianya. Paling kurang ‘tahu’ itu akan menjadi pembakar semangat untuk kita mengamalkan amalan ini. Secoret khasiat doa 7 petala yang sempat saya zahirkan dari kitab tua “Khazinatul Asrar” karangan Syeikh Muhammad Haqqi Annazili Rahimahullah Taala, adalah seperti yang tersebut di bawah. Khasiat ini hanya akan diraih oleh orang yang sabar dan istiqamah mengamalkannya. ‘barangsiapa yang sentiasa membacanya sebanyak 7 kali selepas solat 5 waktu, maka :

[UNSET]

1- Allah Taala akan melindunginya dari sekelian mara bahaya, musuh, binatang buas, sihir, santau, gangguan jin dan lain-lain.
2- Jika dia seorang yang berjiwa lemah, maka dia akan jadi seorang yang bersemangat kental dan kuat.
3- Atau dia seorang yang hina, maka akan jadi orang yang mulia.
4- Atau dia seorang yang selalu kalah dan gagal, maka dia akan jadi pemenang dan berjaya.
5- Jika sempit rezeki dan susah hidupnya maka Allah Taala akan luaskan rezeki dan memudahkan urusannya.
6- Jika dia banyak hutang, maka akan terbayar segala hutangnya.
7- Jika dia berada dalam kesedihan dan dukacita, maka akan hilanglah dukacitanya.
8- Jika dia ‘tertutup’, maka akan dibuka pintu-pintu penutup dan kusyufat.
9- Jika dia terpenjara, maka hendaklah sentiasa membaca doa ini 41 kali setiap hari. Nescaya keluar dia dari penjara dengan kemulian dan kemurahan Allah Taala dan berkat doa ini.
10- Jika dia sentiasa membaca doa ini sebanyak 41 kali setiap hari, maka akan zahirlah baginya beberapa rahsia yang ajaib.
11- Dia tidak akan mati pada hari itu.
12- Kebal yakni dia tidak akan dicederakan oleh sebarang jenis senjata besi.
13- Panjang umurnya.
14- Wallahu a’lam.
Hizib ini moleklah dijadikan sebagai pakaian ‘Hak’ diri kepada mereka yang belum lagi berpakaian. Berpayunglah sebelum turunnya hujan. Mohonlah ijazahnya dari Mana-mana Guru yang mengetahui dan memilikinya. Jadikanlah hizib ini sebagai satu wasilah dampingan untuk bertaqorrub diri kepada Sang Khaliqul Makhluqaat. Besar manfaat dan keuntungan yang akan kita dapat nanti insyaallah.
Ada juga pengamalnya yang mengadu, dah agak lama beramal tapi ilmu masih lagi belum menjadi. Susah juga ambo nak menjawabnya. Sebab jadi tak jadi ni adalah urusan Allah. Cuma kita perlu menyemak kembali amalan yang dilakukan itu. Jika ada berlaku kesilapan hendaklah diperbetulkan. Patuhilah peraturan pengamalannya, jaga pantang larangnya itu betul- betul. Garam akan tetap masin rasanya walaupun ada orang yang tidak mempercayai dan mempertikai akan kemasinannya. Wallahu a’lam.

Sudah Resmi ajian Rahsia,

Ilmu langka dato paduka,

Andhika datang berbudi bichara,

Manira beri barangnya pinta.

 

 
4 Komen

Posted by di 19 Januari 2016 in doa

 

4 responses to “EDISI AHLI JILSAH : KERAMAT 7 PETALA

  1. Abu Nawas

    20 Januari 2016 at 09:16

    Allahu…
    Ni yang tambah semangat ni….

     
    • tokuban78

      21 Januari 2016 at 09:16

      Allah Haq…semoga semangat makin berkobar

       
  2. Amir Hamzah Abdul Hamid

    25 April 2016 at 09:16

    As-Salam Pak Guru, sudah agak lama hamba tidak hadhir ziarah ke istana Pak Guru. Mudah2an Pak Guru tidak lupa kepada hamba🙂

     
    • tokuban78

      5 Mei 2016 at 09:16

      wasalam..tuan syeikh tidak pernah sy lupakan..silalah bila berkelapangan

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: