RSS

Orang Melayu berasal dari Timur Tengah – Penyelidik sejarah

04 Oct

 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

MELAKA, 1 Okt (Bernama) — Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan.

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi Zaharah Sulaiman.

Beliau berkata penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu.

“Dari segi genetik daripada kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dari negara di utara khususnya dari Yunan, DNA orang Melayu ini sama dengan orang Timur Tengah.

“Kajian ini penting kerana DNA menentukan keturunan dan asal usul kita, penemuan baharu ini amat kuat dan boleh dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Serantau Asal Usul Melayu Menelusuri Tunjang Melayu di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata hasil kajian berkenaan telah dibukukan dan bakal diterbitkan untuk tatapan umum.

Sementara itu, Dr Nik Hassan Suhaimi berkata teori bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah juga dapat dibuktikan melalui tiga lagi pendekatan kajian iaitu ethno-linguistik (bahasa), turun naik paras laut (geologi) dan kebudayaan material (artifak).

 
9 Komen

Posted by di 4 Oktober 2013 in Uncategorized

 

9 responses to “Orang Melayu berasal dari Timur Tengah – Penyelidik sejarah

  1. Mahathir

    4 Oktober 2013 at 09:16

    Cucu Nabi Ibrahim

     
  2. Jamsari

    4 Oktober 2013 at 09:16

    Bagus juga Tok cakna info sebegini.
    Sekarang teori itu sudah disokong dengan kajian saintifik. Cuma kalau kita fikir secara luar kotak pula iaitu mungkinkah sebenarnya mereka di Timur Tengah sanalah sebenarnya berasal dari Tanah Melayu?
    Saya berkata begitu kerana batu batan kita adalah tertua dan spesis kokang di Nusantara juga tertua. Jadi kalau muka bumi dan binatang yang mendiaminya tertua maka bagaimana pula manusianya? Perlu diingat yang sejarah kita sudah di sembunyikan atau ditukar. Ingat lagikah berita dimana bilik khas simpanan barangan sejarah dibakar British (berlaku di Perak). Kenapa pula kapal Stanfford Rifle terbakar? Bukan sikit dua kapal pulak tu.
    Bagaimana dengan tanjak kita tu macam dalam gambar adakah dari tanjak jadi serban. Di Terengganu seorang arifbillah balik dari Mekah tetapi memakai tanjak. Tak seperti org lain yang pakai kupiah dan berjubah. Beliau berkata itulah yang dia nampak diri sebenar dia. Seluar kita tu pula paras buku lali sama seperti saranan Rasulullah saw. Pakaian kita pula bersampin. Semua itu mengundang persoalan dalam kotak kepala saya.
    Kenapa Dato Laksamana Hang Tuah berkata “TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA”.
    Kenali agama dan kenali bangsa. Bangsa Melayu sahaja yang menyamakan nama bangsa dia kepada Islam. Jika dia Melayu maka dia Islam dan jika dia Islam maka dia Melayu.
    Saya cinta agama dan bangsa saya.
    Wallahualam.

     
    • tokuban78

      6 Oktober 2013 at 09:16

      Alhamdulillah..bertambah lg info

       
    • Jamsari

      7 Oktober 2013 at 09:16

      Buat info semua.

      KOKANG monyet terkecil di dunia, malah saintis Ni Xijun (Akademi Sains, Beijing) berpendapat inilah famili spesis monyet tertua di muka bumi (kononnya sudah wujud di bumi 55 juta tahun lampau). Yang menariknya, KOKANG ditemui di sekitar Alam Melayu. Masa saya kecil dulu, abang saya pernah tangkap Kokang hidup-hidup, alhamdulillah, saya pernah memegangnya. . Wallahua’lam.

      Dipetik dari FB Hibatullah Yusof Al-Haj

      Yang mana ada masa bolehlah teruskan kajian alam maya dll.

       
    • akmal razif

      8 Oktober 2013 at 09:16

      hmmm good info,terima kasih

       
  3. Mahathir

    4 Oktober 2013 at 09:16

    Inilah Melayu. “Hamba” – kata ganti nama dalam bahasa klasik. Ia bukan menunjukkan submisifnya bangsa ini kerana bangsa Melayu adalah yang bangsa yang celik-Tuhan. Setiap tutur dan gerak orang Melayu mencerminkan keHambaannya kepada Allah. Bagi orang yg celik, apabila seorang Melayu mengatakan, “Hamba ingin bersantap bersama bonda” ia sebenarnya adalah “(saya)Hamba(Allah) ingin bersantap bersama bonda”. Begitu juga dengan “Tuan Hamba”. Maksudnya yang sebenar adalah “Tuan (juga) Hamba (Allah)”. Begitu bahasa orang Melayu yang sangat ketara dengan roh tasaufnya.

     
    • tokuban78

      6 Oktober 2013 at 09:16

      Alhamdulillah tma ksh, info yg cukup menarik

       
  4. akmal razif

    10 Oktober 2013 at 09:16

    sesapa lgi yg tahu psal sejarah melayu..kongsi2kan.tersangat ramai melayu yg buta sejarah..termasuklah sy.

     
  5. Jamsari

    11 Oktober 2013 at 09:16

    Sila follow http://lokalgenius.blogspot.com/
    http://asalmelayu.blogspot.com/2013_09_01_archive.html
    FB Srikandi, Hati Malaya, Bedar sukma
    Sumber internet perlukan pengesahan ya.

    Buku Sulalatus Salatin
    Buku Hikayat Merong Mahawangsa
    Sejarah Kedah
    Sejarah Kelantan

    Kesimpulan …. kena banyak membaca.
    Favorite saya ialah blog Srikandi.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: