RSS

SENI KERAMAT SENJATA FAQIR 2 – bila beli ibu kunci, jangan lupa anak kuncinya pula.

31 Aug
perisai diri

perisai diri – sekadar hiasan

Oleh kerana tajuk ini hangat dibincangkan, jadi ambonya pada malam ini rasa nak sambunglah sedikit lagi maklumat yang ambo tahu berkaitan tajuk di atas. Dengan harapan makin bertambahlah pengetahuan kita semua dalam usaha menggali, memelihara dan menghidupkan kembali khazanah para ulama, pahlawan, pendekar dan ilmuan melayu.
Hangat dibicarakan bererti ramailah peminat dan pemburu ilmu ini, dan tak kurang juga yang tahu dan memilikinya. Ilmu warisan yang terpelihara ini memiliki identitinya yang tersendiri, di sana kita lihat ilmu ini ada pelbagai jenis dan versi serta untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Tapi yang famousnya, ilmu ini digunakan untuk mengena dan membinasakan musuh yang zalim. Akan tetapi yang pastinya ilmu ini sukar dimiliki walaupun ramai orang yang tahu. Tak kurang juga yang mendabik dada dan menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa dirinya itu bersenjata faqir. Tuan-tuan, tahu itu tidak bererti dia memiliki. Ramai yang mendakwa dia menyimpan dan tahu ilmu senjata faqir, tapi tak bererti dia “memilikinya”. Kenapa? Sudah hamba katakan ia adalah satu ilmu yang sukar untuk dimiliki dan dikuasai.
Dan ianya amat tidak ngam jika dimiliki oleh orang yang suka mendabik dada dan kerap berkokok dan bertelur dikedai2 kopi. Kita semua tahu bahawa tradisi pengijazahan ilmu ini amat ketat dan hanya diturunkan kepada murid yang terpilih dan mendapat kepercayaan dari sang guru. Ada juga yang jadi pencuri, yaitu mengamalkan ilmu ini tanpa ijazah dan izin dari sang guru. Kebiasaanya ilmu yang diamalkan si pencuri itu tadi tak menjadi, kerana proses kemenjadian ilmu itu ada hubung kaitnya dengan ijazah. Setahu ambo ghalibnya ilmu yang ada kaitan dengan iblis sahaja yang cepat menjadi jika takde ijazah, wallahu a’lam.Yang paling ditakuti dia akan diserang oleh virus Gila isim.
Sudah agak panjang ambo membebel, fokus ambo pada kali ini adalah berkenaan hikmat untuk memerisai diri dari menjadi mangsa sasaran jurus senjata faqir. Sebagaimana yang difahami dari Sabda Junjungan SAW, sebagaimana doa kita untuk membinasakan musuh dimustajabkan, begitu juga akan dimustajabkan juga doa orang lain ke atas kita. Jika ada pedang maka ada perisainya, walau sehebatmana pun ilmu senjata faqir yang kita canangkan itu, tetap ada penangkisnya. Disana para ulama telahpun menyediakan perisai khas untuk menangkis bedilan senjata faqir, bahkan bedilan itu akan melantun dan pulang semula kepada si pembedil. Kerana sudah maklum bahawa dikalangan manusia ini ada orang baik juga ada yang jahat, kot ilmu ini ada pada tangan orang yang jahat, maka disasarkannya sesuka hati, besar balanya.
Sebelum kita disasarkan, ada baiknya kita menyediakan payung sebelum hujan. Sebab itulah orang-orang tua selalu berpesan, belajar ilmu biarlah sampai khatam. Beli ibu kunci jangan lupa minta anak kuncinya. Disamping kita menerima dan mengamalkan ilmu senjata faqir ini, janganlah lupa untuk memohon kepada sang guru akan ilmu penangkisnya pula. Kelalaian kita akan menyebabkan kerugian.

Dengan adanya ilmu penangkis ini, bukan sahaja hantaran senjata faqir dapat kita patahkan, bahkan hantaran lain seperti santau, sihir, ilmu hitam dll dapat kita tepis dan hantar balik kepada tuannya. bila barang hantaran itu dipulangkan balik, bererti kebinasaan dan kecelakaan bakal menimpa. Ya tuan2, dengan itu ilmu senjata faqir ini tak boleh sebarangan diguna. kesilapan dalam mengguna dan membuat keputusan bakal mengundang padah yang amat bahaya. Di akhirat nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan (membunuh tanpa hak).

kenapa perlu dipulangkan balik hantaran itu? susah juga ambo nak jawab. Biasanya jika sasaran yang dituju itu kebal dan berperisai maka tempiasnya akan kena kepada orang yang paling hamper dengan kita, terutamanya anak-anak dan isteri yang tercinta. Emm susah hati kita dibuatnya. kalau isteri sakit tak berasap la dapur ter..haha. Sama-sama kita berhati-hati.

Pesanan buat diri saya dan para pembaca semua, satu lagi hal yang selalu kita buat-buat lupa. Samaada kita betul-betul lupa atau sengaja buat lupa. Yaitu apabila kita ditunjukkan suatu rahsia ketuhanan atau berlaku sesuatu yang pelik dan aneh sewaktu kita beramal atau diluar waktu beramal, maka jagalah seketat-ketatnya amanah yang ditunjukkan itu. Jangan sesekali mendedahkannya kepada sesiapa pun kecuali kepada guru kita sahaja. Tak usahlah dipecahkan rahsia itu kepada orang ramai, teman rapat kat kedai kopi, fesbuk, blog dan lain-lain. Kerana pendedahan itu akan mengundang pelbagai fitnah dan masalah kepada diri kita sendiri. Dalam masa yg sama bibit-bibit ujub, sum’ah dan takbur dah mula menyubur dalam hati. Jadilah kita semua orang yang amanah dalam menjaga rahsianya. Otak, perbuatan, percakapan dan tulisan kita janganlah sentiasa menggambarkan kemistikan diri. Sama-sama kita jadi insan biasa yang normal. – maafkan ambo jika pembaca terasa pedasnya, tapi terpaksa juga ambo sebutkan disini, kerana ramai sangat para pengamal baru diluar sana yang suka menjaja cerita kehebatan diri kesana dan kemari.

 
5 Komen

Posted by di 31 Ogos 2013 in doa

 

Label:

5 responses to “SENI KERAMAT SENJATA FAQIR 2 – bila beli ibu kunci, jangan lupa anak kuncinya pula.

  1. Jamsari

    2 September 2013 at 09:16

    Salam Tok Uban,
    Bak kata pepatah lama siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya.
    Maka Tok cucunda mohon beri panduan kerana cucunda dapat kitab tapi tak dapat ijazah dari empunya amalan kerana kesukaran mencari atau berjumpa pengamalnya.
    Tok pernah menerangkan dalam “Kepentingan Ijazah” iaitu jika ianya ilmu hikmat maka wajib mendapat ijazah. Bagaimana jika ianya sekadar doa seperti “doa faqir” dari kitab Mat Kilau.
    Mohon nasihat buat pegangan. Jikalau Tok bole beri ijazah maka cucunda mohon ijazah doa itu.

    Terima kasih

     
  2. tokuban78

    2 September 2013 at 09:16

    wasalam tuan jamsari.ada baiknya tuan berusaha untuk mencari dan mendaptkan ijazahnya jika doa itu hendak dijadikan ”pakaian”. adapun jika sekadar membacanya demi untuk mencari pahala dan barakahnya maka tidak mengapa, boleh sahaja dibaca dengan harapan dpt berjumpa dgn org yg boleh memberi ijazahnya nanti. saya tak memilikinya ijazahnya kitab itu. wallahua’lam

     
  3. gunung bongsu

    3 September 2013 at 09:16

    assalamualaikum,,, bermanfaat benar kata2 pedoman nasehat tuan tokuban .terima kasih,,,insyallah semoga diberi keikhlasan.

     
  4. al-manfaluti

    5 September 2013 at 09:16

    Salam buat tok uban, cantik peringatan di atas, mudah-mudah dapat memberi peringatan kepada diri saya dan kita semua.Insyallah

     
  5. Ab Wahab

    4 Oktober 2015 at 09:16

    Salam peyambung ikatan. Molek benar peringatan Tok Uban tu. satu ciri pemgamal ilmu ini yg saya tahu ialah ia sangat berahsia hatta sesama pengamal ilmu ini, Walaupun nama nya sama tapi kaedah amalan nya juga berbeza. Ilmu ini memang menjadi sebutan dan buruan bagi pengamal ilmu hikmah,ia dianggap pelengkap kepada ilmu yg lain. Terima kasih sekali lagi atas nasihat dan peringatan Tok Uban.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: