RSS

SEKADAR HEPOTESIS : HANG TUAH MENDAPAT KERIS TAMING SARI

01 Sep

Dalam buku ‘betulkah Hang Tuah wujud’ oleh Haji Wan Abd. Halim Bashah menyebutkan bahawa Guru Hang Tuah itu (Sang Adi putra/syeikh Muhammad Samman@ Penjaga Bukit Panau) telah menyamarkan dirinya sebagai perajurit taming sari kerana hendak menyerahkan kerisnya dengan tanpa pengetahuan Hang Tuah siapa sebenar dirinya.
Untuk mendapatkan keris tersebut, Hang Tuah terpaksa menggunakan ilmu yang dipelajarinya dari guru-guru terdahulu. Dengan cara ini barulah Adi Putra boleh mengetahui samaada ilmu Hang Tuah sudah mencapai ke peringkat tertinggi dan layak untuk menerima keris tersebut.
Perajurit Taming Sari berjaya ditumpaskan. Bagaimana pun beliau tidak mati sebagaimana cerita yang disebutkan dalam hikayat, dan mungkin juga beliau sengaja membuat dirinya ditumpaskan. Ianya memang satu perancangan yang rapi dan licik. Mungkin kerana beliau hendak mengelakkan dari timbul salah faham dikalangan sahabat-sahabat seperguruan Hang Tuah yang lain supaya tidak dikatakan pilih kasih.
Dan gurunya itu juga hendak memperlihatkan kepada orang2 Majapahit yang menyaksikan pertarungan itu menilai setinggi mana tahap ilmu yang dimiliki oleh Hulubalang melayu ini. Supaya mereka sedar bahawa Hang Tuah adalah bukan calang2 hulubalang Melaka yang hendak dipermain dan dibuat sesuka hati.
Bila taming sari ( yang merupakan jaguh yang terhandal dan tiada tolok bandingnya di tanah majapahit/Kelantan ) berjaya ditumpaskan oleh Hang Tuah. Maka tidak ada sesiapa pun yang berani mempertikaikannya bila keris tersebut bertukar ke tangan Hang Tuah. Jelas sekali bahawa ketinggian ilmu yang dimiliki Hang Tuah melayakkan dirinya untuk memiliki keris tersebut. Keris yang terbaik adalah untuk pahlawan terbaik.

 
3 Komen

Posted by di 1 September 2012 in Maklumat

 

Label:

3 responses to “SEKADAR HEPOTESIS : HANG TUAH MENDAPAT KERIS TAMING SARI

  1. Baba Syarif

    4 September 2012 at 09:16

    sedap cerita tu…:)

     
  2. sidi

    13 November 2013 at 09:16

    adekah krjaan majapahit itu kelantan.sape ade maklumat sila terangka.ty

     
  3. hadi

    3 Mac 2014 at 09:16

    Hang tuah keturunan raja namanya raja
    Kassim bin raja jaafar tinggal di selangor banting kampung permatang pasir bukit jugra tetapi beliau telah meninggal dunia pada 2011 kuburnye di makam sultan abdul samad keris tamingsari ade di dalam dirinya saya cucu beliau

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: