RSS

Daily Archives: 14 Julai 2012

DOA SAIDINA UMAR

Al-Imam as-Syeikh Solleh al-Ja'fari R.A

Al-Imam as-Syeikh Solleh al-Ja’fari R.A

Doa ini amatlah cantik dan baik sekali untuk dijadikan sebagai amalan harian, terutamanya selepas solat fardhu 5 waktu. Petua untuk mengamalkan doa ini adalah dalam hitungan ganjil. Sudah pastinya ada di kalangan kita yang suka dan mahu mengamalkan doa ini. Di sini Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu dan manfaatnya dengan semua pembaca. Marilah kita bertaqarrub dan meraih pahala serta keredhaan dari Sang Agung dengan memanjatkan doa sebanyak mungkin.

Oleh itu sebagaimana saya diijazahkan, maka saya beri pula izin dan ijazahnya kepada sesiapa sahaja yang berkenan hatinya untuk mengamalkan doa yang amat elok ini. Antara fadhilat doa ini jika sentiasa diamalkan adalah seperti berikut :
– Mustajab doa.
– Dapat memahami segala ilmu samaada ilmu zahir atau ilmu batin.
– Selamat dari semua fitnah.
– Terlepas dari huru hara dunia.
– Terselamat dari bacaan hikmat-hikmat orang lain.
– Orang yang memandangnya akan timbul perasaan belas kasihan.

Berikut adalah doanya, sama-sama kita amalkan :-

اللّهُمَ إِنَّكَ قُلْتَ أُدْعُوْنِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ وَأَنْتَ لاَتُخْلِفُ الْمِيْعَادَ. وَإِنِّى أَسْأَلُكَ كَمَا هَدَيْتَنِى لِلإِسْلاَمِ أَنْ لاَتَنْزِعَهُ مِنِّى حَتَّى تَتَوَقَّانِى وَاَنَا مُسْلِمٌ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَالْحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Advertisements
 
16 Komen

Posted by di 14 Julai 2012 in doa

 

Label: