RSS

Daily Archives: 12 Jun 2012

HIKMAT SULIT MELAYU : SENI KERAMAT SENJATA FAQIR

“AKRIAKATIN” –  “AKLAMKATIN” –  “AKROKARUKIN”

Bismillahirrahmanirrahim – Jika disebut hikmat atau ilmu senjata faqir ianya adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi dikalangan peminat ilmu hikmat.Kalau pada zaman dahulu ia adalah merupakan pakaian rahsia bagi alim ulama, raja, panglima, pendekar dan orang besar2. Bahkan boleh dikatakan tiada ditangan orang awam. Tapi kalau dizaman sekarang ni entahlah saya sendiri pun susah nak  jawab. Hanya yang memilikinya sahaja yang dapat jawab.

Rata-rata orang mencarinya. Tapi amat sukar ditemui. Jikalau dapat ditemui sekalipun belum tentu dia layak dan dapat memilikinya. Kenapa amat sukar ditemui? Kenapa guru tua amat merahsiakannya? Jawapan untuk persoalan ini tentulah sukar juga untuk dijawab. Mungkin ada dikalangan pembaca yang sudah dapat meneka jawapannya. Intan berlian bukanlah permainan untuk kanak-kanak atau barang pemberian kepada sufaha dan juhala’.

Ilmu ini juga diketahui mempunyai pelbagai nama dan pelbagai versi mengikut tujuan dan khasiatnya. Seperti nama kipas lanun, doa syatit, kipas nandong, senjata fakir 3 beradik, kipas nandong dalam senandong, anak panah berangkai, qulhu pembinasa, pedang seri sakti, lembing berantai dan lain-lain lagi. Ada seorang guru tua yang sempat saya temui mengatakan bahawa senjata faqir ada kelas-kelasnya. katanya lagi kalau yang kelas A, mangsanya akan terus tumbang menemui ajal ( dgn izin Allah), jika yang kelas B, boleh membawa maut tapi lambat sedikit, kalau yang kelas C pula kesannya teruk juga tapi lambat laun membawa maut. Bacaannya atau ayat-ayatnya pula ada yang berbentuk mentera dan juga terdiri dari gabungan doa dan ayat alquran.

Penangan senjata faqir sangat berbahaya jika tidak segera diubati. Biasanya boleh membawa maut. Sebab itulah ada pesanan dari para ulama supaya berhati-hati menggunakannya. Seperti pesanan dari syeikh Ahmad Addairobi dengan katanya ‘barangsiapa yang membunuh dengan doanya , maka samalah seperti dia membunuh dengan pedangnya’ besar sekali dosanya membunuh orang dengan tanpa hak. Dan lagi seperti pesanan Syeikh Ahmad B ali Albuni, ‘takutlah kamu kepada Allah dan jadilah pemaaf’.

Pernah juga beberapa kali saya bertanyakan perihal ilmu senjata faqir ini kepada orang-orang tua yang saya temui. Rata-ratanya menjawab “ambo ado terima ilmu tu, tapi tak amal…takut saloh guna..berdoso besar tak padan nak tanggung”. Nah begitu cermatnya orang-orang tua kita, patut benar mereka ini kita contohi.

Ada satu versi senjata faqir purba yang saya temui dari seorang tua yang tinggal disempadan negeri Kelantan-Thai yang kini adalah salah seorang guru saya. Beliau diketahui orang ada menyimpan banyak ilmu kebatinan, tetapi sifatnya cukup lemah lembut dan tawaduk.Dia sedikit terkejut bila saya nyatakan hajat ingin menuntut ilmu senjata faqir dengannya. Setelah diam sejenak, dia mula bersuara..”belah mano ambo nak bui ilmu ni ko awe..sebab senjata faqir  ni penamat ilmu ambo”.Hajat saya tidak dia hampakan. Setelah sekian tahun berulang alik berguru dengannya, barulah saya di beri ijazah hikmat ini.. Ayatnya berbentuk seperti satu susunan syair melayu kuno yang terkandung beberapa patah perkataan yg amat sukar difahami. Sebagai satu contoh :

“ la ilaha illallah, aku memakai isyarat senjata faqir yang keramat”

Tak dapatlah saya dedahkan semuanya disini kerana sudah resminya ilmu rahsia, hanya sekadar untuk berbual dan berkogsi maklumat pandangan dgn pembaca shj. klu ada hajat dihati datanglah brjumpa dengan saya atau carilah mana2 guru untuk menuntut ilmu. kerana sudah sifatnya ilmu itu adalah didatangi bukan mendatang. kalau hendakkan air, bawalah timba dan carilah periginya. Sama-sama kita penuhkan ilmu di dada. Burulah apa sahaja ilmu yang bermanafaat tak kira dimana tempatnya dan bila sahaja waktunya. Bila ada sahaja peluang dan bertemu dengan ilmu yang kita hajati terus zasss! Yang selebihnya lagi Wallahu a’lam bissowab.

Advertisements
 
338 Komen

Posted by di 12 Jun 2012 in doa

 

Label: