RSS

ALKISAH SEORANG KAYA RAYA

02 May

Ada seorang usahawan yang telah insaf pernah berkata : ‘ dahulu semasa perniagaanku maju, semasa wang dan keuntungan masih senang dicari, langsung tidak terlintas dihatiku untuk menyediakan sebahagian daripada hartaku ke jalan Allah.
Tapi setelah perniagaanku merosot dan hampir merudum, kerugiaan pula mengatasi keuntungan…maka barulah timbul rasa sesal dan insaf dalam diriku. Allah boleh ambil bila2 masa sahaja apa yang dipinjamkan jika tidak bersyukur…terdetik dalam hatiku di saat itu, kalaulah perniagaanku maju seperti dahulu, tentu lebih banyak aku infaqkan hartaku kejalan Allah’.
Ingat wahai semua kawan-kawanku semua. Bahawa amal ibadah itu bukanlah bergantung kepada kekayaan, tetapi ianya bergantung kepada hati kita. Kerana ramai kita lihat orang yang kaya raya, akan tetapi amal ibadatnya itu tidak sama berat timbangannya dengan harta kekayaannya.
Tetapi kalau kita lihat, di sana ada pula orang yang kerjanya hanya menjual burger, mee celup, goreng pisang dll di tepi-tepi jalan. Amal ibadat mereka jauh lebih hebat dan berlipat ganda dari kemampuan yang ada pada orang yang lebih kaya.
Ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sikap kita, jika kita sendiri yang tak mahu berubah. Jika kita orang kaya, maka jadilah orang kaya yang bertakwa dan tahu bersyukur. Jika kita diuji dengan kemiskinan maka jadilah orang miskin yang bertakwa, sabar dan bersyukur.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2012 in tazkirah, Uncategorized

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: