KEPENTINGAN IJAZAH

Dalam menuntut ilmu perkataan ijazah ini selalu  didengari dan amat sinonim dengan para pencinta ilmu. Tapi kalau org yg tak belajar ni perkataan ini mungkin asing sekali. Dan masih ramai org jahil diluar sana yang tak tahu dan salah faham berkenaan perkataan ‘ijazah’ ni. Ambo pun tak pandai mana dlm bab ni cuma nak bagitau sikit supaya org yg tak faham tu, agar dia faham sikit pasal ijazah ni..klu nak hurai “ijazah” dr segi istilah dan syara’ kot lagi pening. Mudah katanya beginilah..bilamana  seseorang murid mahu meminta ijazah kepada guru dengan berkata: ‘ tok guru, ijazahkan lah kepada saya ilmu begian begian”.  MakaTafsir/makna permintaan si murid itu tadi dgn perkataan lainnya supaya mudah lagi kita faham ialah lebih kurang beginilah : “ tok guru, saya nak belajar ilmu ni dgn tok, harap tok sudi terima saya sebagai murid dan ajarkan/ perturunkan ilmu ni kepada saya dgn kerelaan hati tok”. Sekian harap org2 yang diluar sana dapat memahaminya dgn baik. Janganlah sengaja membengapkan diri sendiri dengan kejahilan, kejahilan membawa kemungkaran dan kemungkaran membawa dosa…maaf jika terkasar bahasernyer

gambar hiasan : epondok.wordpress.com

gambar hiasan : epondok.wordpress.com

Sesuatu amalan, terutama amalan yang diklasifikasikan kepada amalan hikmat, perlu diterima ijazahnya dari gurunya atau dari orang2 yang telah berpengalaman mengamalkan sesuatu amalan. Kerana ada rahsia-rahsia yang tersirat yang tak sempat dirakamkan dalam tulisan. Sebagai contoh antaranya Hizbul Bahri yang berasal dr Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili. Ada  nukilan daripada masyayikh yang berkaitan dengan kepengtingan ijazahnya . Sebagaimana  yang tersebut di dalam kitab ‘Lum atul Aurad’, karya Almarhum Tok Wan  Ali Kutan, menyebut bahawa amalan hizb bahr tanpa ijazah adalah “seperti orang yang hendak lalu(menyeberangi) laut dengan tiada perahu”. Fikir-fikirkan. Saya belajar ilmu dan saya pasang niat untuk mengajar ilmu itu kepada orang lain pula. Blog ini adalah aset dan medium saya untuk menyebarkan sekelumit ilmu yang saya ada. Blog ini juga umpama rumah bagi saya…masuklah rumah orang dengan adab sopannya..saya mohon maaf jika saya ada buat silap. Jadi kepada para pengunjung blog ini yang tidak pecah liur seleranya dengan apa yang saya hidangkan, mohonlah agar jangan menghina, memaki dan mengejek semua hidangan saya…sila berlalu dari blog ini dengan hormatnya.

15 Komen

Filed under tazkirah

15 responses to “KEPENTINGAN IJAZAH

  1. wan shamsul

    saya setuju dgn tok..

  2. bukansiapa-siapa

    🙂 mereka tidak faham…ada yang akan faham…dan ada yang tidak akan faham…dan ada yang tidak mahu faham…manusia…

  3. Ummu Humaira

    Ijazah ibarat kabel eletrik bagi bekalan eletrik di rumah, atau wifi bagi internet 🙂

  4. geting78

    Ambo nak minta ijazah amal hizb bahr, harap tok uban boleh bui ko ambo supaya dapat ambo seberang laut semoga menjadi asbab tercapai hajat Biiznillah.

  5. Hamba Allah

    Salam tok. Ad sedikit persoalan. Kiranya ilmu hikmah diberi oleh ayah sya (tidak pernah saya mintak dijazahkan krn tidak tau)Apakah pemberian ini dikira ijazah..byk ilmu ladduni diberikan umpama bisa ilmullahal azam,ilmu kebal mat kilau,ayat2 perang,pedang zulfaqar dll..buat pengetuan tok,ayah sya dah berumur 90thn, tapi ingatan die masih baik.semua ilmu ni die ingat mulut jer..mohon diberikan pendapat.

  6. Assalamualaikum..

    Sanad/ijazah itu adalah agama… jika tiada ijazah…mcm mana sesuatu amalan akan mendapat kabul… sama2 kite beramal dengan ilmu dan amalan yg bersanad… aamin

  7. usman

    Assalamualaikum…

    Saya sangat herhajat untuk mengamalkan hizib bahr ini namun masih belum mendapat izin (ijazah) amalan ini.

    Siapa yg harus saya hubungi untuk dapatkan kaifiat dan maklumat lanjut ttg hizib ini dan seterusnya dapatkan ijazah amalkannya.

    Terima kasih.

    Usman.
    Kajang, Selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s