RSS

Daily Archives: 21 April 2012

KEPENTINGAN IJAZAH

Dalam menuntut ilmu perkataan ijazah ini selalu  didengari dan amat sinonim dengan para pencinta ilmu. Tapi kalau org yg tak belajar ni perkataan ini mungkin asing sekali. Dan masih ramai org jahil diluar sana yang tak tahu dan salah faham berkenaan perkataan ‘ijazah’ ni. Ambo pun tak pandai mana dlm bab ni cuma nak bagitau sikit supaya org yg tak faham tu, agar dia faham sikit pasal ijazah ni..klu nak hurai “ijazah” dr segi istilah dan syara’ kot lagi pening. Mudah katanya beginilah..bilamana  seseorang murid mahu meminta ijazah kepada guru dengan berkata: ‘ tok guru, ijazahkan lah kepada saya ilmu begian begian”.  MakaTafsir/makna permintaan si murid itu tadi dgn perkataan lainnya supaya mudah lagi kita faham ialah lebih kurang beginilah : “ tok guru, saya nak belajar ilmu ni dgn tok, harap tok sudi terima saya sebagai murid dan ajarkan/ perturunkan ilmu ni kepada saya dgn kerelaan hati tok”. Sekian harap org2 yang diluar sana dapat memahaminya dgn baik. Janganlah sengaja membengapkan diri sendiri dengan kejahilan, kejahilan membawa kemungkaran dan kemungkaran membawa dosa…maaf jika terkasar bahasernyer

gambar hiasan : epondok.wordpress.com

gambar hiasan : epondok.wordpress.com

Sesuatu amalan, terutama amalan yang diklasifikasikan kepada amalan hikmat, perlu diterima ijazahnya dari gurunya atau dari orang2 yang telah berpengalaman mengamalkan sesuatu amalan. Kerana ada rahsia-rahsia yang tersirat yang tak sempat dirakamkan dalam tulisan. Sebagai contoh antaranya Hizbul Bahri yang berasal dr Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili. Ada  nukilan daripada masyayikh yang berkaitan dengan kepengtingan ijazahnya . Sebagaimana  yang tersebut di dalam kitab ‘Lum atul Aurad’, karya Almarhum Tok Wan  Ali Kutan, menyebut bahawa amalan hizb bahr tanpa ijazah adalah “seperti orang yang hendak lalu(menyeberangi) laut dengan tiada perahu”. Fikir-fikirkan. Saya belajar ilmu dan saya pasang niat untuk mengajar ilmu itu kepada orang lain pula. Blog ini adalah aset dan medium saya untuk menyebarkan sekelumit ilmu yang saya ada. Blog ini juga umpama rumah bagi saya…masuklah rumah orang dengan adab sopannya..saya mohon maaf jika saya ada buat silap. Jadi kepada para pengunjung blog ini yang tidak pecah liur seleranya dengan apa yang saya hidangkan, mohonlah agar jangan menghina, memaki dan mengejek semua hidangan saya…sila berlalu dari blog ini dengan hormatnya.

Advertisements
 
15 Komen

Posted by di 21 April 2012 in tazkirah

 

Label: